Santai di Pulau Aman, Penang

Pulau Aman Penang (red circle) compare tu Pulau Pinang (upper left)


Pulau Aman Penang atau dikenali sebagai Island of Peace terletak di P. Pinang berhampiran dengan Jambatan kedua P. Pinang yang masih dalam proses pembikinan.
 
Family arms telah selamat sampai ke Pulau Aman, Pulau Pinang untuk percutian santai bersama keluarga Along Rifdi dan keluarga kami sendiri, percutian ini boleh dikatakan gathering ringkas walaupun tak semua dapat datang kerana aral yang melintang kiri kanan. Tidak ketinggalan 4 orang dari keluarga Ayah Chu pun join sekali.

Family arms menginap di sebuah Chalet besar 3 bilik berharga RM 150-200 semalam (x sure sebab Along yang deal) kami datang makan jer ;p.

Direction ke sana? dari highway ke arah utara ambil exit Bukit Tambun, lepas traffic light masuk kanan, selepas itu follow direction ke arah Stadium Batu Kawan dan direction ke Jeti Pulau Aman. Kalau tak brapa nak clear sila refer Google Maps dari handset canggih korang tu :p.

Kami bertolak pukul 1 tgh dan sampai sedikit lewat dalam pukul 4 lebey di jeti Pulau Kawan hehe jangan ditanya berapa speednya.
Zoom in Pulau Aman, Penang

  1.  Bulatan Merah - Chalet kami, banyak chalet disitu, chalet gaya studio dan juga chalet gaya Apartment (banyak bilik). semuanya milik penduduk di situ.
  2. Bulatan Biru - Jeti lama yang masih digunapakai. walaupun dah ader jeti baru kerana lebih dekat dengan rumah penduduk agaknya.
  3. Bulatan turquoise - Jeti Lama, tidak digunakan kerana jauh dari rumah seperti yang anda boleh lihat, tapi dijadikan port memancing pulak ;)
  4. Bulatan Kuning - Telaga Mas dimana dikatakan terdapat seorang penduduk menjumpai emas dan memberitahu pada semua penduduk di situ
Pulau Aman Telaga Mas, Jeti baru & lama Pulau Aman dan Chalet

"sekitar tahun 1789, seorang kampung telah menemui mata air yang sedang mengalir di tepi pantai. Beliau bercadang untuk menggali sebuah lubang agar dapat dijadikan telaga untuk kegunaan semua penduduk kampung.

semasa beliau sedang menggali, tiba2 cangkul beliau terkena satu objek keras dan apabila diteliti ianya adalah sebuah tempayan emas. beliau terkejut dan ketakutan serta terus memberitahu penduduk kampung tentang perkara tersebut. apabila orang kampung tiba di tempat itu, tempayan emas itu tidak wujud lagi sebaliknya ada batu berwarna kuning keemasan sahaja.

peristiwa tersebut diketahui oleh pemenrintah british yan memerintah pulau pinang pada masa itu. pemenrintah british itu telah mengupah orang kampung untuk menggali lubang tersebut untuk mendapatkan emas yang diperkatakan itu dan ketulan yang disangka emas itu dihantar ke british untuk dianalisis. namun demikian, ketulan yang disangka itu hanyalan ketulan batu yang berwarna emas dan penggalian tersebut telah diberhentikan dengan kedalam 2.5 meter.

penduduk telah mengambil keputusan untuk dijadikan lubang itu sebagai telaga atau perigi yang mana dinamakan TELAGA EMAS. nama itu kekal sehingga hari ini."- sumber beatleskairo.blogspot.com

Sampai sahaja di sana kami beli Tiket di "kaunter" di hujung jeti seorang lelaki dengan meja plastik menunggu disitu, cam suspicious jer kan.... tapi selamba jer beli. Dewasa RM6 Kanak2 RM4 beso cam Raniah x kira kalo tengok jadual katenye pukul 6 next boat, kamipun naik ke atas semula untuk layan Laksa yang sedap di kedai ini.




Sambil layan Laksa dengar pulak bunyi bot... rupanya bot sentiasa bergerak tanpa ikut time. ada 2 bot di sana dan ia sentiasa ulang alik menghantar penumpang yang agak ramai pada hari itu. Kami dengan pantas menyetelkan baki laksa dan naik bot cepat2 sebelum bot terakhir iaitu pukul 7 malam.




Raniah gedik di Jeti Pulau Aman

Misi mencari kepah di Pulau Aman
Jejak kaki disana terus tengok kelibat orang duk menongeng cari apa tah kat air tu, rupanya adik beradik ku sendiri, apa lagi cergas la tukar seluar pendek join kan.... Di sini ada Kepah dan lala yang best dan besar. Kepah susah sikit nak cari korek satu lubang mungkin 2-3 je dapat. Lala tu senang je satu lubang berdozen dapat. tapi yang susah tu la sedap kan....

Anak abah pun tidak ketinggalan mencari kepah, nasib baik dia pun berhati-hati jer xdelah aktif sangat nak berlari2 ke apa. Comel tengok dia acah2 main kat wave


Misi mencari kepah berjaya, yang pakai Topi tu Champion cari kepah hehe

Misi Bakor plak, barbekiu di Pulau Aman kepah & lala pree

 Moh le ke Pulau Aman bersantai di sana, aktiviti kekeluargaan dan untuk para peminat memancing.
Pulau Aman Chalet ada banyak disini mikik penduduk asal, penduduk disini tidak ramai lebih macam 50-50 visitor ngan penduduk
Pulau Aman resort

Anhyeong