Tips elak marah @ panas baran

Lisa Surihani marah
Manusia ini adalah karya terbaik yang maha esa, kita mampu berfikir berimaginasi tidak seperti makhluk Allah yang lain. dengan kebolehan otak kita inilah kita mampu mencipta dan menjadikan pelbagai benda dari benda-benda yang ada di bumi.

Adakah anda tahu anda juga boleh mengawal emosi dan fikiran anda mengikut halatuju yang anda tentukan?

Kebanyakan diri kita adalah 'reaktif' iaitu kita responsif seperti daun semalu yang diusik akan kuncup. Jika kita dimarahi / ditegur orang reaktif akan berasa marah dan ingin menempelak kembali. Tahukah anda yang anda boleh memilih untuk tidak membalas dengan cara negatif (reaktif). anda boleh memilih untuk membalas dengan cara yang lebih baik. Kadangkala bila anda sudah marah2 anda berasa menyesal dan berharap ia tidak pernah berlaku atau anda sepatutnya mengendalikannya dengan cara yang lebih baik. kini anda boleh dengan memilih untuk tidak menjadi reaktif dan berfikir untuk membalas dengan cara sepatutnya. Tidak percaya? dengan kuasa memilih sahaja anda boleh menjadi lebih baik pada saat ini.

Satu tips lagi adalah dengan mengatakan "adakah ia penting untuk aku marah" adakah aku patut marah dengan apa-apa yang terjadi. Is it that important? adakah aku patut marah dan menyebabkan aku rasa tidak selesa. Biasanya kita akan marah pada benda-benda yang tidak penting, tentang perangai seseorang atau kereta yang keluar tiba-tiba depan kereta kita. secara reaktif kita akan marah, tetapi yang tahu akan kita marah hanyalah kita. kita marah2 pun bukannya orang dalam kereta itu akan tahu.

Kuasa memilih ini juga tidak terhad pada perasaan negatif tapi lebih banyak aspek dalam hidup. Anda boleh memilih untuk menjadi lebih sihat dengan meninggalkan rancangan hiburan di TV dan pergi bersenam!

Anda berasa hanya akan menjadi sekali sekala? tahukah anda HABIT atau TABIAT lahir dari satu tindakan?

Buat sekali - ulang - ulang - ulang sehingga anda panggil ia satu TABIAT. yang penting adalah buat buat buat dan buat. jangan hanya fikir kalaulah aku ada tabiat begitu begini.

Nukilan sendiri hasil dari membaca 7 Habits of highly effecti

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini