Ulang tahun ke-2 Raniah Zawanah

Abah terpikir juga bila awak akan baca nukilan ini, seperti dalam cerita bollywood Dil To Pagal Hai, bila Rani mukherjee tulis surat pada anaknya Anjali. abah nak tiru sikit idea mereka untuk menulis kepada awak apa perasaan abah dan mama ketika ini. Bila kita semakin besar perasaan dan minda kita juga akan berkembang (evolve) what i feel right now may never be the same as we grew older. Manalah tahu jika seperti dalam cerita itu abah pergi dahulu atau aral melintang lalu. abah masih ada pesanan untuk awak bila awak boleh membaca dan memahami surat ini.

Awak lahir pada 24.01.2011 dengan berat 2.04 kg, bayi pramatang lahir awal 4 minggu kerana komplikasi. Kami tidak berapa risau akan kelahiran awal ini, kerana kami pasti awak sangat kuat kerana denyutan nadi awak dalam perut mama sangatlah aktif dan juga awak memang sangat aktif dalam perut mama dengan menendang, stretching dan entah ape lagi yang awak buat dalam tu. i could have swore that you knock back a beat when i tap your mama tummy. What a shock for me! haha.

Abah teman mama dalam operating room. Dr bagi awak pada abah untuk abah azankan. mata terbukak besar memandang abah sambil abah pangku. sangat kecil dan sangat fragile, menangis seketika sambil memangku awak mengenangkan kebesaran tuhan. Cinta pandang pertama kata orang, and at that moment i promise to love you unconditionally and wholeheartedly.
oppps censored!
Abah dan mama (AM) panggil awak bushuk la ni kerana saja2 je bukan sebab awak bushuk ke apa. Selalunya kami cuba amalkan penggunaan nama penuh awak Raniah pada semua orang, kalau ada yang tanya apa nama panggilan kami kata Raniah. Takde nak panggil niya, nia ke apa.

Abah dan mama buat multiple job skarang ini untuk kesenangan keluarga kemudian hari. Jadi atau tidak hanya masa menentukan. Mama buat Master in Mass communication part time selama 5 semester abah pun buat degree Biz Marketing selama 10 semester, most probably AM akan settle study 2013. Kami suka belajar walaupun tidaklah rajin seperti ulat buku tetapi kami merasakan proses pembelajaran adalah sangat menyeronokkan, we hope to pass that on to you. Govt nowadays promoting Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat. We do notice that you like to open books and membebel whenever you have the chance, adalah berjangkit sket kan.
Raniah dan Galaxy Tab
Awak sekarang agak kecil bagi kanak2 umur 2 tahun, abah secara jujur sedikit bimbang dengan saiz awak. Abah harap awak dapat membesar sihat dan kuat. Awak juga belum boleh bercakap lagi cuma satu sentence sahaja, tetapi juga dikira normal memandangkan awak lebih aktif secara fizikal, kata orang kalau fizikal lebih mahir cakap pula lambat dan vice versa. Awak suka menari sendiri sambil tengok video nyanyi2 atau menari. Favorite awak la ni tengok youtube angrybird channel jeffmara, awak cakap "berg", abah pun join cakap boom la kalo bird tu kena piggies tu,
Budak comel Bluekkk.....
Awak boleh mengajuk sedikit sebanyak yang kami ajar. pergerakan awak paling comel letak tangan kat mulut sambil gelak comel kihkihkih. Lagi satu buat ketuk satu jari kat hidung macam tengah berpikir pastu cakap aaaah! macam dapat idea. kalaulah kepala ni boleh rekod video memang abah akan replay hari2 tengok. Tak dapatla nak try rekod pergerakan awak itu, maybe someday.

Awak masih menyusu badan dengan pelbagai gaya comel dan annoying sekali lagaknya. berguling atas badan mama sambil tengok tab tu memang perkara biasa. Awak akan melekat dengan mama sepanjang malam. Awak tidur restless tau, light sleeper macam mama, senang terjaga. Kalau takder mama tak bleh tido malam rasanya.

Awak dijaga oleh Opah Yong yang duduk di depan rumah kita di sek 17 ni. Kalau kita berdua sahaja, awak akan minta abah dukung kalau awak nak tido sambil tengok tv dengan volume rendah. Dengan Opah boleh plak awak tidur kena tepuk ngan opah je. ngadess tul..
Raniah dan Moto Honda Dash RSR oren Abah

Raniah kat playground mamam pisang goreng
Petang-petang tu lepas keje kalau cuaca baik, kita naik moto dari awak umur setahun lagi abah bawak awak ke kedai beli pisang goreng dan jalan2 area sek 17, awak memang suka naik moto sambil buat bunyi macam2.

Harap raniah tahu yang kami sayang raniah dan kami akan jaga awak sebaiknya dan biar awak membesar dengan didikan yang sebaiknya


2 soalan penting yang boleh mengubah hidup anda


2 soalan penting dalam hidup anda

1) Apakah yang aku lakukan sekarang ini/telah lakukan membantu dalam meningkatkan kualiti diri aku sebagia seorang manusia.
Contoh positif: solat - meningkatkan diri kita dengan disiplin, motivasi, fokus dan secara rohani
membaca - menambah pengetahuan, menimba ilmu, menyampaikan malumat berkenaan

2) Apakah yang aku lakukan sekarang ini/telah lakukan ini membantu manusia sejagat secara 
umumnya.
menderma - membantu orang yang lebih memerlukan
bercakap dengan kawan perkara-perkara yang baik seperti motivasi, puji kawan dan bertanya khabar boleh meningkatkan emosi kawan tersebut.

2 soalan ini mudah tetapi bila kita ingat soalan ini dalam hidup seharian kita pasti akan memilih untuk berbuat baik dan meninggalkan perkara-perkara yang sia-sia, seperti membaca dari tengok tv, mengajar anak dari main facebook. dan sebagainya.

semoga sedikit sebanyak mengubah hidup anda ke arah yang lebih baik

Crazy bout Big Bang

Aduhai...banyak betul entry mama tertunggak. Untuk yang tunggu entry HK Disneyland part 2, nanti-nanti la yer? Mama sangatlah sangap and writer's block sekarang ini. Jadinya abah je la yang update. Mama sangat malas. Huhuhuhu......

Nampak tak title tu? Hahaha.... Iyer, mama sekarang sedang demam Bigbang. Entah kenapa. Salah satu sebab nye adalah kerana tidak dapat pegi ke konsert tersebut. (T_T) huhuhu. Sampai termimpi you!!! Sila sedar diri anda adalah mak ngan isteri orang!!! 

Sekarang ni tengah kumpul CD bigbang, tak kira yg baru n yg lama. Terbaru mama beli monster edition alive bigbang dekat victoria music. Ingatkan nak beli G-Dragon nyer cd sekali, skali mama elis tegur, "ha, belila banyak-banyak. Satgi hubby awak yang jadi dragon...." Erkk!!! Hehehehe.....

Mama ni kalau dah start gilakan something, or minat some group, macam sekarang ni, it will takes time untuk jadi normal balik. Tambah-tambah plak BigBang sedang meletup balik, lagila susah. But having awesome hubby cam abah, which dia layankan ajer mama ni, makes me feel blessed. Abah, please bear with me, yer.... You are always my TOP forever. 

I wont reveal who are my bias, but for me, I really loves and adores Bigbang music. Rasa agak jeles biler tgk Bigbang TV, how the discipline of working that they have, and also their leader creativity. Successful at young ages... Series jeles. Jom abah, we work hard to achieve our dream like the idols do. Muahaha.

Ok, yg rambut hijau n rambut mohawk itu sangatla........Nosebleed!!!

GD in studio

Thanx mr google for the pictures.

Mama rasa mama pernah cakap pasal ni. Why KPOP boleh meletup. Most of everlasting Korean idols such as Bigbang, Suju, 2am, etc are being idolised by many fans is not only because their looks. Of course lah looks is number 1, but for a noona fan like me, *cough* i really adore how they worked hard to achieve their own dreams. Sekali lagi macam GD and Taeyang, they started their training since young ages. Put away their teenage life, working their ass up in order to secure their future. At least they can be my motivation for me to continue to achieve my dreams...... (Motip)

Bila ada artis Malaysia menyalak (sorry 4 the harsh words) tentang Malaysia sangat lenient bagi KPOP artis masuk Malaysia, kononnya menghalang perkembangan industri Malaysia, for me that is Bullshit!! Macam insiden yang terjadi di 8TV Shout Awards, when anti pegi bantai baling botol and whateva masa VIXX and Nuest, i like "What the hack, dude?" Kesnya bila ada artis malaysia pegi perli derang, and fans of the artist pegi sokong, owmaigad, it was embarrassing....

For all Malaysian artist yang berangan nak pemes or jadi idol, work hard, tunjukkan perangai yang bagus, makes yourself worth to be an idol. barulah korang boleh canang sana sini. Bukan bila rasa Malaysian fan lebih suka artis luar, ko bantai ngamuk, perli sana sini, and what ever. Dari orang suka korang, terus jadi menyampah. Fikir balik perangai tu.... Siti Norhaliza, Anuar Zain, and other artistes yang sangatlah vavavoom itu being idolised by Malaysian sebab disiplin mereka, apart from their music. Adeker tgk Siti meroyan tak tentu hala sebab artist luar negara lagi disukai di Malaysia? Takde kan??? So Malaysian Artist yang berangan nak orang malaysia puja-puja mereka, sila disiplinkan diri, stay humble dan pleaaaase lah jgn perasan pemes sangat. Orang sangat lah tidak berkenan kalau korang buat perangai bukan-bukan korang tu... 

Apela yang aku merepek ni??? Matilah!!!

Mode: fangirling. Muahaha....

Iris Korean Drama 2009 Download Link


iris3.JPG


Title: 아이리스 / IRIS
Previously known as: 쉬리 / Shiri
Genre: Action, mystery, thriller, romance
Episodes: 20
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2009-Oct-14 to 2009-Dec-17
Air time: Wednesday & Thursday 21:55
Related Series : IRIS Series
Synopsis
Kim Hyun Joon is an assassin who belongs to a top secret organization known as the “NSS” whereas T.O.P is an assassin who works in another secret organization located in the United States called “IRIS” and was ordered to kill Hyun Joon. Seung Hee is a psychological analyst who plays an important role in bring Hyun Joon into the “NSS.” Jin Sa Woo is Hyun Joon’s colleague and falls in love with Seung Hee as well but keeps this to himself.
Cast
Lee Byung Hun as Kim Hyun Joon
Kim Tae Hee as Choi Seung Hee
Jung Joon Ho as Jin Sa Woo
Kim Seung Woo as Park Chul Young
Kim So Yun as Kim Sun Hwa
T.O.P as Vick
Hyun Jyu Ni as Yang Mi Jung
Yoo Min as Sato Eriko
Kim Young Chul as Baek San
Yoon Je Moon as Park Sang Hyung
Yoon Joo Sang as Oh Hyun Kyu
Lee Jung Gil as Jo Myung Ho
Jung Han Yong as Jung Hyung Joon
Na Yoon as Hwang Tae Sung
Kim Hye Jin as Yang Jung In
Myung Ji Yun as Hong Soo Jin
Miyama Karen as Yuki
Production Credits
Production Company: Taewon Entertainment
Director: Kim Kyu Tae, Yang Yoon Ho (양윤호)
Writers: Choi Wan Kyu, Kang Je Kyu
Screenwriters: Kim Jae Eun (김재은), Jo Kyu Won (조규원), Kim Hyun Joon (김현준)
Executive Producer: Choi Ji Young
Producer: Kim Young Jo
Awards
2009 KBS Drama Awards: Grand Prize (Lee Byung Hun)
2009 KBS Drama Awards: Novella Drama Excellence Award – Actress (Kim Tae Hee)
2009 KBS Drama Awards: Novella Drama Excellence Award – Actor (Jung Joon Ho and Kim Seung Woo)
2009 KBS Drama Awards: Best Supporting Actor (Yoon Joo Sang)
2009 KBS Drama Awards: Best Couple Award (Lee Byung Hun and Kim Tae Hee)
Notes
- Filming sites include Hungary, Russia, Japan, China and the U.S.
- The production cost for this drama is 20 million dollars, making it the most expensive Korean drama to date (10/2008).
- Japanese distribution rights for the drama series “Iris” was sold to TBS for a record ¥ 400,000,000 / ₩ 5,300,000,000 ($4.3 million USD).
- This drama is somewhat based on the film Shiri.

Tips elak marah @ panas baran

Lisa Surihani marah
Manusia ini adalah karya terbaik yang maha esa, kita mampu berfikir berimaginasi tidak seperti makhluk Allah yang lain. dengan kebolehan otak kita inilah kita mampu mencipta dan menjadikan pelbagai benda dari benda-benda yang ada di bumi.

Adakah anda tahu anda juga boleh mengawal emosi dan fikiran anda mengikut halatuju yang anda tentukan?

Kebanyakan diri kita adalah 'reaktif' iaitu kita responsif seperti daun semalu yang diusik akan kuncup. Jika kita dimarahi / ditegur orang reaktif akan berasa marah dan ingin menempelak kembali. Tahukah anda yang anda boleh memilih untuk tidak membalas dengan cara negatif (reaktif). anda boleh memilih untuk membalas dengan cara yang lebih baik. Kadangkala bila anda sudah marah2 anda berasa menyesal dan berharap ia tidak pernah berlaku atau anda sepatutnya mengendalikannya dengan cara yang lebih baik. kini anda boleh dengan memilih untuk tidak menjadi reaktif dan berfikir untuk membalas dengan cara sepatutnya. Tidak percaya? dengan kuasa memilih sahaja anda boleh menjadi lebih baik pada saat ini.

Satu tips lagi adalah dengan mengatakan "adakah ia penting untuk aku marah" adakah aku patut marah dengan apa-apa yang terjadi. Is it that important? adakah aku patut marah dan menyebabkan aku rasa tidak selesa. Biasanya kita akan marah pada benda-benda yang tidak penting, tentang perangai seseorang atau kereta yang keluar tiba-tiba depan kereta kita. secara reaktif kita akan marah, tetapi yang tahu akan kita marah hanyalah kita. kita marah2 pun bukannya orang dalam kereta itu akan tahu.

Kuasa memilih ini juga tidak terhad pada perasaan negatif tapi lebih banyak aspek dalam hidup. Anda boleh memilih untuk menjadi lebih sihat dengan meninggalkan rancangan hiburan di TV dan pergi bersenam!

Anda berasa hanya akan menjadi sekali sekala? tahukah anda HABIT atau TABIAT lahir dari satu tindakan?

Buat sekali - ulang - ulang - ulang sehingga anda panggil ia satu TABIAT. yang penting adalah buat buat buat dan buat. jangan hanya fikir kalaulah aku ada tabiat begitu begini.

Nukilan sendiri hasil dari membaca 7 Habits of highly effecti

Kehebatan berfikiran BESAR, Magic of Thinking BIG

 
Magic Of Thinking Big adalah sebuah buku yang ditulis oleh Dr. David. J. Schwartz yang akan membantu anda untuk berfikiran BESAR.
Bagaimana untuk berfikiran besar?

Di dunia ini terlalu banyak pekerjaan pendapatan rendah daripada yang berpendapatan tinggi. Masyarakat secara umumnya menganggap persaingan di peringkat eksekutif dan keatas adalah susah dan terlalu banyak saingan. Realitinya kita terlalu banyak pekerja daripada ketua. Kita kekurangan ketua daripada pekerja. 

Apa yang menghalang kita dari mencapai ke atas? pemikiran kita yang kecil!
Bacalah buku ini dan dapatkan tips untuk berfikiran besar!
 
Contoh kes yang diberikan dalam buku ini sangat realistik dan kita dapat kaitkan dengan kehidupan seharian kita. Sangat digalakkan pada yang ingin bergiat dalam perniagaan dan untuk orang dalam pemasaran (marketing) dan sales. Ia juga dapat membantu dalam perhubungan rakan, rakan sekerja dan juga pasangan

Tips membeli buku bagi saya adalah kalau ia bestseller mesti ia satu buku yang baik kan?
Sila komen di bawah jika anda tahu akan buku-buku lain yang menarik.

ps: jika anda ingin baca online dalam handphone seperti saya, sila komen di bawah saya akan emailkan file epub

Kecoh di Golden Disk Award ke-27

Beberapa insiden di 27th Golden Disk Award (GDA) Sepang International Circuit yang mungkin orang tidak tahu. jika tengok di tv memang cantik jer kan sebab dah edited kan. Untuk pengetahuan anda GDA ini direkod dan bukannya live,lagi satu ia direkod selama 2 hari.


Insiden pertama
ruang rockpit zon dan Galaxy zone tidak mengikut pelan asal yang mengundang rasa tidak puas hati ramai orang espescially yang Rockpit zon macam saya sendiri. Cuba bandingkan pelan asal dan keadaan sebenar, beza kan, owh mereka juga kata "seating arrangement may differ without prior notice", tapi still kesian la kat yang lain2 tu, duit tu wehhh.
seating arrangement yang sepatutnya

ini yang sebenar, galaxy zon ditarik kebelakang dan yang lain2 sekali. rockpit zon(merah) jadi kecik dan sempit. WTF
Insiden kedua
Lampu tiba-tiba mati ketika persembahan KARA bagi lagu Pandora menyebabkan mereka terpaksa mengulang kembali persembahan mereka dari permulaan lagu. jika anda nampak mereka keletihan dalam tv paham2 jela. tahniah pada mereka kerana bersikap profesional dan siap boleh mintak maaf lagi pada penonton. penonton ok je sebab dapat tengok 2 kali kan, i say daebakk!! mereka sangat cantik hehehe
Baju semalam lebih kurang begini,  i say encore!

Insiden ketiga
G-Dragon tidak datang pada hari pertama seperti dalam rancangan awal, menyebabkan para peminat VIP iaitu fanclub Big Bang kecewa, ramai jugak yang saya lihat kecewa obviously kerana dari sepanduk, baju, dan lighstick menunjukkan mereka datang khas untuk G-Dragon. mrs Renee sendiri kecewa kerana beli tiket sehari sahaja, kena pilih salah satu tarikh. memilih hari pertama kerana GD, rupanya tertipu dengan jadual yang tidak tepat.

Apa pendapat anda tentang insiden di atas? ada insiden yang menarik selain diatas sila komen di bawah!

Senarai pemenang Golden Disk Award (GDA) ke-27 di Sepang International Circuit (SIC)


List of winner at 27th Golden Disk Award (GDA) Sepang International Circuit
Grand Prize (Disk Daesang) — Super Junior – “Sexy, Free & Single”
Bonsang — Super Junior, SHINee, Kara, BEAST, CNBlue, 4minute, FT Island, Infinite, B1A4
Newcomer Award — EXO, Juniel
Popularity Award — SHINee
Best Producer Award — FNC Entertainment
MSN Southeast Asian Award — Super Junior
Malaysia’s Favorite Artist — CNBlue, Kara
JTBC Best Artist Award — BEAST
Next Generation Star — BTOB
Best Dance Performance — Troublemaker
Best Group Performance — Infinite

Gambar Menarik di Golden Disk Award ke-27

Kami sampai dalam pukul 6.45. sampai di ruang konsert kami diusherkan ke ruang belakang kamera, pada mulanya memang tak perasan apa2 tapi pelik kenapa kami berada di belakang kamera yang ada 6 bijik ni.
Musykilnya kenpa kitorang kenapa bayar mahal2 kena celah2 tengok antara kotak untuk kamera ni, dengan rasa tak puas ati kami keluar masuk antara section tu dan survey surrounding, rupanya ada kawasan rockpit zone di depan kami. dah penuh rupanya memang pack. rasa membuak jugak marah tapi apakan daya takkan nak mengamuk mintak masuk jugak sedangkan dah penuh dengan orang. marah jela dalam hati.

depan kotak kamera ada ruang kosong di depan itu pula rockpit zone yang dah penuh
Kami berdegil untuk tidak duduk di rockpit blakang camera dan bergerak ke arah kumpulan media yang berdiri di kawasan antara kedua rockpit itu.

kami berpura2 yang kami sebahagian dari media yang memakai tag krew walaupun takder tag. walaupun krew security perasan kami tak belong di situ kami buat2 important dan agaknya intimidated dengan muka dan fizikal arms yang ketika itu agak panas.

Selepas berdiri di situ ternampak kawan lama mrs renee iaitu Baki yang kejer 8tv tu yang pandai cakap mandarin tu alaaaa selebriti tuuu. Ex classmate dekat masscomm UiTM. borak2 sket nagn die buat2 cam orang media la konon. interviu Baki dia kata buat coverage untuk 8tv Nite live.

beberapa minit berlalu security memperketatkan kerja mereka dan menghalau orang yang macam kami ni yang semakin ramai plak kat situ. kami buat dunno jer dengan muka ketat. lepas tu dia kata nak duk depan ke? kami pun senyum dan kata, apsal lambat sangat offer, kami tak tanya pun kat dia dia dah offer dulu. So happy ending jugak dapat masuk rockpit zon yang belah hadapan, kesian juga pada mereka yang di rockpit zon belah belakang kamera tu.

Tapi tula disebabkan masalah seating arrangement ni tak dapat kami enjoy dengan sepenuhnya. bermula dengan persembahan BTOB barula enjoy dapat tengok muka diorang dari jarak dekat. Tapi sebab bawak HP je xdela pulak dapat gambar yang cantik. Ada x korang amik gambar KARA ngan 4minute tolong bagi link kat komen. TQ.

owh lagi satu peminat Big Bang pasti terkilan kerana ketiadaan G-Dragon yang dijadualkan buat persembahan hari pertama. Mrs Renee sangatlah mengamuk kerana tiada GD dan contemplating nak pergi ke x hari kedua. akhirnya tak pegi krana sudah bankrap.

Hope ticketPRo atau pihak bertanggungjawab dapat memastikan keadaan seperti ini tidak berlaku lagi. Dengar cerita FB Golden disk award tu teruk kena hentam. hari kedua kami tak pergi, wonder jugak adakah mereka sudah memperbaiki masalah seperti hari pertama. Ruang untuk Rockpit sepatutnya hujung stage bentuk T tapi telah diambil oleh Galaxy zon. so ruang rockpit sangat kecik dan terhad.
kesian rockpit zon yang datang lambat, mmg tak fair.






GDA here we come!!



cant wait for it to start

Today show includes


Super Junior yang akan menyanyikan Bonamana, From You, Oppa Oppa dan Sexy, Free & Single, 

 
G-Dragon (One of a Kind, Crayon, Heartbreaker),

 
FT Island (lntro + Live, Severely, I Wish), 

SHINee (Lucifer, Stranger, Intro + Sherlock), 
KARA (Intro + Pandora, Jumping, STEP), 

BEAST (Special, Beautiful Night, Fiction),

4Minute (Intro + Volume Up, Mirror) dan 

EXO (Intro + MAMA, History, HOT). 

Juniel  Bad Person, 

Jong Hyeon dan Juniel (illa illa, My Love), 

B1A4 (Good Night, Tried to Walk, Baby I’m Sorry, Sechskies), 

BTOB (Secret, My Girl, Intro + WOW) dan 

CNBlue (Intro + Hey You, Intuition), 

INFINITE (The Chaser, Be Mine, Paradise) bagi sesi hari pertama.

Bagaimana nak dapatkan BE Buffered Earning Nuffnang ?



Bagaimana nak dapatkan Buffered Earning (BE) nuffnang ?

dah tahun 2013 tapi kiter still merangkak lagi nak tahu pasal nuffnang dan Buffered Earning (BE) nuffnang  acanner kalo dah lambat. better late than never kata orang mat saleh. So blog armsrenee masih tak dapat Buffered Earning (BE) nuffnang agi. Berdasarkan blog INI ada sedikit tips untuk mula dapatkan Buffered Earning (BE) nuffnang

Unique View baru cecah lebey 100 hari ini, terima kasih pada post PLK & PJJ ngan Pendaftaran SPM yang agak detail. Mengikut blog tadi kenalah maintain 100++ UV ke atas selama beberapa minggu. matlamat untuk dapatkan 100++ UV baru capai hari ini dan perjalanan untuk maintain masih jauh lagi.

Tips nak mula dapatkan Buffered Earning (BE) nuffnang secara ringkas

  1. letak semua ads nuffnang yang 3 jenis tu (armsrenee dapat pasang 2 jer sebab masalah template, malas sket nak repair)
  2. letak post sekurang-kurangnya 1 hari satu. kalo boley lebih lagi bagus.
  3. letak post yang orang suka cari dan bila orang google anda duk no 1 kat atas list google tu. macam mana nak buat itu? bolehla rujuk tips google trend
  4. capai Unique Visitor (UV) nuffnang lebey 100 dan maintain hingga beberapa minggu.
  5. jika ada rezeki anda akan dapat Buffered Earning (BE) nuffnang
  6. cash out
  7. masyuk!

Pendaftaran STAM 2013

 

Pendaftaran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 akan dibuka 1 Feb hingga 31 Mac. Sila rujuk Laman web Lembaga Peperiksaan untuk maklumat lanjut

Senarai artis dan lagu di Konsert GDA besok!

Super Junior yang akan menyanyikan Bonamana, From You, Oppa Oppa dan Sexy, Free & Single, 

 
G-Dragon (One of a Kind, Crayon, Heartbreaker),

 
FT Island (lntro + Live, Severely, I Wish), 
 

SHINee (Lucifer, Stranger, Intro + Sherlock), 
 
KARA (Intro + Pandora, Jumping, STEP), 
 

BEAST (Special, Beautiful Night, Fiction),
 

4Minute (Intro + Volume Up, Mirror) dan 

EXO (Intro + MAMA, History, HOT). 
 

Juniel  Bad Person, 

Jong Hyeon dan Juniel (illa illa, My Love), 

B1A4 (Good Night, Tried to Walk, Baby I’m Sorry, Sechskies), 

BTOB (Secret, My Girl, Intro + WOW) dan 

CNBlue (Intro + Hey You, Intuition), 

INFINITE (The Chaser, Be Mine, Paradise) bagi sesi hari pertama.