Ulang tahun ke-2 Raniah Zawanah

Abah terpikir juga bila awak akan baca nukilan ini, seperti dalam cerita bollywood Dil To Pagal Hai, bila Rani mukherjee tulis surat pada anaknya Anjali. abah nak tiru sikit idea mereka untuk menulis kepada awak apa perasaan abah dan mama ketika ini. Bila kita semakin besar perasaan dan minda kita juga akan berkembang (evolve) what i feel right now may never be the same as we grew older. Manalah tahu jika seperti dalam cerita itu abah pergi dahulu atau aral melintang lalu. abah masih ada pesanan untuk awak bila awak boleh membaca dan memahami surat ini.

Awak lahir pada 24.01.2011 dengan berat 2.04 kg, bayi pramatang lahir awal 4 minggu kerana komplikasi. Kami tidak berapa risau akan kelahiran awal ini, kerana kami pasti awak sangat kuat kerana denyutan nadi awak dalam perut mama sangatlah aktif dan juga awak memang sangat aktif dalam perut mama dengan menendang, stretching dan entah ape lagi yang awak buat dalam tu. i could have swore that you knock back a beat when i tap your mama tummy. What a shock for me! haha.

Abah teman mama dalam operating room. Dr bagi awak pada abah untuk abah azankan. mata terbukak besar memandang abah sambil abah pangku. sangat kecil dan sangat fragile, menangis seketika sambil memangku awak mengenangkan kebesaran tuhan. Cinta pandang pertama kata orang, and at that moment i promise to love you unconditionally and wholeheartedly.
oppps censored!
Abah dan mama (AM) panggil awak bushuk la ni kerana saja2 je bukan sebab awak bushuk ke apa. Selalunya kami cuba amalkan penggunaan nama penuh awak Raniah pada semua orang, kalau ada yang tanya apa nama panggilan kami kata Raniah. Takde nak panggil niya, nia ke apa.

Abah dan mama buat multiple job skarang ini untuk kesenangan keluarga kemudian hari. Jadi atau tidak hanya masa menentukan. Mama buat Master in Mass communication part time selama 5 semester abah pun buat degree Biz Marketing selama 10 semester, most probably AM akan settle study 2013. Kami suka belajar walaupun tidaklah rajin seperti ulat buku tetapi kami merasakan proses pembelajaran adalah sangat menyeronokkan, we hope to pass that on to you. Govt nowadays promoting Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat. We do notice that you like to open books and membebel whenever you have the chance, adalah berjangkit sket kan.
Raniah dan Galaxy Tab
Awak sekarang agak kecil bagi kanak2 umur 2 tahun, abah secara jujur sedikit bimbang dengan saiz awak. Abah harap awak dapat membesar sihat dan kuat. Awak juga belum boleh bercakap lagi cuma satu sentence sahaja, tetapi juga dikira normal memandangkan awak lebih aktif secara fizikal, kata orang kalau fizikal lebih mahir cakap pula lambat dan vice versa. Awak suka menari sendiri sambil tengok video nyanyi2 atau menari. Favorite awak la ni tengok youtube angrybird channel jeffmara, awak cakap "berg", abah pun join cakap boom la kalo bird tu kena piggies tu,
Budak comel Bluekkk.....
Awak boleh mengajuk sedikit sebanyak yang kami ajar. pergerakan awak paling comel letak tangan kat mulut sambil gelak comel kihkihkih. Lagi satu buat ketuk satu jari kat hidung macam tengah berpikir pastu cakap aaaah! macam dapat idea. kalaulah kepala ni boleh rekod video memang abah akan replay hari2 tengok. Tak dapatla nak try rekod pergerakan awak itu, maybe someday.

Awak masih menyusu badan dengan pelbagai gaya comel dan annoying sekali lagaknya. berguling atas badan mama sambil tengok tab tu memang perkara biasa. Awak akan melekat dengan mama sepanjang malam. Awak tidur restless tau, light sleeper macam mama, senang terjaga. Kalau takder mama tak bleh tido malam rasanya.

Awak dijaga oleh Opah Yong yang duduk di depan rumah kita di sek 17 ni. Kalau kita berdua sahaja, awak akan minta abah dukung kalau awak nak tido sambil tengok tv dengan volume rendah. Dengan Opah boleh plak awak tidur kena tepuk ngan opah je. ngadess tul..
Raniah dan Moto Honda Dash RSR oren Abah

Raniah kat playground mamam pisang goreng
Petang-petang tu lepas keje kalau cuaca baik, kita naik moto dari awak umur setahun lagi abah bawak awak ke kedai beli pisang goreng dan jalan2 area sek 17, awak memang suka naik moto sambil buat bunyi macam2.

Harap raniah tahu yang kami sayang raniah dan kami akan jaga awak sebaiknya dan biar awak membesar dengan didikan yang sebaiknya


2 comments:

  1. Serius entry yg touching.. Happy birthday Raniah Zawanah.. Dedi

    ReplyDelete
  2. .:: Alhamdulillah... Semoga Raniah Zawanah sihat sentiasa, anak yang berilmu & menjadi anak solehah buat Abah & Mama di dunia & akhirat... Amin... ::.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini