KpopStar Season 2 sudah bermula!!




Ramai yang menantikan kemunculan rancangan ini yang telah menghasilkan Monster Rookie Lee Ha Yi dan Pemenangnya Park Ji Min (15&).
"Dont Cross your leg" dan Singing Pooh akan menjadi beberapa contestant yang akan menarik perhatian anda selepas menontonnya.
Spoiler - Standardnya sangat tinggi kali ini di mana contestant yang tidak menonjol dalam persembahan akan segera ditolak seperti Jenny Suk seorang Youtube star berbakat besar telah ditolak kerana persembahan tidak menonjol walaupun dipuji judges suara dan bakat yang bagus.

 Tidak perlu penerangan yang banyak lagi. Click link Daebaksub untuk KpopStar Season 2

Design suka-suka

Masa kerja di UPM dapat peluang untuk belajar design, belajar dari mana? sendirian berhad melalui google dsb. kerana masa yang terluang sangatlah melampau di sana, literally makan gaji. banyak menggunakan illustrator kerana design banner, bunting dan cover buku untuk Fak. Sains dan Makanan.

Hari ini (semalam) selesai design copy paste untuk notepad SPP. bukan nak menunjuk tapi untuk memo dan rekod diri sendiri. (ada ke yg baca entry ni pun... tima kasih daun keladi kalo ada)

Vector adalah vector free dari 123freevectors.com
vector tanpa alteration dan trus saje tambah gambar dengan font yang dialter sket
Buku Catatan Muka Depan SPP

Hong Kong Trip - Part 2

Di Marry Brown LCCT mamam sebelum berlepas

Ya Allah, nak update satu post pun berjanggut sekarang ni, kan? Sorrylah sebab sangat-sangat tak sempat untuk update part 2...... Makan masa 2 bulan nak update cerita ni, kan?


Mama dan Octopus card. Raniah kata; "lantai ini sgt best dan sejuk!'
Raniah di airport Hong Kong menunggu mama beli Octopus Card dan Sim Card


Perjalanan dari Airport ke Casa Hotel Naik MTR...
Mama ada terbaca kat blog, untuk ke Casa Hotel, kalau naik bas no A21, akan terus direct stop depan hotel. Tapi mama macam prefer naik MTR. Bas makan masa lebih kurang 45minit - 1 jam. MTR??? Tak kira, sebab asyik tukar stesen.

Kami naik mtr bermula dari airport ke Tsing Yi. Sampai stesen Tsing Yi, kami kena tukar train untuk ke stesen Lai King. MTR kat sini sangatlah efisien, tapi make sure kena ada map. Tersangat banyak Line, yer? Ala, macam Putra ngan STAR..... Sampai di Lai King pula, kami tukar lagi satu train terus ke Yau Ma Tei.... Aduhai, sengsara jugak la nak menapak di setiap stesen. Stesen-stesen MTR di HK ni sangat besar.

Abah plak sambung.....

 



Abah sangatlah jakun dengan MTR ni, abah sangat suka teknologi dan sentiasa kagum bagaimana mereka boleh letak station sebesar-besar(1 train rasanya ada 1km panjangnya) alam kat bawah tanah. Bestnya tentang MTR station ni exit dia ada banyak, satu station boleh ada sehingga 8 exit, salah satu exitnya ke exit B Tsing Yi Swimming pool. just next to Casa Hotel tempat kami beradu..

Dalam MRT Hong Kong


Kenapa best exit banyak?sebab jalannya di bawah tanah dan ada aircond(x sejuk, x panas) untuk elak kepanasan atau hujan. kadang2 ada yang macam escalator tu untuk yang malas jalan. nasihat untuk anda sila maintain ke kanan di escalator kerana ada yang ingin memotong di sebelah kiri.

Senarai Exit Tsing Yi
  • A1: Transport Interchange 
  • A2: Tierra Verde
  • B: Tsing Yi Swimming Pool
  • C: Public Transport Interchange Wheelchair user access
  • F: Maritime Square Wheelchair user access
  • G: Maritime Square Wheelchair user access
Info on Tsing Yi Station Tsing_Yi_Station dari Wiki

Melalui Exit B kami sampai ke Hotel lebey kurang 8-9 malam, rasa penat giler menyebabkan kami lepak di hotel mandi manda dan berehat, mulanya merancang untuk duk hotel sahaja malam itu. tapi mungkin sebab merasa segar selepas mandi kami pun keluar ke bazar kecil di belakang hotel (bukan Ladies Market) adik tiri dia, pasar kecil di jalan belakang hotel. Tiada apa barang menarik, cuma kedai cenderahati, artis melukis karikatur. tidak rasa jakun sangat memandangkan nampak macam orang cina kat Malaysia je pun ornagnya. Tapi kebersihan disini agak mengagumkan seperti di Singapura. Sedikit jakun adalah tiada kereta-kereta biasa di jalan raya. cuma kereta mewah sahaja dan Pengangkutan Awam. Hujan renyai mula turun menyebabkan kami lari2 anak ke hotel semula. kami berehat untuk hari besok.

bersambung.....


Pergi Hong kong tanpa Travel Agent?



Entry Hong Kong Trip setelah 3 bulan berlalu. September lalu ketika saya patut uruskan UPSR saya telah pergi ke HK (bukan Hulu Kelang) bersama isteri dan seorang budak Notty. Kami dan satu lagi family bestfriend isteri(MyKhalish) dah tempah tiket sejak setahun lalu melalui AirAsia. harga tiket 2 seat kami lebey kurang 16xx (kan mama kan?) sbb mama yg tempah...;p anyway walaupun susah hati tnggalkan UPSR apakan daya masa tiket ditempah tarikh UPSR masih tidak ketahuan. Atas dasar percaya pada rakan saya en Zackie Muaiyad cewahh mention name kan, saya tinggalkan UPSR pada tangan beliau yg lembut gituu dan dgn lompat2 kanggaroo gembira sampailah ke HK.

Orang kata gi HK ni pakai banyak duit, MEMANG PUN! haha bukan nak riak tapi ada rezeki sikit dapatlah kami pergi. FYI ni first time gi oversea ni (for Abah je, Mama dan merata peginya). Mama yang setup segalanya dari tiket AA sampai ke seluar kecik katanya nak bawak disposable! haha no way! nanti rasa cam x pakai ape2, kekekekekeke.

Rasa cuak juga pergi tanpa travel agent takut sesat larat dan language barrier, tapi rasa cam konfiden plak sebab kami dah research everything concerning trip tu. berhasil juga research setahun kami itu. dapat jimat sedikit pasal travel agent dan kita boleh set sendiri tempat yang kami ingin lawati. Semua info courtesy of Mr Google.

Halangan Bahasa rupanya hanyalah mitos kerana rata2 penduduk dari executive ke penjual cendermata di Ladies market boleh berbahasa simple English, yela kan HK bekas koloni orang putih. kalo tgk drama HK pun diselang seli ngan BI. provided kita pun bole cakap BI jugak la kan. Abah bawak Dictionary mandarin x sempat pakai pun.

Too much activity! so little time!
pesanan pada semua dan diri sendiri. trip oversea please extend to 5 days or more 4 hari memang x puas, lagi2 HK yang ada macam2 tempat best.

Sangat digalakkan anda membuat itinerary memandangkan kami adalah travel agent sendiri. itinerary cadangan adalah seperti berikut.(hasil research setahun tuu...)

