Pendaftaran SPM Persendirian 2016 SPMU (Jun) dan SPMN (November)

Pendaftaran SPM Persendirian 2016 SPMU (Jun) dan SPMN (November)

Pendaftaran akan bermula pada 1 Mac sehingga 31 Mac 2016. Pendaftaran boleh dibuat di Jabatan pendidikan Negeri Selangor bagi calon Negeri Selangor atau mana-mana Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Pendaftaran SPM Persendirian SPMU dan SPMN 2015

Update terkini pendaftaran di Selangor:-

  1. Bawa salinan IC dan salinan SPM
  2. Money order boleh dibeli di sini (van pos)
  3. Sampul surat ada dijual disini, complete set dengan setem.
  4. Isi borang yang didapati disini sahaja.
Alamat lengkap:
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E 40604 Shah Alam, Selangor



Cara-cara / proses untuk mendaftar sebagai calon persendirian

1. kenalpasti subjek yang ingin diambil dan harganya

  • bagi calon pertama kali wajib ambil 6 subjek teras iaiatu BM Bi Math Sains Sejarah Pend Islam@ Pend Moral
  • calon mengulang/ pernah ambil SPM perlu pastikan lulus SPM iaitu lulus BM dan Sejarah, jika salah satu gagal, sila daftar untuk subjek yang gagal itu juga. cth: lulus BM gagal sejarah dan ingin ulang Sains. bila mendaftar sila ambil subjek Sejarah dan Sains.
2. Buat money order/ kiriman wang di pejabat pos berdasarkan harga subjek yang dipilih contoh mengulang Bahasa Inggeris perlulah bayar RM40.50.contoh jika ambil subjek bahasa melayu sahaja RM12 jumlah bayaran akan jadi RM32




Senarai harga mengikut subjek juga ada dalam borang. WAJIB tambah Bayaran asas pendaftaran bila buat wang kiriman/ bank draf.



HARGA SUBJEK SPM PERSENDIRIAN 2015 ( contoh: untuk rujukan sahaja)
3. Isi borang yang boleh didapati secara percuma dari JPN Selangor JANGAN print out dari laman web. hanya guna yang dibekalkan di JPN Selangor.
SYARAT KELAYAKAN


Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran:- (mungkin berubah)
1. Salinan ic
2. Salinan SPM

Pendaftaran di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan berjalan pada 1 hari yang akan ditetapkan kemudian, tarikh akan saya post disini untuk makluman.

PENDAFTARAN SPM(U) JUN DAN SPM (N) NOVEMBER 2016 CALON PERSENDIRIAN
DIBUKA 1-31 MAC 2016

SENARAI HARGA SUBJEK SPMU DAN SPMN

PENERANGAN RINGKAS PENDAFTARAN SPMU DAN SPMN

SOALAN LAZIM

APA YANG PERLU BAWA MASA PENDAFTARAN?
Buat masa ini tiada kepastian lagi untuk keperluan pendaftaran, kerana masih menunggu pekeliling dan informasi bagi pendaftaran 2016 tahun depan. sila hubungi JPN negeri masing2 dalam bulan  Feb 2016 bagi kepastian.

DAFTAR DI MANA?
Buat masa ini pendaftaran adalah di JPN masing seperti tahun2 sebelum ini.

BERAPA BAYARAN?
Jika sama seperti tahun2 lalu satu subjek berada antara RM10.50 ke RM12.00 cuma BI sahaja RM20.50. bayaran pendaftaran RM20.00. Bayaran masih tertakluk pada perubahan.


Makluman Penting untuk Pendaftaran di JPN Selangor
Guna dan isi borang yang terdapat di JPN Selangor, Borang yang terdapat di laman web JPN dan laman web ini hanyalah untuk rujukan sahaja.

Dari Pejabat Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP) Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS)



Ingin dimaklumkan Pendaftaran SPM Persendirian 2016 akan dibuka pada 1-31 Mac 2016 selepas keputusan SPM 2012 diumumkan. (maksudnya tarikh mungkin berubah, jika ikut tahun-tahun lepas biasanya pada bulan Mac).


Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang ingin membaiki keputusan SPM yang sebelumnya.
Bagi yang gagal B. Melayu hendaklah mengulang subjek tersebut bagi mendapatkan sijil.

Soalan-soalan yang biasa diajukan pada kami di SPP;

1. Apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran?
  1. Salinan KP yang disahkan
  2. Salinan Slip SPM terdahulu (latest)
  3. Bayaran (bayaran berbeza ikut subjek cth Bah. Inggeris RM20.50, Matematik 10.50) hendaklah merujuk pada arahan terbaru yang belum keluar lagi sehingga Mac 2016
  4. Borang yang lengkap (boleh dapatkan percuma di kaunter SPP)
2. Saya tidak pernah ambil SPM, bagaimana nak buat? 
Boleh daftar asalkan berumur 17 tahun pada tahun peperiksaan DAN memiliki Sijil PMR
ATAU 
Jika tiada PMR perlulah berumur 18 tahun atau lebih pada tahun peperiksaan

3. Saya dah berumur/tua/bekerja dan berusia 19-1001 tahun bolehke saya amik SPM lagi? 
Tiada had umur maksimum bagi SPM Persendirian, Had minimum mestilah 17 tahun seperti soalan no 2.

4. Saya mahu ambil SPM Bahasa Melayu sahaja kerana saya Lepasan A-level luar negara/ belajar luar negara? (syarat wajib jika mahu Bekerja di kerajaan Malaysia adalah untuk mempunyai SPM) atau ingin mengambil satu subjek @ single subject Bahasa Melayu
Boleh, dengan syarat dapat kelulusan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia, Putrajaya.

5. Saya tidak mempunyai sijil UPSR atau PMR boleh ke ambil SPM?
Boleh, dengan syarat mencapai umur minima 
Boleh daftar asalkan berumur 17 tahun pada 1 Jan tahun peperiksaan DAN memiliki Sijil PMR
ATAU 
Jika tiada PMR perlulah berumur 18 tahun atau lebih pada tahun peperiksaan

6. Bolehkah saya masuk sekolah untuk belajar?
tidak boleh, tuan/puan hendaklah belajar sendiri atau menghadiri tuisyen/ tutor atau sebagainya. 

7. Tuisyen mana yang patut saya masuki
Kami tidak dapat uruskan urusan berkenaan kerana akan menjadi conflict of interest. Sila cari yang berhampiran dengan kediaman tuan/puan

8. Silibus yang digunakan?
Silibus adalah mengikut silibus pada tahun tersebut iaitu sama seperti di sekolah. Sila rujuk bahagian Akademik untuk keterangan lanjut 03-55186327

9. Dimana boleh dapatkan borang pendaftaran peperiksaan SPM?
Di kaunter Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, digalakkan pergi ke kaunter berbanding download dari internet kerana mungkin berbeza borangnya 

10. Bolehkah daftar secara online sahaja?
Buat masa ini pendaftaran adalah secara manual sahaja iaitu perlu ke kaunter SPP, JPN negeri. cuma SPMU mungkin perlu mengisi maklumat secara online walaupun begitu proses pendaftaran masih perlu daftar di JPN negeri

Kami akan membuka kaunter pendaftaran di PPD pada tarikh-tarikh tertentu. Sila dapatkan tarikh tersebut dengan menghubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP) di Talian 30-55186120/6112/6815 


Bagi mereka yang ingin mengambil peperiksaan di Negeri Selangor, pendaftaran hendaklah dibuat di Kaunter Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E seksyen 4, 40604 Shah Alam Selangor.

SPM(U) Jun subjek B.Melayu dan Matematik sahaja
SPM(N) November semua subjek kecuali beberapa subjek seperti P.Seni tiada

Calon hendaklah belajar sendiri secara tuisyen atau cara2 lain dan silibus adalah mengikut tahun silibus seperti di sekolah kerajaaan pada tahun tersebut. 

sebarang pertanyaan boleh dimajukan pada saya di bahagian comment.

Sumber: Pejabat Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP) Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS)

Perhatian: cara pendaftaran ini berdasarkan negeri Selangor. negeri lain mungkin berbeza, sila dapatkan maklumat dengan menghubungi terus ke talian telefon JPN negeri anda.

Registration for SPM 2016 private candidate at SPP JPN Selangor
Pendaftaran SPM ulangan 2016

The date to Register for SPM 2016 private candidate at SPP JPN Selangor will be on 1-31st of march 2016

Soalan yang selalu ditanya oleh calon SPM Persendirian boleh rujuk link ini

pendaftaran-spm-2014-spmu-spmn.html

(sila follow blog ini untuk maklumat terkini lanjut)

Sila buat pertanyaan di ruangan komen, saya akan balas dengan seberapa segera yang boleh. selamat mendaftar ;)

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Adakah calon yg hendak mendaftar spm wajib pergi ke JPN untuk proses pendaftaran. Atau pun jika hanya wakil sahaja? Kerana buat masa ini calon sedang bekerja.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini