PENDAFTARAN SPM CALON PERSENDIRIAN 2014 ; SPM(U) & SPM(N)


PENDAFTARAN SPM(U) JUN DAN SPM (N) NOVEMBER 2014 CALON PERSENDIRIAN
DIBUKA 1-31 MAC 2014

SENARAI HARGA SUBJEK SPMU DAN SPMN

PENERANGAN RINGKAS PENDAFTARAN SPMU DAN SPMN

SOALAN LAZIM

APA YANG PERLU BAWA MASA PENDAFTARAN?
Buat masa ini tiada kepastian lagi untuk keperluan pendaftaran, kerana masih menunggu pekeliling dan informasi bagi pendaftaran 2014 tahun depan. sila hubungi JPN negeri masing2 dalam bulan  Feb 2014 bagi kepastian.

DAFTAR DI MANA?
Buat masa ini pendaftaran adalah di JPN masing seperti tahun2 sebelum ini.

BERAPA BAYARAN?
Jika sama seperti tahun2 lalu satu subjek berada antara RM10.50 ke RM12.00 cuma BI sahaja RM20.50. bayaran pendaftaran RM20.00. Bayaran masih tertakluk pada perubahan.


Makluman Penting untuk Pendaftaran di JPN Selangor
Guna dan isi borang yang terdapat di JPN Selangor, Borang yang terdapat di laman web JPN dan laman web ini hanyalah untuk rujukan sahaja.

Dari Pejabat Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP) Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS)



Ingin dimaklumkan Pendaftaran SPM Persendirian 2014 akan dibuka pada 1-31 Mac 2014 selepas keputusan SPM 2012 diumumkan. (maksudnya tarikh mungkin berubah, jika ikut tahun-tahun lepas biasanya pada bulan Mac).


Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang ingin membaiki keputusan SPM yang sebelumnya.
Bagi yang gagal B. Melayu hendaklah mengulang subjek tersebut bagi mendapatkan sijil.

Soalan-soalan yang biasa diajukan pada kami di SPP;

1. Apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran?
  1. Salinan KP yang disahkan
  2. Salinan Slip SPM terdahulu (latest)
  3. Bayaran (bayaran berbeza ikut subjek cth Bah. Inggeris RM20.50, Matematik 10.50) hendaklah merujuk pada arahan terbaru yang belum keluar lagi sehingga Mac 2014.
  4. Borang yang lengkap (boleh dapatkan percuma di kaunter SPP)
2. Saya tidak pernah ambil SPM, bagaimana nak buat? 
Boleh daftar asalkan berumur 17 tahun pada tahun peperiksaan DAN memiliki Sijil PMR
ATAU 
Jika tiada PMR perlulah berumur 18 tahun atau lebih pada tahun peperiksaan

3. Saya dah berumur/tua/bekerja dan berusia 19-1001 tahun bolehke saya amik SPM lagi? 
Tiada had umur maksimum bagi SPM Persendirian, Had minimum mestilah 17 tahun seperti soalan no 2.

4. Saya mahu ambil SPM Bahasa Melayu sahaja kerana saya Lepasan A-level luar negara/ belajar luar negara? (syarat wajib jika mahu Bekerja di kerajaan Malaysia adalah untuk mempunyai SPM)
Boleh, dengan syarat dapat kelulusan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia, Putrajaya.

5. Saya tidak mempunyai sijil UPSR atau PMR boleh ke ambil SPM?
Boleh, dengan syarat mencapai umur minima 
Boleh daftar asalkan berumur 17 tahun pada 1 Jan tahun peperiksaan DAN memiliki Sijil PMR
ATAU 
Jika tiada PMR perlulah berumur 18 tahun atau lebih pada tahun peperiksaan

6. Bolehkah saya masuk sekolah untuk belajar?
tidak boleh, tuan/puan hendaklah belajar sendiri atau menghadiri tuisyen/ tutor atau sebagainya. 

7. Tuisyen mana yang patut saya masuki
Kami tidak dapat uruskan urusan berkenaan kerana akan menjadi conflict of interest. Sila cari yang berhampiran dengan kediaman tuan/puan

8. Silibus yang digunakan?
Silibus adalah mengikut silibus pada tahun tersebut iaitu sama seperti di sekolah. Sila rujuk bahagian Akademik untuk keterangan lanjut 03-55186327

9. Dimana boleh dapatkan borang pendaftaran peperiksaan SPM?
Di kaunter Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, digalakkan pergi ke kaunter berbanding download dari internet kerana mungkin berbeza borangnya 

10. Bolehkah daftar secara online sahaja?
Buat masa ini pendaftaran adalah secara manual sahaja iaitu perlu ke kaunter SPP, JPN negeri. cuma SPMU mungkin perlu mengisi maklumat secara online walaupun begitu proses pendaftaran masih perlu daftar di JPN negeri

Kami akan membuka kaunter pendaftaran di PPD pada tarikh-tarikh tertentu. Sila dapatkan tarikh tersebut dengan menghubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP) di Talian 30-55186120/6112/6815 


Bagi mereka yang ingin mengambil peperiksaan di Negeri Selangor, pendaftaran hendaklah dibuat di Kaunter Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E seksyen 4, 40604 Shah Alam Selangor.

SPM(U) Jun subjek B.Melayu dan Matematik sahaja
SPM(N) November semua subjek kecuali beberapa subjek seperti P.Seni tiada

Calon hendaklah belajar sendiri secara tuisyen atau cara2 lain dan silibus adalah mengikut tahun silibus seperti di sekolah kerajaaan pada tahun tersebut. 

sebarang pertanyaan boleh dimajukan pada saya di bahagian comment.

Sumber: Pejabat Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP) Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS)

Perhatian: cara pendaftaran ini berdasarkan negeri Selangor. negeri lain mungkin berbeza, sila dapatkan maklumat dengan menghubungi terus ke talian telefon JPN negeri anda.

Registration for SPM 2014 private candidate at SPP JPN Selangor
Pendaftaran SPM ulangan 2014

The date to Register for SPM 2014 private candidate at SPP JPN Selangor will be on 1-31st of march 2014

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini