Durian Musang King Seksyen 17 Shah Alam

Durian Musang King dari Pahang
Satu petang mama tiba-tiba mintak nak makan durian, so abah dan cenonet yang memang suka naik moto pun keluar beli durian di area pasar malam seksyen 17 shah alam sementara mama masak dinner. 

Kalau tengok gambar diatas nampak cantik besar dan kuning kan tapi actually agak pahit rasanya.... frust sedikit sebab salah sendiri pun tak pandai pilih. agaknya amik yang dah lama . sekilo RM17 kata brader yang jual tu. yang dibeli ni dalam 2 kilo so RM34. amik lagi sebijik D24. D24 lagi puas ati sekilo RM8 rasa manis plak tu.

Abah bukan pandai makan sangat pun, makan 3-4 ulas dah stop. Tidak suka beli sendiri sebab tak pandai pilih, selalu kecewa bila bawa balik rumah. Lagi suka bila makan orang lain yang beli, contohnya baru2 ni bos En Ya bawak sebakul durian kecik2 yang saiz 3 RM10 tu kan, tapi rasanya mak aih sedap gila..... setiap satu tu sumer kuning2 dan cantik. memang En Ya pandai pilih. Maybe lain kali boleh order kat dia saja.

Lagi satu offer kat cenonet lansung kena reject, so dapatla title "anak abah" sebab tak suka durian macam abahnya ;)