About Me



wallpaper desktop opis abah ni


Alhamdulillah, kami merupakan ibu bapa kepada seorang Puteri Comel - Raniah Zawanah. Pekerja di sektor awam dan juga pelajar separuh masa di UiTM (kedua-duanya).... Blog ini sekadar untuk kami meluahkan, berkongsi kegembiraan tentang puteri kami serta medium untuk kami memberi pandangan. Ini merupakan pandangan peribadi kami dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada hidup atau mati.

Arms merupakan pekerja GOMEN yang bekerja di Jabatan Pelajaran Selangor sejak hujung 2009, belajar separuh masa di UiTM Shah Alam dan juga part time ejen Insurance Prudential BSN Takaful di bawah kumpulan Al-Isra' Associates. Cita-cita ingin mencapai financial freedom dan memiliki perniagaan sendiri satu hari nanti, bila tua nak main jual beli tanah jer macam main saidina hehe. Minat membaca buku-buku fiction dan baru-baru ini lebih kepada buku motivasi. Meminati all things enterntainment dan di kala ini melayan kpop songs dan kpop variety show. Sedikit pemalu dari kecik, tapi dah byk improve dari dulu (self assesment :p).

Al-Isra' Associates

Aktiviti terbaru kami adalah dalam melibatkan diri dalam pengendalian pusat asuhan Bonda Mama Kids Centre (BMKC) seksyen 24 Shah Alam sebagai Pengusaha. Kami ambil alih BMKC ini sejak bulan Ogos 2012 dan sambutan amat baik di sana. Mempunyai staf yang bertauliah Diploma in Child Care 2 orang dan masih mencari pekerja tambahan lagi... ada yang berminat? please comment kat bawah ni