HK in memory...- Hong Kong Disneyland

Assalammualaikum,

Lamanya mama tak menjenguk apatah lagi menulis apa-apa post sekarang. Cuma abah je kadang-kadang update sikit-sikit info yang dirasakan sesuai. Mama? sibuknya, dengan sakit kepala yang kerap, buatkan takder mood langsung update apa-apa.

Ok, ini entry tertunggak 4 bulan lepas. Abah bagitahu mama, "kita langsung tak buat entry Disneyland, ek?" Ermmm.....mama senyum jelah. Memory tu dah samar-samar dalam ingatan. Muahahaha..... Jadinya, minta maaf la kalau susunan entry Hong Kong tunggang terbalik. Sama macam tuan punya blog, kan?

Ok, on 2nd day di Hong Kong tu, memang kami dah rancang dengan mykhalish untuk ke Disneyland. Jadi, hari ke2 tu, kami bersiap seawal jam 7 pagi, buatkan Raniah Zawanah bubur nasi (tapi dia tak nak makan, dia bantai maggi mama dengan abah jugak (*_*)).... lepas tu jenguk bilik mykhalish, masih tengah bersiap, jadi kami tunggu di lobi jelah.

Bila mykhalish dah turun lobi, kami beramai-ramai jalan ke MTR. Dari situ kami terus menuju Yau Ma Tei Station, amek MTR (Tsuen Wan Line) menuju ke Lai King, pastu exchange MTR, amik Tung Chung line, menuju ke Tung Chung. Lepas tu exchange lagi MTR di Sunny Bay station. Ada MTR khas ke Disneyland di situ.

Ayatku tunggang terbalik sebab tengah layan si kenit yang mengacau mama nak menaip.

Depan MTR ke Disneyland
Comel kan?

Entrance nak masuk Disneyland

Dah tukar baju, sebab cuaca panas sangat.


Mama and Raniah Zawanah
Sebelum bertolak ke Hong Kong, mama terbaca di HK website mengatakan bulan September dah masuk musim luruh, kebiasaannya sejuk. Tapi sebenarnya masa kami pergi tu, adalah waktu peralihan dari musim panas ke musim luruh. Suhu waktu tu mencecah 35celcius. Mama cepat-cepat tukar baju Raniah sebab tengok baju dia agak tebal..... Panasnya....SubhanAllah..... Terik sangat.

Tiket kami dah beli awal-awal dari satu deal yang mami khalish cadangkan. Jadi kami tak perlu susah payah beratur. Harga tiket boleh tengok kat Mykhalish nye blog. Mama dah lupa.

Disebabkan kami tak bawak stroller, jadi mama ngan mami decide untuk menyewa kat sana. Deposit penyewaan kalau tak salah 200HKD. Senang sikit nak bawak si kecik, sebab mama dah rasa cam rebeh bahu pakai sling.....

Tempat peminjaman stroller...... Fire Department
Betul-betul di pintu masuk Disneyland.
Rasanya entry terpaksa disambung lagi. Bantal dan si kecik dah memanggil-manggil ajak tido......

-To be continued.......-