Budak baru belajar berjalan ni tak mo duduk diam dalam MTR ke Ngong Ping |
Hari ketiga di Hong Kong kami ke Ngong Ping untuk menaiki cable car di Lantau Island. Ngong Ping ini adalah tempat untuk melawat Ngong Ping Village, Tian Tan Buddha dan Po Lin Monastery. Anda boleh sampai ke sini dengan menaiki MTR ke arah Tung Chung melalui Tung Chung Line (line kuning) seperti gambar di bawah.
Kami sampai dalam pukul 10 lebih dan sesampai itu kami melalui Citygate (tempat yang sangat penting untuk 2 orang tertentu) naik escalator ke Ngong Ping, beratur buat 20 minit dan beli tiket untuk pergi dan balik, takkanlah pergi tak kembali kan.... yang abah2 insist nak try crystal cabin walaupun yang mama2 dah cuak. Akhirnya kami ambil kabin biasa untuk naik dan Crystal cabin untuk turun. Harga Crystal cabin lebih Mahal yer tuan/puan. Kami dapat naik 2 family sahaja dalam 1 kabin, best privasi dan rileks sket.
Ngong Ping 360 |
Atas tu adalah airport , cer tengok airnya hijau tuhh |
Perjalanan naik Ngong Ping 360 |
Perjalanan naik Ngong Ping 360 - dah tak nampak dari mana kita datang jauh giler |
Abah kewl jer menengok orang lain yang cuak |
Raniah x heran pun dan mengganas seperti biasa |
hehe carrier yang x digunapakai sebab budak itu mau jalan sendiri |
Pintu gerbang Ngong Ping 360 |
Tian Tan buddha dari jarak jauh |
Happy!! |
Patung-patung general zaman dahulu |
Hehehe rasa cam zaman kapel dulu la tu |
Adik beradik berposing, cam biasa ada cenonet uncontrollable |
Amni Mykhalish |
Mykhalish yang pura2 takut |
ada jalan kat bawah tu kalau sape2 yang rasa nak hiking |
breastfeed dalam crystal cabin Ngong Ping 360 - sempat lagi tuhh |
Perjalanan turun Ngong Ping 360 raining cats & dogs |
Ku sangka panas sampai ke petang rupanya dalam pertengahan jalan turun Ngong Ping cable car tu..... hujan yang mak aih rasa nak gugur jantung nengoknya. nasib baik kami dah hampir sampai ke bawah dan diorang tak STOP!!! kat tengah2 jalan macam yang aku pernah tengok kat Malaysia ni. Kalau dia berhenti aku yang rilek ni pun boleh cuak. Apapun kami selamt turun ke bawah, dan selamat duit kami pula di Citygate HK (Tujuan asal perjalanan ke sini) macamla abah2 ni tak tau. ;)