Mudahnya kita........

Komen-komen sengal 


Okay, sebenarnya cerita ni kisah minggu lepas, seminggu sebelum kita menyambut raya. (2 hari Lahir, Bayi Perempuan Rini AF7 KritikalSebagai seorang ibu, mama sangat-sangat terkesan. Baby tersebut yang diberi nama Maryam Joana pun telah kembali ke Rahmatullah setelah seminggu berjuang... Al-Fatihah.... Crying fountain emoticon (Sad Emoticons)

Dan, apabila keluarnya berita ini, maka akan ramailah orang-orang yang baik hati memberi komen, kan? Apa yang mama nak kongsi di sini adalah betapa mudahnya kita menjatuh hukum, memberi komen-komen yang tidak sensitif di dalam internet, berselindung di sebalik anynomity kita di dalam alam maya ini. Dan apa yang mama lihat, semua pemberi komen ini adalah wanita, dari gaya bahasa yang memberi komen.







Sangat mudah kita menjatuh hukum dan menuduh ibu tersebut cuai, tanpa kita peduli adakah komen-komen kita, sekiranya dibaca oleh ibu tersebut, tidakkah ianya akan menambah kehancuran hati ibu itu? Mama yakin kita tidak akan peduli..... Kerana seperti yang mama katakan tadi, kita adalah pengecut yang cuba menjadi hero dengan berselindung di sebalik anonymity kita, kan?

Tetapi, kita, yang mengaku wanita, kita yang mengaku seorang ibu, biasanya dan sepatutnya lebih peka dengan perasaan ibu lain.... Sekiranya, perkara ini berlaku kepada kita, adakah kita akan maafkan diri sendiri? Mama yakin, tak perlu kita menghentam ibu muda tersebut, pasti sekarang ini dia sedang trauma dan asyik menyalahkan diri sendiri. Dikatakan redha oleh media, tetapi dalaman, kita tahu tak? sepatutnya kita sebagai sesama insan memberi kata semangat kepada dia, bukan menambah kesengsaraan ibu ini. (haisshh.... marah pula saya bila tengok komen2 sengal ni).

Dan mama yakin, sebenarnya yang memberi komen-komen sengal sebegini, bukan seorang ibu atau pun tidak pernah mengalami kesusahan semasa berpantang. Mama tidak mahu membuat andaian, tetapi melalui pengalaman mama semasa berpantang dulu, mama faham apa rasanya berpantang selepas pembedahan. Sangat menyakitkan, dan kadang-kadang kita tak sedar pun bila kita terlelap sedangkan waktu tu kita tak rasa pun nak tidur.

Jangan sangat mudah untuk menjatuh hukum kalau kita tak tahu.....

Kisah breasfeeding di public....



Seronok tengok gambar ni..... Masa ni Raniah berumur 5 bulan. Duduk diam menyusu di bawah poncho tersebut..... Sekarang, di usia setahun 7 bulan, jangan harap ini budak tecik mahu menyusu diam-diam. Freestyle yek..... kalau kat rumah lagila macam-macam gaya.

Si kecik comey mama dengan abah ni, kalau dia haus, dia akan menjerit tak kira di mana aje. Kalau datang tantrum dia, lagi haru.... Mama pula, tengok tempat ler kalau nak bf kan dia. Kalau macam di OU, memang mama akan duduk di bench, dan selamba bf in public. Sangat-sangat tak suka bf di nursing room aka toilet. Bising dan kadang-kadang kalau time tu cleaning in progress, of course la akan bau toilet, kan? Unless kalau nursing room nye separate dari toilet, macam di Sunway, baru mama akan bawa Raniah ke situ. (pahamkah ayat pusing-pusing ku?)

Bila kita bf di public, kadang-kadang pasti akan ada mata juling yang memandang dengan pandangan juling serong kat kita. Ada yang tersenyum, ada yang mencebik, ada yang menggeleng kepala. Ada sekali mama terdengar seorang perempuan (bujang agaknya) bercakap dengan kawannya kata mama tak malu (perempuan melayu,yer). Ermm...mama biarkan saja, tetapi sedihnya tuhan je yang tahu. Begitu mudah manusia berkata-kata. Tapi mama tenangkan hati, muhasabah semula diri.

Benar, masa bujang, sebelum berkahwin mama pernah terlihat keadaan yang sama, juga dalam hati terfikir, tak malukah ibu tersebut bf di public? Tetapi apabila dah jadi ibu ni, baru mama faham, apa perasaan ibu tersebut. Bangga, segan, tak kisah, semua bercampur aduk. Waktu itu baru terfikir, bila kita tidak berada dalam keadaan tersebut, kita akan begitu mudah membuat andaian.... Kita akan mudah membuat anggapan, dan kita juga akan mudah menjatuh hukum..... Bila dah kena batang hidung sendiri? Baru ada akai, kan?

Mama mohon maaf sekiranya tulisan kali ini menyinggung hati sesetengah orang. Ini cuma peringatan pada diri mama sendiri supaya jangan cepat membuat anggapan negatif atau menjatuh hukum pada orang lain. Bukan apa, dunia ni ibarat putaran roda, hari ni kita di atas, mana tahu esok lusa kita akan jatuh....Karma kan?