Home Alone with Raniah

my princess ;)
gigi....


Mama oustation lagi! kali ini ke Penang audit 2 kolej sekaligus. biasanya satu kolej ambil masa 2 hari so mama aturkan 2 kolej ni berturut2 dari selasa ke jumaat bagi menjimat masa dan tenaga daripada pergi berulang ke KL balik. So mama fly sana hari isnin dan balik jumaat. makanya we're home alone utk 4 malam! wahhhhh....

Abah xdela risau sangat, risau tang tido je mau bergadoh plak nak tido kang sebab budak ni nyusu badan fullly aka fully breastfeed. budak 2 tahun setengah ni masih memerap ngan maknya kalo nak tido. Rupa-rupanya dipermudahkan kerjaku, budak ni skang sampai time tido kul 12 tuuu cakap ngan dia abah nak tido, dia pun dah paham. Dia surrender dia nye ipad baring terlentang n suh abah tepuk bontot dia, agak seminit 2 tu dia pun tidola.... dalam hati aku nak ajar dia tido sendiri tanpa perlu tepuk.... atpi xpela sbb dia baby lagi bagi la can kat die.

Ajar skali jer dah pandai buat sendiri

Nasi Lemak seksyen 17


Abah rasa dia mungkin takut abah tido dulu dan dia kendian tak bley tido sendiri.... bila cakap abah nak tido dia dah risau dah kelam kabut nak terlentang baring. bagusla dah paham apa yang abah mintak. dia bangun sekali jer pukul 4 pagi, merengek sket... tanya nak minum tak jawab... tepuk2 skit trus tido balik. malam semalam x bangun lansung.

Pak lang ijat nye baru dapat anak girl so Yong layan cucu nyer di Ampang, abah x nak kaco line hantar la raniah ke taska jer. 2 hari hantar naik keter... rabu khamis naik motor hantar. comel jer muka sememeh sengih naik motor pagi2. naik motor ngan raniah is one of my precious moment in life. agaknya sebab tula abah aku suka bawak aku jalan2 masa kecik dulu. ;)
mai lentok selfie

mamai on the way family day MQA mama

I really like my alone time with raniah, it was never a hassle even if my shout came and go. though this few days takde pulak gaduh besar. to my surprise.. ;p raniah x cari mama lansung plak?

ps. we miss mama

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini