Kecoh di Golden Disk Award ke-27

Beberapa insiden di 27th Golden Disk Award (GDA) Sepang International Circuit yang mungkin orang tidak tahu. jika tengok di tv memang cantik jer kan sebab dah edited kan. Untuk pengetahuan anda GDA ini direkod dan bukannya live,lagi satu ia direkod selama 2 hari.


Insiden pertama
ruang rockpit zon dan Galaxy zone tidak mengikut pelan asal yang mengundang rasa tidak puas hati ramai orang espescially yang Rockpit zon macam saya sendiri. Cuba bandingkan pelan asal dan keadaan sebenar, beza kan, owh mereka juga kata "seating arrangement may differ without prior notice", tapi still kesian la kat yang lain2 tu, duit tu wehhh.
seating arrangement yang sepatutnya

ini yang sebenar, galaxy zon ditarik kebelakang dan yang lain2 sekali. rockpit zon(merah) jadi kecik dan sempit. WTF
Insiden kedua
Lampu tiba-tiba mati ketika persembahan KARA bagi lagu Pandora menyebabkan mereka terpaksa mengulang kembali persembahan mereka dari permulaan lagu. jika anda nampak mereka keletihan dalam tv paham2 jela. tahniah pada mereka kerana bersikap profesional dan siap boleh mintak maaf lagi pada penonton. penonton ok je sebab dapat tengok 2 kali kan, i say daebakk!! mereka sangat cantik hehehe
Baju semalam lebih kurang begini,  i say encore!

Insiden ketiga
G-Dragon tidak datang pada hari pertama seperti dalam rancangan awal, menyebabkan para peminat VIP iaitu fanclub Big Bang kecewa, ramai jugak yang saya lihat kecewa obviously kerana dari sepanduk, baju, dan lighstick menunjukkan mereka datang khas untuk G-Dragon. mrs Renee sendiri kecewa kerana beli tiket sehari sahaja, kena pilih salah satu tarikh. memilih hari pertama kerana GD, rupanya tertipu dengan jadual yang tidak tepat.

Apa pendapat anda tentang insiden di atas? ada insiden yang menarik selain diatas sila komen di bawah!