Kelengkapan Musim Luruh 2014 Korea Seoul, Nami Island , Busan

Kelengkapan Musim Luruh 2014 Korea Seoul, Nami Island , Busan

Mungkin ada yang nak tahu tentang persiapan untuk ke korea ni memandangkan cuaca di sana berbeza dengan kita yang ada musim panas dan hujan je. Kami pergi waktu penghujung musim luruh, cuaca terbaik untuk melawat Korea Selatan menurut ramai orang dan orang Korea sendiri. setuju sangat! Kenapa terbaik? pendapat saya sendiri adalah kerana kecantikan alam semulajadi waktu ini sangat menakjubkan pelbagai warna pokok musim luruh dapat kita lihat. Jika kita lihat cantiknya gambar pokok musim luruh, cantik lagi bila depan mata. Kedua kerana sangat best berjalan dalam cuaca sejuk yang kami rasakan refreshingly cool, beza dengan winter punya sejuk yang agak menyakitkan kiranya (macam pernah pegi plak). 

SUHU sepanjang kami disini adalah lebih kurang 0-15 darjah celsius. Paling sejuk pada pagi hari ke-3 iaitu -1 darjah celsius. Sebelum sampai disini agak konpius untuk membayangkan suhu 0-15 darjah celsius, yelah 1st time pegi iklim berbeza ni, maaf kalo jakun kan. tapi jika anda pun macam saya, musykil dengan suhu ni anda bolehlah mencuba setting aircond pada 15 darjah celsius yang biasanya dekat korea pada tengah hari terik. Itu saja dah cukup untuk anda merasa suhu seperti di sana, CUMA satu sahaja tak tahan bila angin datang, walaupun Seoul ni bandar entah datang dari mana angin akan membuat anda menyesal tak pakai muffler atau hoodie tutup semua kulit kita dari kena angin. Bayangkan ekon full blast dan anda pasang kipas angin full blast kat muka, memang best... hoho.

BAJU

Sebelum pergi kami disarankan untuk beli longjohn untuk kegunaan di sana, kami pun belilah satu set untuk family dan anak-anak adalah 2 set. Tapi abah and mama cuma pakai hari pertama sahaja sebab cam takde effect, lemak tebal ke? emmm saya ni at that time 171 cm 75 kg overweight by 5kg, skang dah 70 kg sbb byk sgt jalan kat sana kot. Kami beli rm90+ dekat Universal traveller sepasang, kira yang paling murah dan ikut suhu musim luruh. Long John ada macam-macam jenis dan mengikut suhu. Bila tengok kekawan lain tak pakai LJ selamba jer pada hari pertama. hari kedua pun kami dah tak pakai, rasa cam ok jer, xde beza pun, tak taulah mana salahnya, simpan jela kalo nak gi korea winter time plak. hoho. TETAPI anak-anak adalah wajib bagi mereka yang tak dengar cakap ni, yelah budak2 kan kalo dah panas sweater tu tak nak pakai dah, campak tepi jer. wajib budak-budak ni pakai LJ sebab depa malas nak pakai sweater, sekejap bukak sekejap pakai, Raniah ni memang kitorang pakaikan LJ tshirt and lagi satu outer garment biar 3 lapis. dia x pakai sweater pun steady je. kami selalu cek suhu badan diorang dengan masukkan tangan ke dalam baju supaya mengelak dari hypertemia atau lain-lain masalah.

Trial and error la kan sebab takde pengalaman. Balik dari Korea ade jugak usha kedai macam Universal traveller yang jual winter clothing, banyak pulak LJ yang lebih murah dari UT lepas tu jual bundle 2 pasang sekali. elok atau tak tak taula den sebab made in China, tapi skang ni semua made in China kan. maybe korang bolehlah terjah, ada satu kedai ni kat SACC Shah Alam tingkat 2 belah belakang.

Kasut pakailah kasut sport yang ada banyak padding air-pad bagai dan tidak mudah melecet, stokin at least beli dua sebab kalau satu sahaja akan jadi super smelly and dekat bahagian hujung kaki mau haus. some of adik2 ni siap kena beli kasut kat sana sebab kasut yang dibawak tak sesuai, tapi nasib baik depa ni masyuk bawak sejuta won sorang. harga kasut kat sana mahal sket dari sini, yang kita boleh beli adalah kalau ada sale. kalau dah sale tu nak memilih saiz dengan pattern yang cantik tu mungkin susah sket. pokoknya elakkan beli dekat sana.

Wajib bawa Jaket untuk layan sejuk kat sini dan yang paling penting sekali adalah untuk GAYA hehehe, jangan pelik kat sini ajusshi ajumma semua stylo k, pokoknya semua org kat sini, terutamanya di bandar seoul stylo giler. Jeles abih aku tgk orang kat sini berfesyen, nak beli kat sini agak parah jugak, duit cukup untuk travel je, sigh.... maybe next time. Aku bawa 3 jaket, nampak tak tamak halobanya kat situ? 2 cotton 1 synthetic leather tapi yang paling banyak pakai adalah jaket leather. Main point jaket adalah untuk block angin dari kena badan so form fitting dan ciri-ciri angin sejuk tak boleh penetrate jaket leather makes this jacket my favorite, lagipun i look super cool in leather lol. 2 jaket lagi tu pakai sekali je pastu trade dengan my adik Bad. 

Satu lagi yang aku kira penting bawa Jaket yang berbutang or berzip depan, bila masuk warm area like restaurant or mall senang nak bukak. kalau pakai hoodie leceh nak bukak. some may say eleh berapa saat je nak bukak hoodie tu pun, but when we travel and there are a lot of people and kids too in the group it will be a big hindrance. well to me at least. Menyesal giler bawak jaket banyak kalau tau bawak jaket leather ngan tshirt lengan panjang, ngan seluar jer. Seluar yang elok adalah yang khakis sebab durable dan lebih ringan dan kurang tebal dari seluar jeans. Tapi nak disebut juga, seluar jembalang lebih warm dari khakis ye ikutla pada masing-masing sebab my leg biasa tak sejuk sebab banyak lemak kot.

Bags

Terpulang pada gaya travel anda, backpacking ke? banyak pindah randah ke or just satu tempat je? our family of four pakai 1 beg karrimor hitam besar 70l full dengan baju 4 orang (love this bag), 1 beg deuter 45l full dengan makanan, 1 beg baby full dengan pampers ngan barang hygiene, 1 stroller babyzen yoyo.  Baju anak-anak adalah priority sebab dibimbangi tak sempat nak basuh dan keringkan baju kat sana. Cuaca di sana agak mustahil untuk jemur baju sampai kering, sampai kejung bolehlah hehe. kami ambil inisiatif lepas basuh baju sebelum tidur tu jemur atas lantai homestay yang warm/ ada heater pagi besok baju tu dah kering dah, kalau masih lembap kami biarkan di situ sampai la kami balik semula. 

What we should have done (WWSHD) disebabkan kami banyak bertukar lodging and pergi airport, bawak beg besar dan banyak adalah masalah besar. bring only 2 bags, no need for 1 full bag of food, just 2 bags with reasonable weight that we can move about freely and not termengah-mengah nak bawak. 1 10kg bag for me and 1 5kg bag for my wife. if more weight was added we would only resolve on riding taxi all over the place. I think the bags have stolen many won from us because we had to go to 3 lodging and 2 airport which incur additional cost for taxi which we did not account for. Naik subway adalah jauh lebih murah dari taxi tapi kalau berat beg dah buat ko senget ke blakang mau naik taxi je. However kalau anda hanya ke satu tempat sahaja bawaklah beg berat macam mana pun ok sebab beg itu parking kat lodging jer. cuma naik taxi bila nak heret beg ke airport and back je.

Food

Banyak sangat tapau makanan dari Malaysia pun susah jugak, which what happen to us. each of us took too many food to korea, bila dikumpul dah menjadi masalah sebab leceh nak heret ke sana sini. Kami sangkakan susah cari makanan kat Korea, but actually its pretty easy kalau tak memilih sangat. Kami amik approach blogger Zarina yang terjah restaurant yang tak jual daging dan babi di satu kedai dan guna satu ayat yang saya kira penting sangat-sangat untuk kita hafal.

ajusshi/ajumma ham gogi sseul nojimasaeyopakcik/makcik pork/babi daging alkohol jangan letak

uri/wo an mogeoyokami/saya tidak makan

kamsahamnidaterima kasih

yang paling penting adalah ayat yang pertama, sebut 2-3 kali sampai dia angguk atau cakap haiiit. lpas tu tanpa was-was belasah le. Ini pun hanya laku kat kedai yang tanpa daging dan pork ye. seafood or vegetarian only. Dengan ayat ni dapatlah kami merasa tteokbokki ajumma ngan sotong steamboat... yummy.... well datang negara orang takkan nak makan makanan Malaysia je kan, WWSHD bawak maggi paket, serunding paket, sardin jika perlu, dan brahim pun ok gak tapi jangan banyak sangat sebab berat. Sardin dan brahim elakkan sebab berat dan makan kalau perlu sahaja. kat sini ada banyak jual nasi instant yang sedap dan berpatutan harganya, 1 cup instant rice adalah sangat cukup untuk satu meal. my regret is too many Malaysian food and less of korean food masa kat sana. hmmmm... nak tteokbokki lagi huwaaaa....

03 1st day
04 3rd day - Pulau Nami

Trip Korea Musim Luruh 2014 - Seoul, Jeju and Busan dalam 7 hari!

Adik kawasan @Gyeongbokgung Castle
9-16 November 2014 menjadi satu lagi tarikh bermakna bila kami akhirnya sampai ke Korea Selatan ini selepas setahun research dan kumpul duit. Duit takde tapi nak pegi melancong korea? macam mana tu? simple je beli tiket untuk fly tahun depan dan kumpul duit sampailah ke hari nak fly. akhirnya menjadi jugak plan kami. walaupun agak goyang dan duit habis ke sana sinun almaklumlah ada bisnes dan family yang memerlukan perhatian, tapi target berjaya juga dicapai. 

Kami tukar duit ke 1,000,000 won / sejuta bersamaaan RM3200 berjaya dikumpulkan, untuk 4 orang. sesetengah orang mungkin rasa ini banyak(atau sikit) tapi actually ini adalah agak budget untuk 2 adult and 2 kids. masa tukar duit tu cam konpiden jer, sejuta kot. tapi dah sampai sana, harga barang-barang sana dah main puluhan ribu. terus rasa goyang sekejap tapi maintain composure dan cubalah berjimat selagi boleh. Itu yang rasa kurang sikit sebab budget utk shopping dan souvenir dah melencong ke lain. bukanlah melencong ke mana pun, kami manfaatkan sepenuhnya pengalaman di sana dengan bungee, zipline flying fox, Namsan tower, Jeju and Busan. ini baru belanja di sana. tiket fly yang dibooking akan dibreakdownkan dalam post2 lain

Mula-mula nak honeymoon 2 orang, lepas tu cam kesian nak tinggalkan 2 kenit tu. Kesian depa kena tinggal dengan omma nyer (nenek selayang). terpikir nak bawak bibik iaitu my sister Kaklang. pastu alang2 nak bawak org lain ajakla anak sedare yang dalam masa yang sama tgh kerja dekat my taska in Shah Alam ni, pung pang pung pang org ni ajak orang tu, orang tu ajak orang ni, jadilah kami 12 adult and 2 kids, amek ko 10 bibik aku bawak. haha bagus-bagus kat sana bergilir-gilir diorang angkat anak aku. walaupun raniah hanyalah seberat guni beras 10kg kalo dah banyak berjalan tu mau tercabut tangan jugaklah rasanya. bergilir-gilir la kome hoho. mekasih banyak-banyak tu my bibik sumer :).

Siapa yang poie Korea la tu? Abang ngah(me), Kak Ngah(rini,zu), Raniah, Zaim, Kaklang, Bad, Alin, Toyoi, Naem, Fara, Anis, Wani, Lokman and Asma. 


@ Teddy Bear Safari entrance, Standing from left: Naem, Fara, Lokman, Farid, Zue, Ahmad(me) Bad and Zaim , Asma
Sitting from left: Alin, Wani, Kaklang, Anis and Raniah
Ini antara gambar rare sebab kami semua dalam satu gambar di Jeju Island, Teddy Bear Safari or Teseum diambil oleh driver taxi yang sempoi.

Di bawah ini itinerary cadangan sahaja sebelum fly, bila kita dah kat sana mungkin kita akan tukar plan. 

Itinerary/ jadual cadangan asal Korea Autumn 2014
Ini adalah aktiviti sebenar, rasanya tak banyak beza pun. paling penting all the important must visit place dah disetelkan for us at least.
Itinerary South Korea Autumn 2014 - the actual activity we have done 
Tengok dari jadual ini mungkin anda pelik kenapa banyak sangat fly, espescially kenapa tak pegi Incheon, Seoul je kan from 1st day. seperti disebutkan tadi cadangan asal nak pergi berdua sahaja honeymooners nak lepak busan dulu 2 hari pastu gi seoul n last day baru balik busan n fly to Malaysia balik. kami nak rasa naik KTX train yang 4 jam tu. tapi bila dah melibatkan anak-anak dan kawan-kawan keselesaan. masa dan PULUS diutamakan ;). KTX train adalah 200++ seorang dan ambil masa 4 jam. padahal fly 45 min dan harga 90++ seorang shj. Well plan changes from time to time sebab yelah planning setahun kan. 

Geng Korea Autumn 2014 - outside Cozy Itaewon Lodging House
emm nak sambung ke nak ke post lain......
meh publish dulu la.

to be continued....
01 Itinerary
02 Kelengkapan
03 1st day
04 3rd day - Pulau Nami