Rumah yang di'book' Jalan Jabbar bandacaya Pool Villa sedang dalam pembinaan dan dah naik base dan batu bata sampai ke bumbung, agak rancak memandangkan expected date siap adalah 2015. mungkin sebab developer nak concentrate untuk projek lain dia nak siapkan projek yang ini dengan laju.
|
layout plan seperti dalam brosur Bandacaya pool Villa Jalan Jabbar Meru |
'taman' kecik ni hanyalah sebaris sahaja dan aku punya tengah2 endlot yang takder tanah, 4 bilik 3 bilik air 20x92 tanah rumah 20x48.
2 bilik comel 1 bilik guest yang besar sket, master bedroom paling besar of course belakang skali dekat dgn dapur. ada 1 kolam kecil untuk anak2 main, kalau dewasa main 3 kali kayuh kuak lentang dah sampai ke hujung dah.
Gambar ni dari corner lot, yang ni pintu tepi.
nampak cam kecik, wife aku yang kecik pun nampakbesar je kat situ. kitorang ader usha gak satu projek bandacaya yang lain atas sikit lepas simpang 4 meru yang jem tu. rasa macam sutera height lagi besar, tapi itu mungkin perasaaan kitorang je sebab rumah tu belum siap lagi. Aku jadi risau tengok saiz sampai aku kira bilangan brick yang ada. aku kira ada 13 atau 12.5 brick. sape agak2 nya tau brapa panjangnye tolong comment kat bawah ek.
|
mari kira bilangan brick dalam sebaris..... jwp: aku kira 11 jer |
rumah 80% sand brick atau guna batu-bata pasir yang lebih murah, dan bahagian antara rumah kita dan rumah sebelah pulak guna red brick, sebab apa pun aku kurang pasti. mungkin nak elak pecah ke rumah sebelah? atau menyerap bunyi lebih baik? elak lubang ngendap? entahler... sape ade jawapan sila comment ;)
lubang toilet, rumah ni ade base tinggi dari jalan raya, so piping jalan bawah rumah.... bila tulis ni baru perasan rasa risau pulak, adakah benda pelik2 akan dok main kat bawah rumah tanpa kita sedari, contohnya tikus, ular, biawak.... mungkinkah? aish camner tu? adakah diorang akan seal habis2 sampai takder ruang untuk hidup, harap2 macam tula.
bila dah camni rasa paranoid pulak jadinya..... fuuuuu....
ni toilet yang agak besar pada pendapat aku, ada 3 toilet, rasa cam nak pecah satu bagi extra space untuk bilik 2nd, ataupun utk bagi laluan bathtub master bedroom. Pilihan aku berat kepada buat bathtub.. hohoho i like..
rumah aku yang endlot belum naik lagi, aku x tau tingkap utk yg tepi rumah ade ke tidak,tapi aku tgk cam takder jer. apapun aku belum setel lagi snp pun, still dalam booking lagi je.
Sape yang berminat leh la contact developer
http://www.bandacaya.com/
developer ni boleh dipercayai kerana banyak projek mini yang macam aku ni dah ada cf dan siap lebih awal dari pelan asal. Jeles ngan member dapat rumah endlot yang ada tanah, tapi dia punya nun dalam sana punya projek la.