Mama, Migrain dan MRI

Photo
Mama check in di Diagnostic & Imaging DEMC


Mama telah selamat menjalani MRI pada hari Khamis lalu 29/11/2012 di DEMC

Kenapa MRI?

Sebab sakit kepala tidak berhenti selama 3 minggu, sampai terganggu tidur dan badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Migrain ni tahap sakitnya ditentukan oleh tahap samaada sakit itu menganngu kerja seharian. cth skala 1/10. skala 2 maksudnya boleh memandu, memasak dsb. skala 9/10 maksudnya sakit terlampau sehingga terlantar kesakitan tak dapat bergerak. Abah pernah melihat mama mengalami pelbagai peringkat migrain ini dari rendah sampaila ke skala tinggi. jadi terdetik di kepala abah mungkin ada tumor atau benda yang lebih teruk lagi di kepala mama. So dipendekkan cerita selepas sakit migrain x hilang2 kami ke DEMC dengan cinonet sekali.

Daftar - pergi triage - jumpa dr klinik - dr suggest jumpa pakar - kami agree - jumpa pakar - pakar suggest MRI - kami setuju - Masuklah mama ke mesin MRI. Haha pendek cerita. malaslah tu nak taip.

Kos MRI normal (tanpa dye) RM800 - tempoh 20-30 min
Kos MRI dengan Dye RM1500 - tempoh 45-60 minit

cinonet diam sekejap kalo dapat mamam
DEMC MRI mama dalam mesin MRI

Mesin MRI DEMC Siemens


Macam dalam citer Dr tu, tapi diorang x bagi duk sini lelame
Mula2 kita akan scan secara normal tanpa dye selama 25-30 minit, jika normal (tidak jumpa apa2 abnormality) tidak perlu scan dengan dye. Jika ada jumpa apa2 pada scan normal baru akan pakai dye.

Alhamdulillah kepala mama telah discan secara normal sahaja dan disahkan bersih dari cela, Mama juga disahkan manusia tulen oleh Abah ;p

Rumusan Pakar Dr Zal. makan ubat synflex dan beberapa ubat lain secara teratur, dan buat buku catitan untuk monitor sakit migrain itu dan tempoh bila makan ubat itu. 3 minggu lagi jumpa balik Dr.

Servis di DEMC disini amat baik dan Dr. sgt mesra dan berhemah, tempatnya bersih dan terasa santai bila berada disini. Membuatkan kita rileks dan tenang.


Sedikit info ttg MRI dari WIKI Bahasa Melayu


MRI - Magnetic Resonance Imaging. Gambaran keratan rentas badan yang diambil dengan menggunakan daya magnet yang kuat mengelilingi anggota badan tersebut. Berbeza dengan "CT scan", MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi disebabkan tiada penggunaan X-ray dalam proses tersebut.
MRI head side.jpg
Imej MRI

Magnetic Resonance Imaging (MRI) merupakan satu kaedah untuk menghasilkan gambar organ dalaman dalam organisma hidup dan juga untuk mengesan jumlah kandungan air dalam struktur geologi. Ia biasanya digunakan untuk menggambarkan secara pathologi atau perubahan physiologi tisu hidup dan juga menganggarkan ketelusan batu kepada hidrokarbon.
Pertama sekali, pusingan nukleus atomik molekul tisu diselarikan dengan menggunakan medan magnet yang berkuasa tinggi. Kemudian, denyutan frekuensi radio dikenakan pada satah menegak kepada garis medan magnet agar sebahagian nuklei hidrogen bertukar arah. Selepas itu, frekuensi radio akan dimatikan menyebabkan nuklei bertukar pada konfigurasi asal. Ketika ini berlaku, tenaga frekuensi radio dibebaskan yang dapat dikesan oleh gegelung yang mengelilingi pesakit. Signal ini direkod dan data terhasil di proses oleh komputer untuk menghasilkan imej tisu. Dengan ini, ciri-ciri anatonomi yang jelas dapat dihasilkan. Pada kegunaan perubatan, MRI digunakan untuk membezakan tisu pathologi seperti tumur otak berbanding tisu normal.

Adakah keputusan scan MRI terburu2, tidak juga.... sebab selagi tidak scan kita akan selalu ada that haunting feeling yang kita tak selesaikan masalah itu sepenuhnya. So tahniah mama kerana disahkan Manusia Tulen... lari.....

Truly

Abah (T.O.P)

ps; sila jangan gunakan isi kandungan diatas sebagai rujukan kesihatan anda, sentiasalah merujuk pada yang pakar ;)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini