Tiada lagi tempoh caj panjang! bateri baru Titanium Nanotube akan menggantikan bateri lithium

ntu assoc prof chen xiaodong with research fellow tang yuxin and phd student deng jiyang
NTA associate professor Chen Xiaodong with research fellow Tang Yuxin and PHD student Deng Jiyang.
Bateri rekaan terbaru seorang saintis akan membolehkan anda caj bateri telefon bimbit atau bateri kereta eletrik dalam masa beberapa minit sahaja mengikut artikel ilmiah Advanced Materials. Penyelidik Chen Xiaodong dari Nanyang Technology University telah mereka semula bateri dengan menggunakan teknologi titanium dioxide nanotube. 
Bateri yang dijangka boleh digunakan secara komersial pada tahun 2016 itu juga mempunyai kelebihan lebih baik dari bateri lithium iaitu 10,000 charge cycle (had bilangan pengecasan semula bateri) dan dijangka mempunyai 20 tahun tempoh pengunaan, 10 kali ganda dari bateri lithium biasa. ini juga menandakan pengurangan pembuangan sisa bateri yang kian menjadi isu kerana hayat bateri dapat dipanjangkan.

Bateri ini juga akan mencetus revolusi dalam bidang kereta eletrik yang menggunakan bateri, teknologi kini memerlukan pengecasan berjam-jam berbanding pengecasan beberapa minit dengan teknologi baru ini. Tambahan lagi harga kereta eletrik akan turun kerana pengurangan kos produksi bateri eletrik dan jangka hayat bateri yang lebih panjang.

Walaupun bateri ini dari idea baru tapi rekaannya tidak jauh berbeza dengan rekaan sedia ada membuatkan ia dapat diadaptasi dengan teknologi pembuatan semasa.


Nota tambahan:
artikel ini merupakan sebahagian dari kajian Viral Marketing saya, sila klik like, share atau comment jika anda rasa artikel ini wajar menjadi viral. Sila comment pendapat anda tentang bagaimana artikel ini boleh menjadi viral, atau apa saja berkaitan viral. Terima kasih.