Gundam Perfect Grade from Hong Kong

Gundam RX-78-2 dan Kamen Rider still dalam kotak
Sebelum pergi ke Hong Kong sempatlah kami survey barang-barang yang murah di Hong Kong ni. Manalah tahu kalo barang eletronik ke, perfume ke yang murah kat HKni. Rupa-rupanya barang yang murah disini adalah Barang Mainan or Toys yang menjadi kegemaran Abah dan juga Mama.

Abah ada sedikit koleksi Gundam rasa teringin plak nak tambah koleksi. So google lah tempat mana yang murah kalo nak beli gundam kat Hong Kong ni, akhirnya diketemukan dengan JBO Hobby, tgk pulak alamat nyer memang sangat teruja sebab dalam walking distance dari Casa Hotel tempat kami menginap. Siapa yang mahu cari Gundam kat Hong Kong ni bolehlah bermalam di Area Mong Kok atau Yau Ma Tei.

Semasa di Hong Kong sempatlah saya sambar Perfect Grade RX-78-2 (1998) scale 1/60 dan Kamen Rider Accel 1/8. Dibeli di JBO HOBBY Mongkok Hong Kong. Harganya 960HKD aka RM400  dan Kamen Rider accel dalam 395HKD aka RM164. Gundam tu dapatlah save dalam RM100 kalo compare kat Gundam.my Accel tu save dalam beberapa puluh RM.

Masa kecik tak dapat nak beli so dah besar ni memang teringin ler, walaupun i consider myself bukan hardcore gundam enthusiast sebab ada mereka yang lagi advance boleh modified, customized, spray paint, buat display khas dan macam2 lagi. I beli sebab suka the feeling of accomplishment dari parts kecik assembled sampailah ke robot besar gedabak tu.

Disebabkan kotak gundam tu besar terpaksa bawak ia by itself. sebab takut rosak during flight kami dapatkan servis untuk wrap dengan kadbod, tapi masa wrap tu boleh plak dia wrap ketat sangat sampai kemek kotak gundam tu, perghhh annoyed sungguh aku dahla mahal kan, tapi dia buat dunno je. sabo jela.



Mama pulak dapat koleksi lego Friends dari Toys'rUs Harbour Plaza




Mama dan Raniah punyer




Citygate HK
Coach boutique di Citygate HK


Gundam dalam wrapper, kemek-kemek kotak grrrr... 


Coach dari Citygate


Carry bag opah order dari Ladies market



Barang eletronik kat Hong Kong adalah sama atau lebih mahal dari Malaysia. Usha-usha gak headphone beats, Laptop Mac kat sana tapi harga lebey kurang sahaja. Kalo nak barang branded murah sila pergi ke Citygate Hong Kong especially for barang jenama Coach.

My  Gundam Collection so far

The green is my first one 1/144 astray

2nd was in the middle 3rd the wing zero gundam




Yang paling besar tu beli di HK RX-78-2 perfect grade


Bukan untuk menunjuk dan riak, sekadar berkongsi pengalaman... harap dapat tunjuk ajar dari kawan2 reader semua.