Perbezaan Pengajian Luar Kampus ( PLK ) dan Pengajian Jarak Jauh ( e - PJJ ) UiTM


minta maaf jika ada maklumat yang outdated dalam catatan ini, tapi harap maklum maklumat ini adalah berdasarkan pembelajaran saya sekitar 2009-2014. saya dah selesai pengajian PLK/PJJ saya tahun 2015 dan konvo pada tahun 2016. Walaupun dah outdated saya akan kekalkan post ini untuk rujukan saya dan rujukan pada yang mungkin memerlukan.

Sedikit info; saya bermula dengan pengajian ijazah sarjana PLK pengajian malam selepas waktu bekerja dari 2009 ke 2012 dan kemudian fakulti arahkan mode PLK ditutup dan hanya menjadi mode PJJ sahaja iaitu pengajian pada hari minggu. Jika ada yang bertanya sama ada mode anda PJJ atau PLK besar kemungkinan mode anda adalah PJJ kerana PLK telah ditutup. Pada hemat saya PLK mungkin ada pada pengajian Master sahaja. walau apapun jangan ambil kesimpulan dari apa yang saya perkatakan, sebaiknya hubungi supervisor program anda atau InED.


Perbezaan Pengajian Luar Kampus ( PLK ) dan Pengajian Jarak Jauh ( e-PJJ ) UiTM

PLK dan PJJ sekarang ini diuruskan oleh pihak INED UiTM Shah Alam yang berpusat di Intekma Resort Shah Alam. Sebelum ini program-program telah diuruskan oleh fakulti masing-masing. Saya sendiri pernah belajar sebagai seorang pelajar PLK selama 6-7 sem dan sekarang PLK Fakulti Perniagaan akan beralih ke PJJ sahaja. Saya sekarang sedang menduduki 2 kelas PLK dan 2 kelas PJJ (sesi ahad)

Apa bezanya?

PLK diadakan pada hari bekerja seawal 6.30 ptg sehingga 9.30 mlm. waktu rehat untuk Maghrib dan makan biasanya 30 min sebaik sahaja masuk waktu Maghrib. Kalau nak tahu ramai x ramai student PLK Uitm Malaysia ni cuba dtg malam, parking semua penuh dekat fakulti, itu semua student master dan student degree PLK Uitm Shah Alam Kelas ini diadakan setiap minggu sampailah ke minggu peperiksaan. Ujian dan kuiz pula diadakan di dalam kelas seperti kelas full time. Proses pengajaran boleh dikatakan amat serupa dengan pelajar sepenuh masa kecuali mungkin lebih senang? ;) Walaupun begitu Soalan Final Exam still sama macam yang full time.

PJJ diadakan pada hari Sabtu atau Ahad sahaja, 5 kelas(seminar) 2 minggu sekali. anda boleh pilih subjek yang anda ingini mengikut sesi. Anda boleh pilih Sesi 1 (sabtu) atau Sesi 2 (ahad) atau pilih sabtu dan ahad sekaligus mengikut nasihat dan kebenaran koordinator.

Contoh; saya ambil 2 subjek sesi 2 pada hari ahad selang 2 minggu satu kelas, dan sepanjang semester 5 kali kelas (seminar) sahaja.

PJJ memerlukan anda sentiasa mengikuti perkembangan di portal i-class dimana Lecturer akan meletakkan tugasan, test dan apa2 notis di portal tersebut. Ujian dan Quiz mungkin boleh dijalankan di kelas atau di portal bergantung pada pensyarah anda.

Pada hemat saya kedua-dua program ini memerlukan pengorbanan yang berbeza dari segi masa dan konsentrasi. Program PLK dapat jumpa pensyarah dengan kerap maka proses P&P lebih baik berbanding PJJ ini sangat penting untuk kelas mengira seperti Statistik.

PLK sangat tough bagi saya kerana perlu ke kelas selepas waktu bekerja tetapi sangat memuaskan hati dapat berjumpa lecturer yang bijak pandai bagi memahami sesuatu pelajaran itu.Tambahan lagi dapat berjumpa rakan-rakan seangkatan yang bersemangat untuk menjayakan aktiviti berkumpulan.

PJJ sangat santai bagi saya. pertemuan dengan lecturer tidak kerap, bagus untuk subjek yang memerlukan kita menghafal dan membaca sendiri, sangat tidak bagus untuk subjek mengira. Memerlukan self discipline kerana kita perlu peka dengan portal i-class dan melaksanakan kerja2 secara individu.

Saya kagum dengan rakan sekelas yang sanggup datang dari jauh untuk belajar di UiTM Shah Alam lagi2 mengikut sokongan kerajaan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Semangat rakan dan Lecturer yang membantu saya sampai ke semester 8 ini. Semoga Sukses semua!! jumpa kita di peringkat Master?!! Student Uitm jjaaang!!!

UiTM DIHATIKU

DISCLAIMER - kenyataan diatas berdasarkan Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Malaysia Shah Alam, Fakulti lain mungkin berbeza pengurusan dan cara perlaksanaan kelas. HARAP MAKLUM.

berikut merupakan copy paste dari INED;

sumber : http://www.ined.uitm.edu.my/

Kelebihan e-PJJ di UiTM
  • Bagi mereka yang sedang bekerja.
  • Yuran pengajian yang murah berbanding dengan IPTA/IPTS yang lain.
  • Pembelajaran Maya
  • Penggunaan teknologi dalam pendidikan
  • Khidmat bantuan sokongan
  • Nota serta rujukan latihan yang berkualiti
  • Kadar yuran yang murah dan berpatutan
  • Bantuan pembelajaran dari pelbagai sumber
  • Pelbagai kaedah pembelajaran

Seminar
Seminar akan diadakan lima (5) kali setiap semester melalui interkasi dua hala bergantung kepada jadual seminar yang ditetapkan. Seminar berlangsung pada hari Ahad bermula dari 8.30 pagi sehingga 6.15 petang.

Kelas Maya e-PJJ
Kursus dibawah program e-PJJ turut berlangsung menerusi kelas maya. Kelas ini boleh diikuti menerusi talian jalur lebar walau dimana sahaja anda berada. Antara kelebihan yang boleh diperolehi adalah:
  • Maklumat terkini berkenaan kursus dan program.
  • Pengumuman penting dari koordinator program.
  • Perbincangan bersama pensyarah dan sahabat.
  • Pertukaran idea serta debat isu akademik.
  • Pertanyaan soalan, penerangan dan maklumbalas dari pensyarah.
  • Akses, baca, cetak serta muat turun nota yang dikemaskini pensyarah dari masa ke semasa.

Permohonan Dan Kemasukan
Pengambilan pelajar baru untuk semua kursus diadakan 2 kali setahun:
  • Pra Diploma / Diploma (Mei Dan November)
  • Ijazah Sarjana Muda (Mac dan September)
Bayaran sebanyak RM12 akan dikenakan untuk setiap penghantaran permohonan. Permohonan bolehlan dibuat menerusi sesawang http://ined.uitm.edu.my.
Bagi calon lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda disyaratkan telah mengambil Malaysia University English Test (MUET).

Jangkamasa Pembelajaran
  • Pra Diploma - 1 Semester
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda - 4-8 Tahun

Bayaran Yuran
Yuran Pengajian
  • Pra/ Diploma - RM90 per jam kredit
  • Ijazah Sarjana Muda - RM100 per jam kredit
Yuran Aktiviti
  • Pra/Diploma - RM25 per semester
  • Ijazah - RM50 per semester
Yuran Lain-Lain
  • Semester Satu (1) - RM109 per semester
  • Semester berikutnya - RM46 per semester
 sumber : http://www.ined.uitm.edu.my/ 

Kelebihan PLK di UiTM
  • Pelbagai kaedah pembelajaran (pertemuan bersemuka dan pembelajaran maya)
  • Kadar yuran yang murah dan berpatutan
  • Nota serta rujukan latihan yang berkualiti

Pertemuan Bersemuka Kuliah
Kuliah akan diadakan pada setiap hari (mengikut jadual yang ditetapkan) dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam.

Kelas Maya PLK
Kursus dibawah program PLK turut berlangsung menerusi kelas maya. Kelas ini boleh diikuti menerusi talian jalur lebar walau dimana sahaja anda berada. Antara kelebihan yang boleh diperolehi adalah:
  • Maklumat terkini berkenaan kursus dan program.
  • Pengumuman penting dari koordinator program.
  • Perbincangan bersama pensyarah dan sahabat.
  • Pertukaran idea serta debat isu akademik.
  • Pertanyaan soalan, penerangan dan maklumbalas dari pensyarah.
  • Akses, baca, cetak serta muat turun nota yang dikemaskini pensyarah dari masa ke semasa.

Permohonan Dan Kemasukan
Pengambilan pelajar baru untuk semua kursus diadakan 2 kali setahun:
  • Pra Diploma / Diploma (Mei Dan November)
  • Ijazah Sarjana Muda (Mac dan September)
Bayaran sebanyak RM12 akan dikenakan untuk setiap penghantaran permohonan. Permohonan bolehlan dibuat menerusi sesawang http://ined.uitm.edu.my.
Bagi calon lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda disyaratkan telah mengambil Malaysia University English Test (MUET).

Jangkamasa Pembelajaran
  • Pra Diploma - 1 Semester
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda - 4-8 Tahun

Bayaran Yuran
Yuran Pengajian
  • Diploma / Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Teknologi - RM110 per jam kredit
  • Pra/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda Bukan Sains dan Teknologi - RM95 per jam kredit
Yuran Aktiviti
  • Pra/Diploma - RM25 per semester
  • Ijazah - RM50 per semester
Yuran Lain-Lain
  • Semester Satu (1) - RM109 per semester
  • Semester berikutnya - RM46 per semester

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini