WW-Baby Vampire :D


Kenapalah aku gi panjat gunung ni?

Gunung ke bukit aku pun tak tau, kalo ikut tinggi bukit je kot tak sampai 100m tingginyer.

Shhhh.... tempat rahsia ni, takut plak nak citer.... kantoi ngan pak guard UPM plak kang. Saya sarankan jangan masuk property UPM seperti kami yang baik ni. Pergi jogging dekat tepi tu jer jangan masuk sampai ke dalam tau.... Tempat ini adalah peveret kawan2 cina kita yang rajin pepagi gi jogging

Trekking ni mungkin tak mencabar utk adik2 kiter tapi utk saya yang dah bertahun tak mengerah keringat ni agak mencabar jugakler. Tapi ada jugak kawan kiter 20-an Wan bukan nama sebenar  muntah nugget + nasi goreng, sila jangan bayangkan...... uuuuuuuu.... yellowwish... haha

Kami pada hari itu berempat, saya, Hafiz, Salim dan Pije. Perjalanan dimulakan lewat kerana.... biasalah janji melayu sigh... malas nak citer.

Dalam kul 9.30 sampai entrance, tengok ramai kawan2 chinese yang datang awal beransur pulang. Bila berselisih dengan mereka yang turun mereka akan kata 'good morning' kami pun menyambut 'morning' polite sungguh mereka ni kata saya dalam hati.

Aku ni ada la jugak pengalaman mendaki gunung sana sinun tapi tiap kali naik gunung mesti kata pada diri sendiri kenapala bangang sangat aku gi panjat gunung  ni tatkala dah pancit kaki rasa cam dah berapi. kawan2 plak kena tunggu sampai saya dapat energy balik. hasil dorongan kengkawan yang asyik kata sikit lagi jer, depan tu jer, dah dengar bunyi air dah. saya pun menggagahkan diri sehingga tiba di xxxxx air terjun. selepas satu jam 30 min. kata kawan2 rekod yang agak bagus... aku pun bangga la jugak sebab tak menyusahkan diorang hohohoho

Projek pertama sudah tentu adalah mandi!!!! kecebushhh bunyi air kawan2 aku pi lompat, aku pandai main kat tempat cetek jer, pesanan isteri juga jangan main tempat dalam, ewah cam pesan kat budak2 jer. betullah jugak kalo tak terer janganlah pura2 terer depan kawan plak kan. buatnyer jadi yang bukan2 ape pun tak jadi.

gaya jer lebey... tempat cetek tu

haha aku main tempat cetek jer

airnya hijau gelap tuuuu

main2 di tepian

jejaka perasan hensem kecuali yang tengah tu ;p

ramai gak


kaki aku cramp ada plak orang main2 plak blakang aku ni

Ehem2 sila baca sendiri

lagi satu
Masa tu kami ditemani beberapa grup chinese yang lain sambil mengelak kelibat orang UPM kami mandi dan lepak sampai kul 1 dan balik ikut jalan yang lebih senang iaitu menurun bukit.

habis sudah

Nukilan Abah

Bahaya pakai charger bukan original!!

Fuhhhh... nasib baik tak meletoppp!!!

Hari tu poket tetiba rasa panas semacam dalam poket, amik tengok handset dah panas membahang. Skrin hitam jek. Bley plak try angkat letak kat pipi, konon2 nak rasa panasnya hp tu.... sengal kan... cepat-cepat on lampu kat kepala .
INI TANDANYA NAK MELETOPP!!!. kelam kabut la tanggalkan batteri dia. mmg batteri tu sgt panas dan dah mengelembung. Fuhhh sib baik le kalo x berlobang kaki aku hohoho

Aku ni ada banyak charger, charger usb , charger kereta dan charger pinjam kengkawan yang tak berapa ori.
kalo anda tengok belakang bateri ni dia kata "USE SPECIFIED NOR KIAH CHARGER ONLY"
OOOOOOOO...... walaupun sebenarnya mmg dah suspek akan menjahanamkan bateri kalo pakai charger yang tak ori ni, lepas ni kenala berhati-hati dengan penggunaan charger hp anda.

Walaupun seriau batteri hampir meletop, harga bateri nokia 5800 5-j yang ori hanyalah seratus ++ disebabkan sengkek plas kedekut plas tak insaf lagi aku beli yang lokel 50 yar sahaja. mari kita tengok berapa lama ini bateri boleh tahan. hohoho

Sincerely Abah