JJCM - Gangnam Station makanan korea

Selak-selak promosi kat Groupon untuk makan2 yang best terjumpa plak satu restoran yang diberi nama seperti lagu hit korea Oppa Gangnam Style, nama restoran itu adalah Gangnam Station yang terletak di Seksyen 13 Laman Seri Shah Alam. Jika anda tahu Laman Seri yang dekat dengan Stadium Shah Alam tu anda mungkin tahu bahagian depan itu ada beberapa kedai makanan western dan restoran lain, Tutti Frutti pun ada kat sini. tapi kedai ini mungkin tersorok sikit, anda kena masuk ke bahagian dalam Laman Seri ini baru dapat jumpa. alamatnya adalah


Gangnam Station Restaurant is located at Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam. Next to PTPL College and NAZA TTDI Laman Seri Development.Operation Hour: Mon-Fri (11.30 am-4 pm/6 pm-11 pm) Sat-Sun (5 pm-11.00 pm)
Pemilik adalah orang melayu Malaysia dan kedai ini dijamin halal, daging dan ayam yang terdapat disini adalah sama ada Halal dari Malaysia atau Australia.


Banner di luar kedai

Pemilik Gangnam Station En Samsuddin


Kedai ini saiz agak kecil, jika datang ramai kenalah buat tempahan untuk set table yang bersesuaian. Susunan meja dan dekor agak kemas, mesra baby - ada baby chair. dekat tv ditayangkan Running Man atau KPOP secara berterusan. 

Dari Groupon kami ambil set RM40 valuenya dalam RM75 katanya apa yang ada dlm set tu Sup kimchi steamboat + bibimbap + unlimited side dishes, air tak termasuk so kena beli asing which kami beli nescafe dengan cappucino at RM3 each link Groupon
coupon from Gangnam Station Klang Valley - KL
Bibimbap yang suci sebelum dibelasah, awas sangat panas!
Selepas digaul dengan red pepper paste yang warna merah kat tepi tu, kurang pedas rasanya.. nak pedas lagi tambahlah sampai dah kemerahan.

Kami memang suka makanan korea espescially bibimbap dan ddokbokki (kat Gangnam station takder ni), ini semua gara2 banyak sangat tengok kpop kan... kami suka disini kerana suasana yang mesra dan santai.
Selamat mencuba Gangnam Station

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini