Sijil SPM & PMR Hilang? cara dapatkan semula

 



Ramai juga yang bertanya di SPP ini tentang kehilangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Sedikit fakta untuk anda:

Sijil SPM sekolah iaitu masa anda  form 5 dulu tu perlulah diambil di sekolah masing-masing selepas setahun keputusan dikeluarkan. Keputusan SPM kebiasaannya keluar bulan Mac. Cth jika keputusan keluar Mac 2011 maka Sijil anda akan siap selewat-lewatnya Mac 2012

Sijil SPM Persendirian hendaklah diambil di Jabatan Pelajaran negeri masing-masing di Kaunter Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP) juga setahun selepas keputusan keluar.
Sijil SPM persendirian tidak boleh dihantar ke rumah melalui post kerana bimbang hilang dan rosak.
 

PERHATIAN:

Sijil hanya keluar sekali sahaja, jika hilang maka anda hanya boleh mohon untuk dapatkan salinan sijil yang disahkan sahaja. silalah simpan baik-baik sijil anda itu.

Cara untuk mohon salinan sijil untuk sijil yang hilang;
  1. Isi borang sijil hilang/rosak/terjemahan LP/Am 44 yang boleh didapati di Kaunter Lembaga Peperiksaan blok E11 atau di kaunter SPP, JPN negeri masing-masing
  2. Bawa wang pos atau Money order bernilai RM10 atas nama "PENGARAH PEPERIKSAAN"
  3. Bawa no 1 dan no 2 ke Kaunter Lembaga Peperiksaan
  4. Surat sumpah atau laporan polis perlu dikemukakan jika permohonan dibuat melalui wakil atau orang lain.TETAPI tidak perlu bagi calon yang datang sendiri, hanya kemukakan IC anda sahaja.

kes-kes yang sering berlaku
sijil hilang, rosak, terbakar, cicir dan sebagainya bolehla merujuk no ini 03-88843526 Unit Sijil Lembaga Peperiksaan



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini