Tema umum Sejarah SPM(U) Ulangan Jun 2014

Tema umum Sejarah SPM(U) Ulangan Jun 2014

KLIK SINI untuk arahan rasmi dari laman web

TEMA UMUM: Tamadun Awal Manusia


Pembentukan sesuatu tamadun merupakan satu proses yang panjang dan berlaku secara berperingkat. Tamadun yang telah dicapai mesti dipertahankan supayakesejahteraan hidup manusia dapat dikekalkan.

ARAHAN KEPADA CALON1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.

2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.

3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.

4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan lain yang berkaitan.

5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain.


LOKASI MENARIK BESERTA MAKANAN HALAL DAN VEGETARIAN DI SEOUL

Assalammualaikum, kami merancang untuk ke Korea dalam bulan Nov 2014 nanti. 'kami' adalah saya sefamily, anak buah dan member sekolah wife.

Dengan itu bermulalah bahagian pertama dalam perjalanan kami iaitu 'research' sebab kami ni bergerak tanpa travel agent dan research merupakan bahagian yang sangat penting sebelum kami ke sana.

Saya kongsi di sini peta yang saya edit bagi kemudahan kami di sana. Peta ini boleh diguna sebagai rujukan untuk makan, solat dan tempat melawat. Peta ini dikumpulkan dari banyak website dan setakat ini kebanyakannya dari muslim backpacker Seoul.

Harap maklum maklumat yang saya kumpulkan adalah untuk kegunaan kami dan mungkin berbeza dengan perancangan anda. Tolong jangan ambil bulat2 maklumat di sini dan lakukan research anda sendiri bagi setiap tempat yang anda kunjungi.

Saya akan cuba update map ni sehinggalah sampai tarikh untuk fly nanti ;) Now Everybody can Seoul!!!

click fullscreen utk lebih selesa tgknye punn.... ;)