JJCM - Restoran Capricciosa @ Sunway Pyramid satu ulasan

Jalan-jalan cari makan armsrenee kali ini melawat ke Capricciosa restoran makanan itali di Sunway, terasa nak makan spagetti so singgah la kat sini, tengok kedai kecik je, customer pun tak ramai sangat, x best ke?. Tempat cenggini biasanya memang tak ramai orang pun, tak kena dengan tekak orang malaysia sangat kot..?

Disebabkan arms telah dihanyutkan dengan lambakn spagetti sejak sebelum kawin oleh mrs renee terus arms terjebak dengan spagetti pulak sampai bolehlah masak sendiri (ala campak je prego dalam kuali. siappp..:p )

ok arms order pasta buat sendiri Fettucinne with Clams and Mussels perghhh namenyer pun dah berjela, sedapke?
mula2 suap tu memang pergh best sedap giler, dapat rasa perbezaan fresh pasta dengan yang biasa tu. ia lembut dan kenyal. cuma arms kurang berkenan dengan sosnya yang macam lemak2 manis. bukannya tak sedap... sedap tapi tak kena dengan tekak arms yang dah biasa dengan spagetti masam prego tu. so in the end tukar dengan mama punya Spagetti special meat sauce.

plus point lagi KIDS EAT FOR FREE di bawah 12 tahun, faveret parent2 muda kan?


*gambar baru akan diupdate, hilang plak

Raniah makan Spagetti jugak. Free jer

Summary:

Portion - semua menu yang diorder portionnya melebihi expectation
harga - up sket macam Italiannes, tetapi berbaloi
speed - fresh pasta takes more time, about 15-20 min yang lain sampai agak cepat.
Value for Money(VFM) - bagus bila anda nak rasa spagetti sedap, selain dari prego mama.. haha

prob: takder sinki customer, terpaksa pakai yang staf punya untuk cuci pinggan kot. raniah (baby) kan makan lasak, abih comot. mestila kena basuh kat sinki kan.. sepatutnya kenala ada sinki walaupun makan pakai sudu garfu, some people are very particular to cleanliness you know (not us though) for your future reference.

anhyeong