Pendaftaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & SPMU Persendirian 2013

Pendaftaran SPM 2013
UPDATED 5 MAC 2014

PENDAFTARAN SPM 2014 KINI DIBUKA DI JPN SELANGOR
RUJUK WEBSITE INI
http://armsrenee.blogspot.com/2013/10/pendaftaran-spm-2014-spmu-spmn.html

PENDAFTARAN SPM 2013 SUDAH DITUTUP
sebarang pertanyaan boleh diajukan pada Unit SPM LP Putrajaya 03-88843479

Semak keputusan SPM 2012 melalui SMS

Makluman Penting untuk Pendaftaran di JPN Selangor
Guna dan isi borang yang terdapat di JPN Selangor, Borang yang terdapat di laman web JPN dan laman web ini hanyalah untuk rujukan sahaja.

Dari Pejabat Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP) Jabatan Pelajaran Selangor (JPNS)



Ingin dimaklumkan Pendaftaran SPM Persendirian 2013 akan dibuka pada 1-31 Mac 2013 selepas keputusan SPM 2012 diumumkan. (maksudnya tarikh mungkin berubah, jika ikut tahun-tahun lepas biasanya pada bulan Mac).


Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang ingin membaiki keputusan SPM yang sebelumnya.
Bagi yang gagal B. Melayu hendaklah mengulang subjek tersebut bagi mendapatkan sijil.

Soalan-soalan yang biasa diajukan pada kami di SPP;

1. Apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran?
  1. Salinan KP yang disahkan
  2. Salinan Slip SPM terdahulu (latest)
  3. Bayaran (bayaran berbeza ikut subjek cth Bah. Inggeris RM20.50, Matematik 10.50) hendaklah merujuk pada arahan terbaru yang belum keluar lagi sehingga Mac 2013.
  4. Borang yang lengkap (boleh dapatkan percuma di kaunter SPP)
2. Saya tidak pernah ambil SPM, bagaimana nak buat?
Boleh daftar asalkan berumur 17 tahun pada tahun peperiksaan DAN memiliki Sijil PMR
ATAU
Jika tiada PMR perlulah berumur 18 tahun atau lebih pada tahun peperiksaan

Rumah diserang anai-anai yang x comel

Hasil seni anai-anai
hampeh tul anai-anai sekejap jer dia menyetelkan sebuah almari ikea kitorang, baru beli pulak tu kiranya bila mula2 masuk rumah sek 17 ni. bila ek dalam awal tahun lepas rasanya. So anai2 ni probably berpunca dari limpahan air yang berlaku dari toilet atas, toilet atas tu dekat dengan bilik ke2 tempat almari tu. anai2 ni kalo ikut research di internet memerlukan punca air yang berterusan, jika tiada air dia akan hilang. kita mop air di sekitar almari tapi bawah alamri tu mungkin tak kering sepenuhnya. so dia amik kesempatan kat situ.
Kitorang mula notice pun bila baju dah berlubang2 kena gigit. selepas rumah kena tinggal beberapa hari sebab outstation kot. bahayanya diorang ni diorang makan dalam kayu dan x kacau permukaan so dari luar nampak cam ok je. tapi bahagian dalam abis kena makan. Bahagian dasar almari disetelkannya dulu, bahagian penting supporting beam tu dia dah setelkan memang ke laut la jawabnya almari tu.

Skang dah tanggalkan almari tu dan dah nak bako dah 3/4 bhgn yang dah x bley pakai yang tang pintu tu cam sayang plak nak buang sebab elok lagi maybe boleh diconvert jadi sumthing like a bench ke apa2 yang patut bergantung pada tahap kerajinan aku. hehe.
Anai2 tu aku tak sure dah pegi mana, dah hilang ke blom. dekat bahagian dapur tu ade lagi sket. emmm kang kena bako dapur plak. so tgk kat internet utk cari solution cam website ni http://anai-anai.atabox.com/index.php dia pakai sistem umpanan menggunakan gel, basically umpan(racun) itu akan diambil oleh worker dan dibawa balik ke sarang. di sarang itu semua kan berkongsi makanan(racun) termasuk queen dan king, seterusnya semua makan dan KO dalam 3 hari katanya. Harga satu gel yang paketnya cam ubat gigi warna hitam adalah sebanyak RM38 sahaja, depa suh beli 2 untuk small infestation. skang nak tunggu gaji baru beli hehe.

adakah akan berjaya? tunggu dan lihat.

ps dulu aku spray ngan baygon untuk lipas yang warna hijau tu. mati anai2 tu. tapi agaknya takde pekdah sebab queennya tak kena kan. sekali crett beribu kuar anak anai2 kan apa barang...

Tarikh Pendaftaran Peperiksaan Calon Persendirian SPMU (ulangan) SPM (November) 2013

Tempoh Pendaftaran SPM Persendirian di Jabatan Pelajaran Selangor : 1-31 Mac 2013


Calon di daerah Klang, Petaling Perdana & Petaling Utama dan kawasan berhampiran boleh mendaftar terus di JPN Selangor.

Tarikh Pendaftaran di PEJABAT PELAJARAN DAERAH PPD (kiosk)

PPD Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor     : 22 Mac 2013 (Jumaat)
PPD Kuala Selangor, Gombak                          : 25 Mac 2013 (Isnin)
PPD Hulu Langat, Kuala Langat                        : 26 Mac 2013 (Selasa)

Minggu terakhir pendaftaran iaitu 25-31 Mac JPN Selangor akan menyediakan kemudahan membeli kiriman wang dari kaunter bergerak POS Malaysia.

Mohon hubungi 03-5518 6120/6505/9212 untuk keterangan lanjut

JJCM - Gangnam Station makanan korea

Selak-selak promosi kat Groupon untuk makan2 yang best terjumpa plak satu restoran yang diberi nama seperti lagu hit korea Oppa Gangnam Style, nama restoran itu adalah Gangnam Station yang terletak di Seksyen 13 Laman Seri Shah Alam. Jika anda tahu Laman Seri yang dekat dengan Stadium Shah Alam tu anda mungkin tahu bahagian depan itu ada beberapa kedai makanan western dan restoran lain, Tutti Frutti pun ada kat sini. tapi kedai ini mungkin tersorok sikit, anda kena masuk ke bahagian dalam Laman Seri ini baru dapat jumpa. alamatnya adalah


Gangnam Station Restaurant is located at Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam. Next to PTPL College and NAZA TTDI Laman Seri Development.Operation Hour: Mon-Fri (11.30 am-4 pm/6 pm-11 pm) Sat-Sun (5 pm-11.00 pm)
Pemilik adalah orang melayu Malaysia dan kedai ini dijamin halal, daging dan ayam yang terdapat disini adalah sama ada Halal dari Malaysia atau Australia.


Banner di luar kedai

Pemilik Gangnam Station En Samsuddin


Kedai ini saiz agak kecil, jika datang ramai kenalah buat tempahan untuk set table yang bersesuaian. Susunan meja dan dekor agak kemas, mesra baby - ada baby chair. dekat tv ditayangkan Running Man atau KPOP secara berterusan. 

Dari Groupon kami ambil set RM40 valuenya dalam RM75 katanya apa yang ada dlm set tu Sup kimchi steamboat + bibimbap + unlimited side dishes, air tak termasuk so kena beli asing which kami beli nescafe dengan cappucino at RM3 each link Groupon
coupon from Gangnam Station Klang Valley - KL
Bibimbap yang suci sebelum dibelasah, awas sangat panas!
Selepas digaul dengan red pepper paste yang warna merah kat tepi tu, kurang pedas rasanya.. nak pedas lagi tambahlah sampai dah kemerahan.

Kami memang suka makanan korea espescially bibimbap dan ddokbokki (kat Gangnam station takder ni), ini semua gara2 banyak sangat tengok kpop kan... kami suka disini kerana suasana yang mesra dan santai.
Selamat mencuba Gangnam Station

Insuran Kereta VS Insuran Nyawa

abang ada kereta tak?

ada

kereta tu ada insuran?

mestilah ada, kalo takder nanti kena saman

abang beli sebab takut kena saman je ke bang?

itu satu, lagi satu kalo kena accident atau kena curi bley cover balik.

bagus bang kereta memang kena diinsurankan supaya bila berlaku kecelakaan kereta tu masih boleh diselamatkan lagi. Abg ada insuran nyawa x?

xde plak, aku sihat je lagi

Kalo kereta rosak boleh x abg bekerja lagi?

boleh tapi susah skit la, kena tumpang kawan ke bini or naik pengangkutan awam.

susah bang tapi tak mustahil untuk pergi kerja, macam mana pulak kalo abang yang rosak contoh lumpuh kena strok (penyakit yang tidak boeh dijangka) boleh x abg keje?

tak bolehlah dah sakit terlantar kat umah

berdasarkan jawapan abang tadi, mana lebih penting bang, insuran kereta atau insuran nyawa?

errrrr.... insuran nyawa

bila dah x keje bang dah xder gaji bang, lagi2 sektor swasta dapat pampasan jer. anak bini nak makan aper bang? Ni sakit tapi idup lagi bang, macam mana plak mati tiba2 contohnya kemalangan kereta. macam mana pulak nanti?

errrr.... mak ayah, adik beradik kot boleh tolong.

betul bang dalam masa susah keluarga pasti akan tolong, tapi bang setakat mana bang? Diorang pun ada kehidupan pasti lebih susah kena tanggung orang lain, kalo abang takder saya bagi keluarga abang RM12,000 setahun ok x bang?

