Pendaftaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & SPMU Persendirian 2013

Pendaftaran SPM 2013
UPDATED 5 MAC 2014

PENDAFTARAN SPM 2014 KINI DIBUKA DI JPN SELANGOR
RUJUK WEBSITE INI
http://armsrenee.blogspot.com/2013/10/pendaftaran-spm-2014-spmu-spmn.html

PENDAFTARAN SPM 2013 SUDAH DITUTUP
sebarang pertanyaan boleh diajukan pada Unit SPM LP Putrajaya 03-88843479

Semak keputusan SPM 2012 melalui SMS

Makluman Penting untuk Pendaftaran di JPN Selangor
Guna dan isi borang yang terdapat di JPN Selangor, Borang yang terdapat di laman web JPN dan laman web ini hanyalah untuk rujukan sahaja.

Dari Pejabat Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP) Jabatan Pelajaran Selangor (JPNS)



Ingin dimaklumkan Pendaftaran SPM Persendirian 2013 akan dibuka pada 1-31 Mac 2013 selepas keputusan SPM 2012 diumumkan. (maksudnya tarikh mungkin berubah, jika ikut tahun-tahun lepas biasanya pada bulan Mac).


Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang ingin membaiki keputusan SPM yang sebelumnya.
Bagi yang gagal B. Melayu hendaklah mengulang subjek tersebut bagi mendapatkan sijil.

Soalan-soalan yang biasa diajukan pada kami di SPP;

1. Apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran?
  1. Salinan KP yang disahkan
  2. Salinan Slip SPM terdahulu (latest)
  3. Bayaran (bayaran berbeza ikut subjek cth Bah. Inggeris RM20.50, Matematik 10.50) hendaklah merujuk pada arahan terbaru yang belum keluar lagi sehingga Mac 2013.
  4. Borang yang lengkap (boleh dapatkan percuma di kaunter SPP)
2. Saya tidak pernah ambil SPM, bagaimana nak buat?
Boleh daftar asalkan berumur 17 tahun pada tahun peperiksaan DAN memiliki Sijil PMR
ATAU
Jika tiada PMR perlulah berumur 18 tahun atau lebih pada tahun peperiksaan



3. Saya dah berumur/tua/bekerja dan berusia 19-1001 tahun bolehke saya amik SPM lagi?
Tiada had umur maksimum bagi SPM Persendirian, Had minimum mestilah 17 tahun seperti soalan no 2.

4. Saya mahu ambil SPM Bahasa Melayu sahaja kerana saya Lepasan A-level luar negara/ belajar luar negara? (syarat wajib jika mahu Bekerja di kerajaan Malaysia adalah untuk mempunyai SPM)
Boleh, dengan syarat dapat kelulusan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia, Putrajaya.

5. Saya tidak mempunyai sijil UPSR atau PMR boleh ke ambil SPM?
Boleh, dengan syarat mencapai umur minima
Boleh daftar asalkan berumur 17 tahun pada 1 Jan tahun peperiksaan DAN memiliki Sijil PMR
ATAU
Jika tiada PMR perlulah berumur 18 tahun atau lebih pada tahun peperiksaan

6. Bolehkah saya masuk sekolah untuk belajar?
tidak boleh, tuan/puan hendaklah belajar sendiri atau menghadiri tuisyen/ tutor atau sebagainya.

7. Tuisyen mana yang patut saya masuki
Kami tidak dapat uruskan urusan berkenaan kerana akan menjadi conflict of interest. Sila cari sendiri.

8. Silibus yang digunakan?
Silibus adalah mengikut silibus pada tahun tersebut iaitu sama seperti di sekolah. Sila rujuk bahagian Akademik untuk keterangan lanjut 03-55186327

9. Dimana boleh dapatkan borang pendaftaran peperiksaan SPM?
Di kaunter Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, digalakkan pergi ke kaunter berbanding download dari internet kerana mungkin berbeza borangnya

10. Bolehkah daftar secara online sahaja?
Buat masa ini pendaftaran adalah secara manual sahaja iaitu perlu ke kaunter SPP, JPN negeri. cuma SPMU mungkin perlu mengisi maklumat secara online walaupun begitu proses pendaftaran masih perlu daftar di JPN negeri

Kami akan membuka kaunter pendaftaran di PPD pada tarikh-tarikh tertentu. Sila dapatkan tarikh tersebut dengan menghubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP) di Talian 30-55186120/6112/6815


Bagi mereka yang ingin mengambil peperiksaan di Negeri Selangor, pendaftaran hendaklah dibuat di Kaunter Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E seksyen 4, 40604 Shah Alam Selangor.

SPM(U) Jun subjek B.Melayu dan Matematik sahaja
SPM(N) November semua subjek kecuali beberapa subjek seperti P.Seni tiada

Calon hendaklah belajar sendiri secara tuisyen atau cara2 lain dan silibus adalah mengikut tahun silibus seperti di sekolah kerajaaan pada tahun tersebut.

sebarang pertanyaan boleh dimajukan pada saya di bahagian comment.

Sumber: Pejabat Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP) Jabatan Pelajaran Selangor (JPNS)

Perhatian: cara pendaftaran ini berdasarkan negeri Selangor. negeri lain mungkin berbeza mengikut negeri, sila dapatkan maklumat dengan menghubungi terus ke talian telefon JPN negeri anda.

Registration for SPM 2013 private candidate at SPP JPN Selangor
Pendaftaran SPM ulangan 2013

The date to Register for SPM 2013 private candidate at SPP JPN Selangor will be on 1-31st of march 2013



 

23 comments:

  1. Kalau d'ikutkan saya form5 tahun ni(2013) .. Tapi saya b'henti sekolah diatas sbb tertentu .. Masalahnya boleh ke saya ambil SPM persendirian untk tahun ni ? Mohon tolong ..

    ReplyDelete
  2. SNH - jika anda ada Sijil PMR anda boleh memohon untuk calon persendirian SPM 2013. Jika tiada PMR anda kena daftar untuk tahun hadapan.

    ReplyDelete
  3. Ohh , Tapi saya tiada sijil PMR...Saya hanya ada slip PMR je .. Adakah itu bermaksud saya kena daftar untuk tahun hadapan ?

    ReplyDelete
  4. jika ada slip pmr tu adela sijilnya juga. asalkan awak dah ambil PMR bolehlah daftar. kesimpulannya awak boleh daftar SPM persendirian. nak daftar dimana? Selangor?

    ReplyDelete
  5. I need 2 more credits for me to enter A-Levels. Therefore i just want to take English and Math. Is that possible? Where do i take the examination? Can i take it in my old secondary school? How much must i pay? When do i register?

    ReplyDelete
  6. hello anonymous, i assume you have sat for spm before, you can register for spm private candidate at your state education department, if you are from selangor you must register in selangor edu dept in shah alam. you can choose the school nearest to your home from a list of school, not every school is on the list. the payment is not decided yet please wait until the end of feb. registration is in 1-31st march. hope this helps. more info can be found at spp JPN selangor 0355186120

    ReplyDelete
  7. where can i get this list? do u have it?

    ReplyDelete
  8. the list will be available only in march.

    ReplyDelete
  9. salam...sya nak tanya....sya ad sijil pmr dan spm sy spm thn 2010...bleh ke sya nak ambil lg...sb dlu smua mta pljran sy gagal...tpi sy lyak dpt sijil..kalau misal kata sya nak ambil spm calon persendrian pda thn ni dan bkn subjeck yang pernah sya ambil dlu bleh ke?

    ReplyDelete
  10. salam...sya nak tnya...sya ad sijil pmr dan spm...sya spm pda tahun 2010..tapi sya nak ambil blik spm sbab hampir kesemua subjeck sya gagal....tapi sya nak ambil matapelajaran lain bkn yang pernah sya duduki dlu...bleh ke mcam tu?

    ReplyDelete
  11. Salam khaliesah,
    boleh ambil subjek lain asalkan BM lulus, iaitu layak dapat sijil. Ada x dapat sijil yang warna kuning cair tu? boleh kol 03-55186120 jika tak jelas di sini.
    tq

    ReplyDelete
  12. halo.. saya nak tnya sekiranya saya nak ambik subjek sains sahaja macam mana? saya keliru sbb hnya subjek bm n matematik saja yg ditawarkan..

    ReplyDelete
  13. Spm persendirian diadakan 2 kali iaitu
    SPM(U) Jun subjek B.Melayu dan Matematik sahaja
    SPM(N) November semua subjek kecuali beberapa subjek seperti P.Seni tiada

    so anda boleh ambil pada bulan November. tarikh pendaftaran adalah Mac juga

    ReplyDelete
  14. klu anak saya nak ambil add maths dan kimia sahaja yang dulunya tahun 2011 dpt C boleh tak?

    ReplyDelete
  15. tidak ada masalah, boleh daftar untuk 2 subjek itu

    ReplyDelete
  16. askom..
    saya nak tanya..kalau saya nk ambil SPM perlu ke saya ambil di sekolah untuk menduduki peperiksaan

    ReplyDelete
  17. Kena ambil di pusat peperiksaan iaitu sekolah2 menengah yang ada dalam senarai, sila rujuk jpn masing2 utk senarai sekolah yang terlibat

    ReplyDelete
  18. saya berumur 17tahun pada tahun nie 2013 , saya dah berhenti sekolah tapi nak daftar spm nie macam mana ea ? masih tak paham lah. saya duduk kat selangor

    ReplyDelete
  19. minta rujuk dengan SPP Selangor 03-55186120 tanya pada pegawai SPP

    ReplyDelete
  20. untuk p.seni mmg xde ke?

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini