Usaha pasang pagar pada taman perumahan kecil

Rumah baru akhirnya siap dan kami dalam proses untuk pasang grill dan pindah masuk dalam bulan ini. Pada masa yang sama kami risau dengan keselamatan rumah kerana rumah kami dikelilingi kilang-kilang dan rumah pekerja asing jadinya kami agak risau dengan keselamatan taman. 

Even sekarang ini pun aku yang belum pindah masuk selalu nampak diorang ni lalu jalan taman aku untuk ke tempat kerja diorang, macam shortcut la utk diorang ni. Dengan kes-kes anak kena culik ni jadi cuak untuk biar anak main di luar. impian kita untuk anak membesar dalam taman yang happy dan ceria, macam kita dulu2 tu. kecurian rumah tu harta boleh tukar, tapi kalo anak..... astaghfirullah rasa nak gugur jantung memikirkannya.

Ini adalah antara kaedah pencegahan yang saya kira penting, even untuk rumah saya kat kampung tanah lot jiran sebelah pun ada pagar. kenapa taman kecik takde pagar? Adakah anda nak lihat anak anda hilang depan rumah masuk dalam semak depan rumah hilang entah kemana baru nak pasang pagar? saya tak nampak negatif pasang pagar ni berbanding kebaikannya.

ok pokoknya nak letak pagar keliling taman supaya diorang tak boleh masuk taman sesuka hati. one way in one way out. takdelah pejalan kaki or mat motor datang keluar masuk ikut suka. Berdasarkan pekeliling MPK taman yang nak pasang pagar kenala dalam saiz sekian hektar yakni besar gile baru boleh buat pagar keliling. Taman aku sebaris dan hanya ada 30 unit memang tak layak lansung ikut pekeliling itu. TETAPI takkan nak giveup macam itu je? memang benar takde sape yang buat pagar untuk taman kecil, tapi apakah rasional di sebalik keputusan itu? membenarkan jiran/pendatang/mat motor masuk sesuka hati menggunakan jalan atau taman permainan kami. Bukan tak bagi pakai tapi kenala ikut keselesaan keselamatan penduduk di kawasan itu. Setuju? tak? sila komen

apa yang perlu saya buat?

Step 1 - Buat surat pada MPK mohon pertimbangan untuk pasang pagar. Kat sini masih tak tahu pada siapa nak bagi surat ni. Jika positif mak aih senang keje suh developer pasang pagar sebab itu janji die aritu. Jangkaan feedback adalah negatif iaitu dia akan bagi aku pekeliling tu dan suruh baca (hoho pesimis). Tapi sebelum buat step lain kena buat ini dulu. 

Step 2 - Cari ADUN untuk bantuan, perghhh pakai kabel!(yang ni misteri sikit sebab tak kenal pun sapenye) 

Step 2.2 cari reporter yang sudi buat interview dan laporan. tahukah anda antara tugas reporter adalah mengetengahkan masalah seperti ini di mata rakyat dan seterusnya pada mata kepimpinan. hoho main kasar nampak. takdelah ini hak pengguna yang saya rasa berhak.

ada cadangan step2 lain tuan/puan?

Di mata saya negara kita kekurangan dalam pejuang hak asasi sosial, berbanding negara lain yang saya kira ada ramai wira-wiranya. Saya bukan pakar dan bukan bijak pandai hanya mengutarakan pendapat. minta maaf jika adik buat silap, adik masih belajar. fufufufu.
 

3rd day South Korea - Gwanghamun Square, cheondamdong stream

Gwanghamun Square uolsss
3rd day - a Sabtu-day at Gwanghamun Square

Cadangnya nak pi Gwanghamun ngan Bukchon Hanok Village, tapi spent masa lama sangat kat Gwanghamun castle tu terus x jadi nak gi Bukchon Hanok sebab dah nak gelap.

layan gambar sebab kemalasan nak tulis, nanti ada mood baru edit balik ohoho

depan homestay Cozy Itaewon Lodging House, oklaaaaa hoho
husband n wifey

feeling handsome pepagi hari layan princess punya carriage





zaim rusyaidi dapat booboo kat dahi hantuk bucu katil nasib baik tak dalam, cuak mama, seb baik jugak ada nurse baju merah kat bawah ni.





pergh gwanghasan ke ape gunung tu

depangkan tangan untuk..... entahler


jalan raya yang kemas n cun


depa tanam kobis bunga kalerful hoho cantik plak tu