TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 SPM JUN 2016

TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 SPM ULANGAN / PERSENDIRIAN JUN

SPM JUN 2016

TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3

Tema Umum : Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Sebelum kedatangan penjajah British, masyarakat peribumi di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjalankan kegiatan ekonomi yang tersendiri. Pada abad ke-19, British menguasai ekonomi dan memberi kesan terhadap taraf sosioekonomi masyarakat peribumi.

Secara ringkasnya calon peperiksaan perlulah membuat kajian / research mengenai tajuk seperti di atas. Calon boleh membawa nota atau catatan semasa hari peperiksaan. 

ARAHAN:

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi satu Tema Umum.
2. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.
3. Kertas peperiksaan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.



ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.
2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.
3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tema umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.
4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
7. Calon dinasihatkan supaya penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan tidak mengganggu calon lain.