Kehebatan berfikiran BESAR, Magic of Thinking BIG

 
Magic Of Thinking Big adalah sebuah buku yang ditulis oleh Dr. David. J. Schwartz yang akan membantu anda untuk berfikiran BESAR.
Bagaimana untuk berfikiran besar?

Di dunia ini terlalu banyak pekerjaan pendapatan rendah daripada yang berpendapatan tinggi. Masyarakat secara umumnya menganggap persaingan di peringkat eksekutif dan keatas adalah susah dan terlalu banyak saingan. Realitinya kita terlalu banyak pekerja daripada ketua. Kita kekurangan ketua daripada pekerja. 

Apa yang menghalang kita dari mencapai ke atas? pemikiran kita yang kecil!
Bacalah buku ini dan dapatkan tips untuk berfikiran besar!
 
Contoh kes yang diberikan dalam buku ini sangat realistik dan kita dapat kaitkan dengan kehidupan seharian kita. Sangat digalakkan pada yang ingin bergiat dalam perniagaan dan untuk orang dalam pemasaran (marketing) dan sales. Ia juga dapat membantu dalam perhubungan rakan, rakan sekerja dan juga pasangan

Tips membeli buku bagi saya adalah kalau ia bestseller mesti ia satu buku yang baik kan?
Sila komen di bawah jika anda tahu akan buku-buku lain yang menarik.

ps: jika anda ingin baca online dalam handphone seperti saya, sila komen di bawah saya akan emailkan file epub