Mama dan pembedahan.... lagi

Mama beberapa bulan lalu di post ini telah dibedah untuk sakit Carpal Tunnel Syndrome CTS di UM Specialist oleh Prof Tunku. Malang tidak berbau Prof tunku dulu pernah kata tangan mama mungkin akan sakit lagi dan ia akhirnya terjadi lagi 2 bulan sebelum tarikh penyerahan tesis master mama.

Mama kali ini mengadu sakit tangan seperti sebelum CTS. Mencari Prof Tunku di UMSC kerana dah biasa dengan Prof dan kitorang memang suka style dia yang rilek dan profesional, apakan daya rupa-rupanya tiada dia disana kerana sudah menjadi Dekan (kami tahu pun dari Dr Ravindran). Attending Dr kali ini Dr Ravindran yang sangat kewl dan Profesional. dia juga fluent cakap melayu, walaupun kita tahu dia dr yang fluent cakap inggeris dia prefer cakap melayu, memang respek la, sebab aku sendiri cam poyo speaking english selang melayu ngan dia. Dr Swasta agaknya mereka nampak lebih happy dan santai dengan kita.

Sunway Medical Centre memang best kerana rasa macam masuk "Hotel Sunway" jer. tiada 'bau hospital' atau antiseptik disini. Nurse dan Dr yang gembira melayan tetamu yang datang buat tetamu@pesakit pun gembira. Rata-rata disini adalah orang cina, ciputlah bilangan Melayu disini kalau adapun kalau tengok gaya macam orang berada sahaja (yang mampu pakai BMW or Mercedes) kalau compare aku ni pakai persona sebijik jer. Camner boley sesat sini? dengan adanya Insuran dari Prudential by yours truly memang selamba la kitorang pegi sana.

Sukacita dimaklumkan kos pembedahan adalah sebanyak RM23,000 semuanya ditanggung oleh Prudential, terima kasih Prudential! . Mama masuk jumaat, operate hari sabtu pukul 8 pagi sampai 2 petang, pukul 4 petang baru sampai di wad. hari selasa baru discaj. all in 4 hari yang boring.

Kalau ada orang tanya kenapa mama berbandage cenggitu susah nak jawab tuh sebab bahasa saintifiknya Carpal Tunnel, median nerve and ulnar nerve release. Lepas tu ligamen dkt pergelangan tangan mama koyak lagi. memang major operation. Kalau aku jawab camtu mau ternganga jer orang yang tanya tu atau pun dia angguk laju2 jer sambil cakap ooooooo. So kitorang cakap sakit tangan atau mama pergi merempit jer kalo nak cepat kan.

Apa yang aku faham dari Dr Ravi adalah ada median nerve di wrist dan ulnar nerve di siku bergesel terlalu dekat dengan tulang tangan mengakibatkan kesakitan, ngilu atau kebas pada tangan. Penyebabnya kata Dr Ravi kadangkala kita dilahirkan begitu dengan nerve berada pada tempat yang tak berapa betul, ditambah lagi dengan persekitaran kerja seperti menaip di keyboard tanpa alas tangan atau berpunca dari sukan.

Mama skang dibandage rapi dari wrist ke lutut.... tutt siku, 2 minggu merasa sakit dan semakin beransur kurang, raniah ada kisah? tak heran lansung pun dengan bandage tu dan nenen cam biasa saje. Siap lompat gimnastik atas tangan yang berbandage itu. Maka riuhla rumah dengan jeritan hal;us mama..... haduila....