12k banyak jugak tu. sebulan RM1000

Saya bukan nak menakutkan abang, tapi realitinya ramai yang tidak nampak apa yang jelas disini kerana dah terbiasa dengan gaya hidup begini. Ibu bapa kita tak ada insuran mereka hidup ok je kan? Bagaimana pula kawan2 kita sedara mara kita yang ada kematian, kecelakaan. bolehkah kita bayangkan kehidupan mereka?
Biasanya bila dah terjadi pada diri kita atau keluarga kita barulah kita nak tersedar, saya harap abang bertindak bijak dan memilih untuk bertindak sekarang daripada tunggu terkena pada keluarga kita sendiri.

Hubungi Penasihat kewangan anda Ahmad di talian 010-2261434 untuk nasihat kewangan percuma

Semak Keputusan SPM 2012 melalui SMS dan online





Keputusan SPM 2012 boleh disemak mulai 21 Mac 2013 selepas pukul 10 pagi.
Anda boleh buat semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Langkah-langkahnya :

- Semakan SMS: Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888

- Contoh: SPM 950909125151 BC001A040 hantar ke 15888
Jika tidak tahu angka giliran sila hubungi sekolah bagi calon sekolah dan bagi calon persendirian hubungi pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan 03-55186120

Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan selepas pukul 10 pagi di sekolah masing-masing. Slip keputusan calon persendirian akan dihantar ke rumah masing-masing dengan pos berdaftar

Raniah masuk wad untuk Mycoplasma pneumonia

Pantai Hospital Klang
Raniah masuk wad di Hospital Pantai Klang kerana penyakit Mycoplasma Pneumonia atau lebih dikenali apabila kahak/cecair banyak dalam paru-paru. Kalau kita pergi cek demam or batuk Dr mesti akan cek pernafasan dekat dada kita kan, kalau normal dia akan bunyi clear jer kalau ader MP ni bunyi akan berdetup-detup or wheezing, aku pun tak tau dr je yg tau.

Gambar Min Ha masa kecik?

Min Ha at 7 years old
Raniah Zawanah yang Comel @ 2 years old
Gambar bawah adalah gambar Raniah yang aku letak as wallpaper kat opis ni. Ada pulak opismate kata rupa dia cam Park Min Ha masa kecik... kekekekeke aku gelak jer, kembang semangkuk sekejap....

Gambar atas adalah Park Min Ha seorang aktres kanak-kanak 7 tahun yang hebat dari korea, kenapa hebat? dia menang 1000 Song Challenge satu pertandingan yang memerlukan mereka bertanding setiap minggu sehingga mendapat juara. Park Min Ha boleh menyanyi, menari, mengajuk, berlakon dan macam-macam lagi. Kalau tengok dia bercakap memang la sangat petah untuk budak seusia dia.
Fakta menarik

Profile

  • Name: 박민하 / Park Min Ha
  • Profession: Actress, model
  • Birthdate: 2007-Jul-02
  • Star sign: Cancer
  • Family: Father/Announcer Park Chang Min, Mother Kim Jin, and two older sisters
  • Talent Agency: Ti Entertainment

TV Shows


Serupa ke Raniah dan Min Ha? Min Ha memang comey.... aku just boleh kata anak aku lagi comey je kuikuikui

Borang dan Surat berkaitan SPM persendirian 2013



Dapatkan Borang pendaftaran dan maklumat berkaitan SPM Persendirian 2013 di link bawah ini, berdasarkan Sektor Penilaiaan dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

PENTING- download borang dibawah untuk rujukan sahaja, sila isi borang yang terdapat di JPN Selangor.

Borang dan Maklumat Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan SPMU 2013

Borang dan Maklumat Sijil Pelajaran Malaysia November SPMN 2013

Bestnyer pakai DIGI postpaid

Masa beli Gnote dulu terus pakai line Digi sebab nak dapatkan tawaran best pakej internet, nak cerita sket mungkin ada orang tertanya tanya postpaid ada extra charges ke, hidden charges? so far aku pakai digi ni bil secara purata rm57 je paling banyak aritu pun RM70 sebab outstation kot byk calling-calling ngan housepeople. Shhhh aku pakai pakej digi iphone kalo korang nak tau free 100 sms 100 mins call brapa tah mms ngan 1 Gb internet. Kalo kat aku ni calling mmg kurang sbb tu bil ciput jer. yg penting kat aku internet kan, skang whatsapp je kan, sms pun tak brapa relevan melainkan chat ngan orang yg tak brapa dikenali atau hp yg ehemmm blum diupgrade. jgn mara aaa..

Watever pun i like Digi the best! what about you?