Cadangan Persediaan Sebelum ke Hong Kong

Itinerary - jadual hari, Kandungan;
  1. Jumlah duit diperlukan untuk yuran masuk, tambang pengangkutan, perbelanjaan makanan. Bawak duit banyak2 dalam satu wallet tidak digalakkan. Tapi kami selamba jer kerana somehow rasa selamat di kota HK ini. Pak polisi sangat banyak dan patrolling di merata-rata jalan dengan memakai pistol automatic di pinggang. sangat kool dan bergaya macam dalam dram HK petang2 tu, sayang tidak ada gambar mereka. 
  2. Masa dan tempat,, budget masa yang diperlukan untuk setiap venue bagi memaksimakan lawatan anda. tempat utama yang harus dilawati oleh The Ladies seharusnya budget setengah hari untuk shopping sahaja. sigh.... dunno why. kalo nak tau kat mana Coach murah bolehlah baca entry di Mykhalish dan entry kami.
  3. Stock makanan jajan(sbb bawak baby takut lapar) dan untuk diri sendiri juga kerana mungkin kes sesat dan tidak jumpa tempat makanan, alhamdulillah cari makanan tidaklah susah jika dah buat research. Takut tak jumpa Makanan halal punya pasal kami bawa maggi dan instant food briyani dan nasi goreng instant.
  4. List baju yang akan dipakai. Ini sangat penting kerana ia merumuskan bilangan pakaian yang perlu dibawa agar beg tidaklah sebesar anak gajah. Lagipun bila balik nanti expect beg anda untuk jadi 2-3 kali jumlahnya. basic maths bila kita travel kan?
  5. Makanan Halal for muslim in Hong Kong ada beberapa tempat di major attraction di Hong Kong. Sila study tempat yang ingin dilawati dan lihat tempat makanan halal yang berdekatan. Kami 2 kali layan Ebenezzar di Hong Kong, Makanan arab pakistan Briyani kambing briyani ayam dsb.
Hong Kong sangat best tempatnya, orangnya saya kira tidaklah peramah seperti Malaysia (Malaysia pun dah kureng) tapi bolehlah menjawab soalan jika bertanya arah. Travel advisor di airport agak ramah dan memang kerja dia pun untuk senyum kan? tapi yang lain tu seperti pekerja di kaunter MRT mungkin senyum tu pun susah la. Tak kisah pun asalkan ko jawab soalan aku dengan baik pun dah puas hati. Terima kasih pada rakyat HK yang membantu kami dalam menjayakan travel tanpa agent kami ini. Trimas.

ps; Sila baca entry HK untuk day by day event

Abah kata KPOP jjaanng!! (belum mampu nak ke sana lagi)

Keyword:
Hong Kong trip for Muslim
makanan halal Muslim





Headphone bluetooth terbaik dan termurah di alam ini!

Nokia BH503 bluetooth and wireless
Lepas UPSR settle ada sikit keboringan di jiwa, so boleyla concentrate kat benda2 lain seperti melayan lagu sambil menari gangnam style di atas meja opis sambil jerit op op op op op op oppa gangnam style!!! (yang tang menari tu dalam kepala je) 

Gambar diatas adalah fon kepala (headphone) Nokia BH503. Baterinya tahan 8 jam plus plus atas sekali caj. caj lebey kurang 30-60 min sahaja. kualiti suara tidaklah sehebat Beats yg ORI tapi yg paling best berbanding yg lain lain adalah anda tidak akan tahan dengan setting volumenya yang paling kuat..... what the hell that supposed to mean? 

Saya ada try headphone lain dan bila try saya akan make sure utk max volume headphone dan volume handphone. Kenapa? sebab saya suka dengar kuat2!! xdela kuat sgt. tapi most yg saya try mmg max volume dia biasa2 saja kalo dibandingkan max vol bh503 ni. harga dan kualiti sangat puas hati.

Saya beli fon kepala ini dengan harga rm40 2nd hand saje. masa tu saja nak test beli dari sarawak plak tu. tapi last2 jatuh cintan plak. Kalo nampak saya kat opis mmg tak berenggang ngan menatang nih. 

Masa tu (2011) bole kata saya je yg pakai menatang ni. pastu merebak plak kat opis dan ramai plak pakai kat luar sambil jejalan sumer. 

Kenapa terbitnya entry ini? sebab hajat dihati nak cari yang lebey sedap bunyinya tapi harga yg buat angau mencapai rm1100. Macam mana? pakai jela yg best & murah ni sampai ada rezeki nanti. nak tahu yg mana jadi angaunyer? ini dia BEATS WIRELESS, x brapa suka yg wired punya. lebih selesa tanpa wayar.

 

Comelkan? tapi ada dua kaler je putih dan itam design a bit simpler dari beats yg lain. Banyak review kata Beats is just a fashion statement only mediocre sound. Ada peluang test hari tu try kat Harvey norman solo HD cam best gler bunyinyer. Sejak dari situ mulalah terasa kekurangan kat BH503 hohoho (greedy Abah). Ada banyak knockoff tapi x minat knockoff sbb harga dia pun mahal tapi takut tak sepuas selagi x beli yg ORI.

Abah say KPOP RULES!

Ahnyeong!