Short Entry - Raniah Demam

Mama sebenarnya takder mood nak update pasal cuti-cuti kerja di Pulau Pinang. Cuma short update hari ni, sementara Raniah tengah tidor....

Dah 4 hari Raniah demam, suhu asyik turun naik, antara 37 - 40. Mama dengan abah dah ponteng kerja 2 hari, berjaga malam takut-takut Raniah kena sawan sebab suhu terlampau tinggi. Bergilir-gilir lap badan dia untuk turunkan suhu.... Bila suhu OK, dia boleh mengekek-ngekek gelak dan ligat kemain, bila suhu naik balik, terus lembik asyik nak ngempeng. Air masak langsung tak nak. Berulang ke hospital dah naik hari-hari dan pagi ni ada appoinment di SDMC untuk amik darah.

Ada finding mengejutkan, merisaukan dan meluluhkan hati mama dari doktor.... Tapi mama tak nak bagitahu lagi apa dia sampai betul-betul confirm. Cuma mama harap dari kawan-kawan semua, tolong doakan Raniah cepat sembuh dari demam..... InsyaAllah....... 

mode: Nak nangis tengok anak yang tak sihat dan asyik merengek.