WW-Raniah Zawanah menari comel

Raniah Zawanah Pegi Piknik

Lamanya cerita pasal saya mama ngan abah x updatekan, kan? Yelah, mama kan sakit tangan... Ini pun saya paksa mama taip dengan tangan kiri, sbb tangan kanan mama belum betul-betul sembuh......

Hari ini saya dah setahun 1 bulan dan berapa hari, yer mama? Raniah tak reti la nak kira hari..... (^^,) Minggu ni mama saya dah start masuk sekolah balik, abah lak minggu depan. Maknanya saya kena tinggaaaaaaalllll  laaaaaamaaaa dengan Opah Yong... Uhuhu... Rindu la saya dengan mama dengan abah saya nanti... *sob..sob*

Hari tu mama dengan abah bawak Raniah pegi piknik. Seronok. Walaupun tak jauh, alaa... kat padang depan muzium Shah Alam tu..... Bersungguh-sungguh mama saya masak tau..... Seronok!!!! Raniah dapat tengok ramaii orang.... Ada yang main bola, ada yang main golf, ramai family datang piknik sama-sama. Meriah sungguh.... Abah tangkap gambar saya ngan mama...... Kat situ pun abah ajar saya jalan, tapi saya takutla nak jalan sendiri. Gayat lagi..... Lagipun saya suka dapat pegang tangan mama dengan abah. Barulah saya rasa yakin...

Ini gambar-gambar masa kami piknik... Cantik tak abah saya tangkapkan?




Tolong mama kemas makanan

Mama : Raniah, mama suap nak?

Macam sedap je nasi dalam periuk ni....

Tak best makan dalm pinggan, direct dari periuk lagi sedap....


Abah ni asyik tangkap gambar je..

Eh, ada dua?

Mama : Nanti mama bawak Raniah Zawanah pergi piknik lagi, yer? Tapi jangan makan nasi direct dari periuk nasi.... Tak comel anak perempuan buat macam tu....


Pendaftaran SPM persendirian 2012 dibuka hari ini

SPM Persendirian 2012
Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang ingin membaiki keputusan SPM yang sebelumnya.

Bagi yang gagal B. Melayu hendaklah mengulang subjek tersebut bagi mendapatkan sijil.

Pendaftaran SPM persendirian dibuka dari 1-31 Mac 2012

Bagi mereka yang ingin mengambil peperiksaan di Negeri Selangor, pendaftaran hendaklah dibuat di Kaunter Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E seksyen 4, 40604 Shah Alam Selangor.

SPM(U) Jun subjek B.Melayu dan Matematik sahaja
SPM(N) November semua subjek kecuali beberapa subjek seperti P.Seni tiada

Borang boleh didapati di laman web JPN Selangor KLIK SINI UNTUK BORANG
Sila download semua borang dari 1-7 dan no 8 jika berkaitan. Ikut senarai semak no 7 bagi melancarkan pendaftaran anda.

Sila buat Money order kepada PENGARAH PELAJARAN SELANGOR di mana-mana pejabat Pos.

Calon kali pertama hendaklah mengambil subjek berikut (maksudnya tidak ambil masa form 5 dulu)
B. Melayu
B.Inggeris
Pendidikan Islam/ pendidikan moral
Sains
Sejarah
Matematik

Sekarang masih tidak ramai lagi yang mendaftar dan dijangka akan bertambah pada minggu terakhir.

Harap maklum kaunter dibuka dari 7.30 pg- 5.30ptg isnin - khamis dan jumaat rehat dari pukul 12.15 tgh-2.30ptg

Syarat-syarat Pendaftaran SPM dengan cara yang paling mudah difahami
  1. mestilah berumur lebih 17 tahun pada 2012. tidak ada had umur 1001 tahun pun boleh mendaftar lagi
  2. jika calon 17 tahun pada 2012 hendaklah lahir pada 1 januari ATAU memiliki sijil PMR
calon hendaklah belajar sendiri secara tuisyen atau cara2 lain dan silibus adalah mengikut tahun silibus seperti di sekolah kerajaaan pada tahun tersebut.

sebarang pertanyaan boleh dimajukan pada saya di bahagian comment.