JJCM - Dubu Dubu Seoul Food MID VALLEY

Dubu Dubu Seoul Food MID VALLEY dining area


Kami memang meminati KPOP kan, dalam korean wave ini ada variety show yang gelak2 tu running man, strong heart come to play, star king, 2 days 1 night dan mcm2 lagi. kalo tgk 2D1N mmg syok tgk diorang makan ramyun, ddukboki, kimbap (pergh terliur menulisnya). bagi yang tak tahu itulah antara makan femes di korea. tertariklah kami untuk mencubanya (yang mana yang halal la kan..)

Memperkenalkan Dubu Dubu Seoul Food MID VALLEY menyajikan makanan Korea. dengar khabar owner adalah Orang malaysia yang kahwin dengan orang Korea. Dengan ilmu yang ada mereka buka restoran ini di Mid Valley LG-048, Lower Ground Floor, Mid Valley. 

Sambil makan layan video konsert KPOP kat skrin tv yang besar, memamng best tapi tak best bile kepala dok terhangguk hangguk layan lagu kpop plak, tak comey cenggitu kan. Anak pun dok menari kalo lagu tu beat rancak sket. Layan doh.


 
Beef Bulgogi Dubu Dubu Seoul Food MID VALLEY


Harus CUBA,TRY RASA Beef Bulgogi seperti gambar diatas sangat sedap dan memuaskan perut, sosnya unik rasa bulgogi dengan 3 side dish dan nasi dan sup memang pilihan yang terbaik disini. My favorite dish di sini nasi nye tgk je cam terliur sticky brown rice kot. haishh sape ade resipi tersebut tolong bagitau saye.

It's a Fusion Food. Harus diingatkan bagi mereka yang arif dengan masakan Korea, Dubu Dubu Seoul Food MID VALLEY tidaklah serupa sejibik dengan makanan korea kerana ia telah diolah untuk tekak orang Malaysia. mungkin ada kurang pedasnya dan kurang rempahnya. I think it's good enough though.

Cheese Toppokki (Rice cake) Dubu Dubu Seoul Food MID VALLEY
Cheese Toppokki (Rice cake) sangat PEDAS!! tapi amat Enak! satu plate RM9 cukup untuk dirasa 3 orang, x lalu nak abis sebab pedas sangat. aigoooo
Soon dubu jigaeDubu Dubu Seoul Food MID VALLEY

 Soon Dubu Jigae Korean Food rasa pedas yang unik sekali.Mama suka yang ni!




Beef Dol Sot Bibimbap Dubu Dubu Seoul Food MID VALLEY

My second favorite dish bawah daging telur carrot tu semua ada nasi sticky brown rice, huuu tolonglah bagi resepi ni kat gue.

Nak cari lagi Korean restaurant Halal kat Malaysia ni...ada suggestion?
















No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini