My Life As Mom To Be....Part 3

A very bz month.... Contract for the house will be until this 15 Dec. Owner x nak waive even though tinggal 2 bulan the true contract end... Whatever. Terkilan, sebab kitaorg sangat baik masa tinggal kat rumah tu, bersusah payah pegi MBSA untuk bayarkan cukai pintu, and always follow up tentang maintenance fee rumah tersebut. Frustracted.....

Dapat rumah kat Taman Rashna, corner lot..... Walaupun rumah tersebut tak perfect 100 percent, but it is worth it. (Kalau beli, x worth it, ok sebab banyak kerosakan). But, memikirkan lagi tak sampai dua bulan untuk ku deliver, nak tak nak amik jugakla rumah tu. Murah dan teres setingkat. Lagipun I need a proper and comfy place for my confinement. Ekekeke......

My pregnancy dah masuk 3rd trimester. Alhamdulillah. Semoga baby dalam tummy mama ni sentiasa sihat. Kicking everyday, kalau nak tidor, time tu la paling kuat dia menendang. Bahagia sangat rasanya...... Abahnye pun selalu jugak layan, tak sabar rasanya nak menatap wajah kecil ni.... Amni dah lahir, apakah kemungkinan untuk jr kami pun kuar awal ada? Hehehe (Excited mode).

So far, barang2 baby dah beli sikit2. Ada yang warisan turun temurun..... Ada yang opah sitiawan excited belikan. Alhamdulillah, barang-barang yang besar2 sumer dah setel, tinggal yang remeh temeh saja. Antenatal kelas x pegi lagi... Huuu... takut!!!!!

Actually, sepanjang pregnancy ni, Mrs. Armseeker macam accident magnet. Jatuh bilik air la, bleeding la, dan baru semalam, Mrs. Armseeker kena electricution kerana terpegang wayar elektrik yang Mr. Armseeker buka untuk baiki. Nasib baik tak tercampak ke belakang, cuma terasa letrik tu mengalir ke tulang belakang. Sekarang ni, Mrs. Armseeker tengah risau adakah baby selamat. Still rasa dia bergerak, tapi sangat takut bila baca macam2 pasal electrocution di internet. Jadinya, rasanya balik kijer ni akan ke klinik untuk tgk keadaan baby. Ya Allah, harapannya biarlah baby mama selamat dan sihat. Apala mama ni, kan??? Blur tahap dewa sejak pregnant.......

To all my friends, tolong doakan baby takder ape2 yer, dan Mrs. Armseeker x clumsy lagi sehingga membahayakan diri..... InsyaAllah.

Our 1st year Anniversary & my 28th Birthday...

Lama tak update.... Dari hari ke hari teringin nak update, tapi bz sangat.Mrs. Armseeker sekarang sibuk nak pindah rumah (lagi!!!). Alhamdulillah, dah ada penyewa untuk rumah di Puchong, cuma masalahnya penyewa tu tak nak barang2 dalam rumah. Jadi Armseeker's terpaksa cari rumah kosong untuk letak semua perabot2 tu.

10.10.10 -> Alhamdulillah, genap setahun kami berdua menjadi suami isteri. Pada waktu tu, Mrs. Armseeker sedang 5 bulan 3 minggu mengandung.  Ramai kawan-kawan bising, sebab perut x berapa besar.... Padahal seluar sumer x leh pakai. Kena beli seluar lain. Uhuhuhu........

Celebration kami hanyalah pegi dinner..... Mrs. Armseeker tak berapa sihat, plus bz dengan assignment dan preparation untuk final exam, jadi tak de suprise2 yang dapat disediakan. So, Mr. Armseeker decide nak belanja Mrs. Armseeker untuk dinner di Saloma Bistro..... Buffet....sebab Mrs. Armseeker craving nak makan makanan buffet. Harga per head adalah RM68 nett. Ada tarian tradisional semasa dinner selama 45 minit.The environment is ok, tp makanan so-so. Tak sebanyak Restoran Melayu Jalan Conlay. The cashier is rude and yang kelakarnya, staff cakap English walaupun tahu kami orang melayu. A bit irritated, sebab apa salahnya kalau korang cakap melayu, dahla restoran ni sebelah MATIC. Pusat Perlancongan Malaysia. Slogan Budayakan Bahasa Kita terpampang besar2 kat MATIC tu, sedangkan staf situ cakap bahasa inggeris.... Ironi sungguh!

The menu.....

Di luar Saloma Bistro


Selepas ambil makanan

Saloma Bistro Dancers.....

 Walau bagaimanapun, itu merupakan kenangan yang sangat indah untuk Mrs. Armseeker. Apatah lagi tahun ni kami celebrate berdua, tahun depan dah bertiga.... Hehehe....

28.10.10-> My 28th birthday, Mrs. Armseeker terima banyak wish dalam FB.... Terima kasih kawan-kawan kerana sudi wish Mrs. Armseeker birthday. Sangat-sangat menghargainya.... Hari tu sebenarnya hati Mrs. Armseeker takder untuk celebrate bagai, ye lah, malam tu Mrs. Armseeker ader presentation kelas Prof Ilias. Minggu tu memang sangat hectic. Hari isnin final exam kelas seminar, hari selasa presentation untuk kelas research, dan hari khamis presentation untuk kelas political economy. Mahu tak weng kepala. Masuk2 kelas classmates nyanyikan lagu besday untuk Mrs. Armseeker. Terharu la jugak, malu pun ada sebab Prof Ilias pun tahu.... Alhamdulillah, presentation berjalan lancar. Mrs. Armseeker tak banyak terang, main baca je slide tu. Thanx to Fuzah, sebab tolong explain........ 

Balik rumah lepas tu, Mrs. Armseeker x expect apa2 dr my beloved Mr. Armseeker. Apa yang pikir nak mandi pastu nak tido jer..... Masuk2 je rumah, rumah dalam keadaan gelap, cuma ada lilin sepanjang jalan dan suara nyan nyan nyanyi lagu besaday. Owh sungguh romantik....... Kat balcony, Mr. Armseeker dah tunggu dengan ice cream cake Baskin Robbin ngan KFC. Simple celebration, but nice. Gambar.... Ehehe....gambar kek ngan KFC je la yer? Tak boleh tunjuk gambar kitaorg..... Huhuhu......



Thanx my beloved Mr. Armseeker for this romantic celebration...... I love you so much!!!

The Unprofessional Property Agent

Huhu....hari ni masuk opis dengan penuh kemalasan.... Monday blues menjelma.... Masa cuti Deepavali opis Mr. Armseeker buat Family Day kat Permaisuri Resort, PD. Sangat best, sebab Mrs. Armseeker memang craving nak g holiday. So ini pun dikira holiday jugak. Habis family day tu, kami terus ke Melaka.... Owh...banyaknya hutang Armseekers, to our open diary, a.k.a this blog. Nak cerita pasal : 1. Anniversary Celebration, 2. My birthday celebration, 3.Family Day kat PD and lastly, tentang persiapan menyambut orang baru......Huhuhu.

Okay, entry hari ni agak emo sikit. Mrs. Armseeker tengah geram sangat ni. Tentang seorang property agent yang beria-ia nak jadi agen untuk rumah Mrs. Armseeker. Actually Armseeker's memang dah ada exclusive agent, chinese guy yang sangat lembut, but very efficient dalam buat kerja. But, disebabkan kadang2 guy ni pun ketandusan prospect, biasanya Armseeker's akan advertise dalam mudah.com.Tapi dah setahun advertise kat situ, biasanya 'that guy' jugak yang dapatkan tenant utk kitaorg..... Suka dengan cara dia, x mendesak, bagi freedom utk client fikir. Senang berurusan dgn dia.Pendiam but friendly.....

Alkisahnya, masa Mrs. Armseeker advertise kat mudah.com tu, dapatlah satu sms, dari sorang property agent perempuan ni. Melayu. Mrs. Armseeker bukanlah skeptikal tentang org melayu yang nak buat kerja marketing macam ni, but dah banyak sangat bad encounter dengan bangsa sendiri. Niat di hati nak membantu sesama bangsa, but the way they behave....MasyaAllah, sangat 'menyenangkan' hati. Aigoo, sangat sakit jiwa bila tgk mesej2 dia....Cara memaksa pun ada.

Yang paling Mrs. Armseeker sakit hati, bila tadi Mrs. Armseeker buka Mudah .com, tengok2 dia ambil bulat2 advertisement Mrs. Armseeker yang sama, serta copy gambar dari advertisement Mrs. Armseeker tapi letak nama dia dan fon no dia. Ok, Mrs. Armseeker tak pernah bagi consent untuk dia buat macam tu. Kalau setakat nak letak dalam mudah.com, pastu amik gambar dari advertisement orang lain, itu bukan buat kerja namanya. Dahlah selalu kol Mrs. Armseeker awal-awal pagi, itulah, inilah, tapi macam ni dia buat? So fucking rude, and so damn unprofessional. Realty Agent yang professional, although advertise melalui Mudah.com, Mrs. Armseeker tengok tak pernah buat cenggitu. If owner dah letak dalam mudah, they only put the detail in their own words, bukan amik gambar dari adv owner.......... Betul2 spoil mood Mrs. Armseeker. Dari sini Mrs. Armseeker dah tahu ini bukan agent yang professional. Desperate nak commission apa? Nak tunjuk awak aggresive pun, biarlah bertempat. This is not the way. Memang Mrs. Armseeker feel very offended. Adoii, macam mana la nak percaya bangsa sendiri, buat kerja tangkap muat, ambik mudah. Tak fikir etika langsung..... In the same time, Mrs. Armseeker rasa sangat frust, kerana malunya bila memikirkan beginilah cara bangsa melayu buat kerja. Nak ambil jalan senang.

To that women, if you came across this blog, Please!! Be professional. Belajar dari kaum yang lagi satu tu cara-cara marketing ngan ambil hati customer dengan betul.... Bukan main redah jer!!!! Yes, I'm mad with you, tak kira you nak cakap apa pun. I'll rather wait for my exclusive agent to bring tenant for us rather than giving you the oppurtunity, because of your unprofessional behaviour........

And to sesiapa yang singgah blog ni, kalau ader nak sewa rumah di puchong, please don't hesitate to give me a call. Or just PM me. My house is fully furnished. Memang mahal sikit, tapi itupun tak pulang modal, sebab duit sewa tu utk rolling bayar duit rumah yang duduk sekarang. Kalau nak tgk adv dia, ini link for my advertisement -----> http://www.mudah.my/Koi+Tropika+Bandar+bukit+Puchong-7572161.htm. Untuk kawan-kawan, rental and deposit can be negotiated. 

P/S: Kalau nak tengok link dia, and tengok betapa x professionalnya dia, ini advertisement dia -----> http://www.mudah.my/Koi+tropika+condo+at+puchong-7589690.htmhttp://www.mudah.my/Koi+tropika+condo+at+puchong-7589690.htm

Kalau ada yang ader advertise kat mudah, be careful sebelum bagi orang jadi agen rumah you all. Yang Armseeker kena baru sikit, mungkin ada orang kena lagi teruk. But, berhati-hatilah. Takut dapat agen yang sengal cenggini.





It's been a year....

(A backdated post)

Happy anniversary to my love, mr armseeker.... 
It's been a year we live as husband and wife.
Alhamdulillah, kerana dalam masa setahun ni, Allah kurniakan kita kebahagian yang sering kita harapkan. 
Mungkin kita masih belum sempurna, tetapi apa yang penting, kita saling memahami antara satu sama lain, bertolak ansur dan saling mencintai. 
Terasa masa setahun itu sangat singkat berlalu, dan masih terasa lagi macamana berdebarnya hati sewaktu mendengar lafaz nikah ujabkabul kita setahun yang dulu. Rasa macam baru semalam. 

Mr. Armseeker, I love you so much.
Thanks for loving me unconditionally for all these years......


Annoyed!!!

Annoyed bila orang suka bermuka-muka!!!

Annoyed bila ada orang lebih pentingkan keje part-time dari tugas hakiki!!!!

Annoyed bila ada mangkuk yang suka tolak kije!!!!

Dan annoyed bila sumer benda kita kena buat sendiri!!!!!

Honestly, my mood is ruined now!!!! DARN!!!!

Ekspresi paling Comel????

Nur Adeliya Qaisara nama diberi, anak buah yang suka berlari ke sana ke mari. baru dapat kaki la kan.
ekspresi slenger' ni ditangkap oleh Abg At di Rumah mentuanya di Sepang.
Haha x tahan tgk ekspresi muka die ni. mahal tul.
-armseeker-








Posted by Picasa

Berhuru-hara bersama anak-anak sedara di I-City

Actually cerita ni dah lama. 2 weeks before Ramadhan. Memang berkeinginan nak cerita, tapi takder kesempatan nak update gambar-gambar. Anak sedaraku yang paling bongsu (+ paling nakal) selalu tanya, "Bila maksu nak bawak kiter pegi rumah maksu?" So, disebabkan minggu tu ummi@ kaklongku tak pegi mana2, dan paksu dia pun dah tanya, bila budak2 tu nak datang, ku pujuk kaklongku untuk hantar anak-anak dia ke rumahku. Jadi minggu itu, riuhla rumah dengan derang, Aiman, Ayuni ngan Ayien -> ini paling sakit kepala nak layan.

Disebabkan kakak iparku datang secara mengejut, maka secara tak rasminya dia menjadi pembantuku untuk kontrol bebudak tu.... Disebabkan ada swimming pool kat apartment, petang tu bawakla 3 beradik tu swimming, sebelum paksu balik untuk makan. Tapi si bongsu tu, aduhai, mencabar kesabaran betulla. Macam-macam diminta ni... Lepas tu kalau tak nak layan, mulala buat aegyo.....

Malam tu, bawak semua makan dekat Restoran Qaseh. Restoran ni makanannya sedap, tapi harganya, boleh nangis dibuatnya. Tapi sekali sekala, oklah. Tak kisah pun. Lepas makan, bawak semua pergi I-City.

Sebenarnya dah lama teringin nak ke I-City, yang terletak 3,4 kangkang monyet dari rumah. Kat seksyen 7, tapi setiap kali nak pegi, mesti kitaorg patah balik disebabkan tengok terlampau banyak kereta beratur nak masuk i-City.... Huhuhu... Kali ni kami tekad, lagipun tengok semua orang dah excited nak pegi kan? Sampai je kat sana, tengok parking kena bayar. Nak tahu berapa bayaran masuk sana? RM10.00.... Huhuhu... Masing-masing tergamam. Tapi sebab dah sampai, kami redahkan jugak.....

Ini sedikit sebanyak memori kat i-City.... Nak tengok full picca, please see at my facebook page, kay???

Mr Armseeker....  

Budak-budak nakal kesayangan
Muka-muka ngantuk.....
Tengok mana tu yang??
Rasa macam kat obersea....
Tengoklah nakalnya derang....
Ayiennn....Where are you????

Tapi, both of us sangat enjoy minggu tu..... Lain kali, kalau maksu dapat gaji, datang lagi yer sayang??? Maksu bawak jalan-jalan lagi.....

Bila Armseeker's mula tengok......


Hehehe.....Sabtu malam ahad lepas, Mrs. Armseeker merengek pada Mr. Armseeker tentang seluar yg dah tak muat... Yela, perut dah semakin hari semakin membesar, walaupun masih dikira kecik lagi sebenarnya....Tapi seluar memang hampir kesemuanya x leh pakai zip kalau duduk. Hehehe.....

Lepas berbuka, kami pun bergegas ke Jusco Bukit Tinggi... huhu....Seobang, mentang2la org dah boleh jalan ngan bangun dari katil, ek? Lepas have our second iftar, heading directly to the store. Takder nak gi kedai yg berlambak kat luar sebab masa dah suntuk. 

Disebabkan Mrs. Armseeker pemegang JCard, maka Mrs. Armseeker decided nak redeem rebate.... Tempat untuk redemption tu berdekatan dengan maternity clothing ngan barangan baby. Armseeker's pun decided untuk pusing2 kat kawasan baby dulu.... Tgk stroller, cradle dan sebagainya... Lepas tu Mrs. Armseeker pun pegila redemtion counter, tinggalkan Mr. Armseeker. Ingatkan tak lama lepas tu, dia akan datang dekat Mrs. Armseeker ataupun pg kawasan faveret dia, barangan elektrik....Alih-alih, batang hidung pun tak nampak.

Selesai proses redemption, Mrs. Armseeker pun pegi balik ke tempat tadi, rupa-rupanya Mr. Armseeker tengah ralit tengok stroller ngan car seat. Huhuhu...Sungguh ajaib but Mrs. Armseeker sangat happy. Rasa bahagia sangat. Emo sungguh diriku ini. Tak tahu kenapa.... Tak tegur aper, tapi senyum je la, sambil pilih seluar maternity. Ader stroller dari Sweet Cherry yang berkenan di hati, ingat nak rembat, tapi sabar dulu ler. Awal sangat lagi.


Ini stroller dari Anakku..... Cantik kan? Mrs. Armseeker sangat berkenan dengan design dia, tapi kaler tu taklah. Takut nanti beli kaler ni, yang kuar boy... Kesian pulak budak tu. Prefer warna yang natural..... So, kalu boy ker, girl ker, 2-2 boleh pakai.






































Ini pulak dari Sweet Cherry, jenama yang banyak dijual di Jusco. Harga agak berpatutan. Anyway, thanks to Mr. Google for all this picca. Armseeker's tengah pening paler nak pilih sebenarnya. Rambang mata. Mrs. Armseeker sangat suka design yang warna biru kat atas ni, three-wheel stroller, macam cool jer... Tapi, sesuai ker utk newborn hingga 4 years old? Any opinion?
Ini warna kesukaan Mr. Armseeker. Tapi patern three wheel. Dia cakap macam kacak jer... Ape-aper jela seobang, asalkan baby selesa... Dan within bajet kiter, kan? Huhuhu... Yo yo oyo je Mrs. Armseeker ni. Actually berminat dengan jenama Graco, ader yang one-click...Stroller+Cradle+Car Seat.... Tapi harga.... nangis nak membelinya......

Ini pulak sedikit Cradle yang lebih kurang dekat Jusco yang menarik perhatian Armseeker's..... 

Sweet kan?

Untuk car seat pulak, ini dua tiga patern yang menarik perhatian. Disebabkan bajet kami yang agak tight, Mrs. Armseeker prefer carseat yang combination...... Just need opinion supaya bila dah nak dekat nanti, tak terkial-kial untuk membeli.

Barang-barang lain yang akan dipau dari opah Sitiawan pulak adalah;
Ini bila baby dah over 6 months........Tapi nak avoid dari guna roda.
Sweet je kalau ader baby tido dalam ni....
Any opinion my friends???? Bantulah sahabatmu yang terover excited ni.... hehehe.......

My life as mom to be...part 2....

Alhamdulillah, kandungan mencecah hampir 16 minggu (meaning 4 bulan). Pergerakan baby dah mula terasa, walaupun sangat sedikit. Last week Mrs. Armseeker suddenly bleeding. Panik kau. Terus pergi klinik yang terdekat, Klinik Bersalin An-Nur. Dr. Rosmani check, baby tengah bangun and stretching, tetapi sickness Mrs. Armseeker hilang terus. Perut rasa sangat cramp. Mr. Armseeker dah nak gugur jantung dia, takut kejadian lama berulang kembali. Maka duduklah Mrs. Armseeker dalam wad untuk pemerhatian dan pemantauan, takut bleeding. Dapat MC seminggu, yang mana Mrs. Armseeker habiskan dengan terbaring kat katil disebabkan tak boleh duduk lama, sebab pinggang rasa macam nak patah.Cuma hari Jumaat baru Mrs. Armseeker dah ada tenaga dan boleh start duduk dan surfing internet. Seminggu tak ke ofis, 2 minggu tak ke kelas....

19/8/2010 check up kat government klinik. Nurse dia alhamdulillah, sangat baik. Tapi Doktor, MasyaAllah, sangat kasar dan takder empati apatah lagi simpati langsung. Kata-kata yang keluar dari mulut dia sangat menyakitkan hati. Mrs. Armseeker ingat sampai sekarang, "kalau awak gugur pun, saya boleh buat apa?" At least tak boleh ker kau buat surat reference ke hospital besar untuk Mrs. Armseeker further check up sebab baby x gerak?? Aduhai, doktor-doktor begini benar-benar menghabiskan wang kerajaan yang diambil dari hasil pembayar cukai untuk menampung perbelanjaan mereka dalam bidang perubatan. Tidakkah mereka tahu semua itu, bahawa wang tajaan mereka itu diambil dari duit rakyat? Mempertikaikan beban kerja, gaji yang kononnya sedikit dan kontrak mereka dengan kerajaan, sedangkan semasa mereka belajar, wang tajaan itu bukan sedikit telah dilaburkan kepada mereka. Benar kata orang, doktor2 kerajaan ini bagaikan kacang lupakan kulit, berkhidmat semata-mata kontrak dan terpaksa, sedangkan mereka tidak sedar berapa banyak jasa kerajaan dan wang rakyat yang kerajaan laburkan untuk memberi pendidikan kepada mereka.

Akhirnya kakak Mrs. Armseeker paksa pergi check up di Pusat Perubatan Naluri. Dr. Kay, dr. yang sering merawat Mrs. Armseeker sangat risaukan keadaan Mrs. Armseeker. Alhamdulillah, semua selamat, baby pun ok, tapi pesannya, kalau sakit atau bleeding lagi, tolonglah datang ke Naluri secepat mungkin. Huhuhu...Jauh. Tapi nasib baik ok....

Sekarang, baru Mrs. Armseeker sedar, walaupun kesihatan Mrs. Armseeker sangat lemah, tapi menjadi ibu itu sangat indah. Mengetahui ada insan lain yang bergantung kepada Mrs. Armseeker, kehadirannya sangat indah dan moga menjadi penyeri dalam hidup kami berdua. InsyaAllah.....

Selamat datang Ramdhan.....

Ramadhan tiba lagi.... Untuk pertama kalinya Armseeker's berpuasa berdua, sebagai suami isteri yang sah. Alhamdulillah. InsyaAllah raya ni, Armseeker's akan beraya dahulu di Selayang, then baru balik Sitiawan. Ikut giliran Kak Long Mrs. Armseeker. Macamanalah agaknya? Jangan ku bercucuran airmata, sudah.

Hari ni percubaan pertama Mrs. Armseeker untuk berpuasa, dalam keadaan morning sickness yang teruk. Mrs. Armseeker cuba untuk tidak muntah, walaupun ada rasa loya.... Perut pun x berapa sedap, sabar yer baby..... Bagi mama cuba untuk jalani ibadah ini sebaik mungkin, yer? Pagi-pagi, jam 4.00 pagi, mrs. armseeker kejutkan mr. armseeker. Nasib baik dia senang bangun... Huhu...Buat French toast, dalam 5 keping. Tapi last2 yang luak, 3 keping jer. Mrs. Armseeker minum susu coklat, hopefully dapat bertahan hingga ke petang.

Di opis ni, Mrs. Armseeker sangat pening, inipun gagahkan jugak untuk bekerja. Naik segan juga Mrs. Armseeker asyik MC dua tiga menjak ni. Tapi, apa nak buat, tak boleh dielakkan. Mrs. Armseeker mengalami morning sickness dan kekurangan zat nutrien yang sangat teruk sejak kandungan mencecah ke minggu ke-10. Moga selepas first trimester, bada mrs. Armeseeker dah kuat, dan morning sickness pun dah berkurangan.....Sekurang-kurangnya, morning sickness ni menandakan baby selamat.

Kepada semua rakan-rakan, selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan berlumba-lumba dalam mengambil keberkatan dan keRedhaan-Nya. Semoga amalan kita ini diterima oleh Yang Esa.....-end-

Kempunan.....

Huhu..... Mrs Armseeker sangat sedih semalam..... Keinginan nak makan telah  terbantut.... Sedihnya.... Rasa nak mengamuk pun ada......

Ceritanya macam ni. Semalam Armseeker's ke Seksyen 2, untuk dinner. Biasala, sebelum ke kelas, kami akan singgah di Seksyen 2 untuk makan malam dulu.... Semalam, Mrs. Armseeker sangat teringin nak makan lakasa dengan ABC. Jadi, disebabkan dah familiar dengan foodcourt Seksyen 2 tu, Mrs Armseeker pun terus la menuju ke satu kedai yang memang ada jual laksa.

Owhh....Sedapnya.... Rindu nak makan laksa Cik Bakar yang sedap kat Sitiawan.....
Thanx Mr Google 4 the picca...

"Laksa x der dik, hari ni buat char kuey tiao jer", serta merta darah rasa menyirap ke muka.... Rasa nak baling je tuan kedai tu dengan handbag.... Kalau dah takder, yang ko gi tulis kat kedai ko tu, buat aper.???? Huhuhu.... Cerdik sungguuh.... Okla, cool down balik sebab Mr. Armseeker pujuk. Makanlah Char Koey tiau. Sebelum tu ade order Abc. Dah terbayang-bayang betapa sedapnya ABC itu, walaupun agak sejuk....

Ini ABC standard kat Seksyen 2..........
Thanx again Mr. Google........

Tapi......sampai sudah, ABC Mrs. Armseeker tak sampai-sampai..... "Sekejap yer, kak," sampai pukul 6 petang ko punya sekejap tak abih.... WUAAAHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kempunan lagi........ Mrs. Armseeker kena berkejar ke kelas sebab ada presentation... Tak baik betul korang ni.....  Rasa nak mengamuk ada, nak bakar kedai tu pun ada....(ayat propa je ni...Tak bermaksud tau!!!)  Mr. Armseeker cakap muka Mrs. Armseeker dah macam singa. Wuwuwuwu....Dahla Mrs. Armseeker sekarang dah masuk golongan Mak Yong, tau!!!! Kalau baby dah lahir nanti, air liur meleleh, Mrs. Armseeker salahkan korang..... Wuwuwuwu......

Tiba2 time kelas, cafe fakulti tutup. Perut Mrs. Armseeker lapar balik.... Boleh tak??? Wuwuwu.... Last sekali, abih jer kelas, parking keta ikut suka hati kat bus stop DC, pegi beli waffle..... Tapi, sampai rumah, dah suam ngan waffle tu pun tak garing..... Huhuhu.... Apala nasib....Kempunan ajer semalam... Sian baby.....


Takperla baby....Tak dapat makan laksa ngan ABC, makan waffle pun jadila yer...... Huhuhu.... Nanti petang ni mama carila ABC tu kalau rasa teringin lagi.........Okay??

My new experience as a mum to be..... Part 1

Huhu.... Yes, my dear friends. I'm ten weeks pregnant now. Alhamdulillah. In the middle of the first trimester... Caught a minor fever but still can endure it. Morning sickness...........Whoa!!! Really i didn't imagine that i would have quite heavy sickness.... Dia akan start pada seawal jam 5.30 pagi hinggalah kadang-kadang melarat ke petang. Ini pun dah dua hari MC, pagi tadi datang ofis sekejap, dah melepek depan komputer semacam, cc ku suruh balik. Nasib baik Dr. Kay bagi MC 2 hari. 

The Chronology

First month when my menstrual cycle missed, after a month of the tragedy, i tried to consult to one of the famous maternity and gynae centre in Shah Alam. Masa tu Doc diagnose me as having Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS). 

According to wikipedia, PCOS is one of the most common female endocrine disorders affecting approximately 5%-10% of women of reproductive age (12–45 years old) and is thought to be one of the leading causes of female infertility. The principal features are obesity, anovulation (resulting in irregular menstruation) or amenorrhea, acne, and excessive amounts or effects of androgenic (masculinizing) hormones. The symptoms and severity of the syndrome vary greatly among women. While the causes are unknown, insulin resistance, diabetes, and obesity are all strongly correlated with PCOS.

Masa dengar diagnose tu, i feel very demotivated. Bayangkan, bila doc diagnose that percentage for both of us having a child a re very low, despite yang diri sendiri actually tak der simptom PCOS, serta diri sendiri puncanya. Macam rasa kena tembak dengan machine-gun tapi nyawa masih ada. Macam-macam yang terfikir waktu tu....What if.... Mr. Armseeker get frustracted of my incapability.... Apa pula pandangan In-Laws, dan macam-macam lah. Pertanyaan dari kawan-kawan, lagi la pulak. Cuma mummy Aqil ngan Madam Sasa je la tempat mengadu. Waktu tu, persekitaran tempat kerja juga sangat tidak menggembirakan, membuatkan  Mrs. Armseeker bertambah stress..... Until a friend of mine tegur, "why don't you wait another month, tengok keadaan macammana. Klinik tu actually diagnosis dia tak begitu tepat. Sometimes ikut suka dia jer," And Mrs. Armseeker tergerak hati nak ikut advise kawan itu.

Alhamdullillah, a month later, I started to feel something that quite uncomfortable in my stomach. I have abs pain, same like when i was miscarriaged, but luckily no bleeding. Try to take the test, and Alhamdulillah, the result was positive. Masa tu menjerit-jerit jugaklah happy pada Mr. Hubby yang tengah tido (pukul 5.30 pagi, memanglah Mr. Armseeker mamai lagi), then sampai ofis, terus pegi Klinik Newton untuk sahkan. Alhamdulillah, positif jugak.

Minggu tu juga, my beloved sister bawak ke Pusat Perubatan Naluri, tempat dia selalu pergi untuk bersalin dan check up, from her first daughter until her youngest son. Masa nak check up tu, masuklah kami beramai-ramai beserta anak-anak sedara kesayangan, riuhla kat dalam bilik tu. Masa first scan, Dr. Kay sahkan memang ada, but terlalu kecik, within 5 weeks. Mr. Armseeker senyum sepanjang scan tu. Rasa bahagia sangat. And Dr. Kay also try other test to make sure that i have no other complications dan Alhamdulillah, actually I am healthy. All the simptoms, all the diagnose before, are just false alarm. Both of us are relieved.......

Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana kau kurniakan kami rezeki ini, kerana kami akan cuba untuk menjaganya sebaik mungkin. InsyaAllah. Sesungguhnya RahmatMu adalah sangat berharga dan tidak ternilai kepada kami.

P/s : Sorry kalau entry ni bahasa rojak.......

A glimpse to the person whom i called them friends....

Dear Friends,
 
The person who is always smiling does not mean that he has no problem.....
But the smile show that he has ability to over come all those problems.....
Keep smiling and keep in touch...... !!!!!
 

Konsert Usher.....

7 Julai yang lepas, Armseeker's pegi tengok konsert Usher. This is the first concert that both of us ever attended. Happening dan best. Tapi disebabkan bajet kami yang ciput, kami cuma mampu untuk membeli tiket yang paling murah sekali....dan kami pun duduk di tempat yang atas sekali. Maka Usher tu kami nampak macam semut. Huhuhu....... However, lepas ni, kalau ada konsert, kami akan pikir 2 kali kalau nak pegi. Bukan ape, Usher tak banyak nyanyi pun..... Menari jer..... Rasa cam x puas tengok. Kalau Korean group yang datang, macam C.N Blue, 2am or SS501, ataupun SNSD, baru Mrs. Armseeker nak pegi. Ekeke.....



Itula serba sedikit kenangan Armsekeer's sewaktu konsert Usher.... Ape2 hal pun, meluangkan masa bersama adalah kenangan yang indah untuk kami berdua.......

Happy Birthday Mr. Armseeker


Setahun dah berlalu selepas entry Mrs. Armseeker tentang ulangtahun kelahiran mr. armseeker. Dan Mrs. Armseeker pun terlewat 2 bulan untuk menceritakan birthday celebration mr. armseeker. Untuk tahun ni, kami celebrate di Hotel Istana, KL. Kelakar jer rasanya sebab dalam KL tp tido hotel. Hehehe.

Actually Mrs. Armseeker dapat membership dari Hotel Istana, which Privilege@Istana. Luckily, dalam tu dia ada free 1 night stay dekat Hotel Istana or Mutiara Hotel, JB, free dinner for 2 person ngan free kek. So, Mrs. Armseeker mengambil kesempatan atas semua kemudahan itu. Thanx to Jaja and Azam for helping me to arrange this memorable celebration. And to Istana Hotel, thanx to the superb hospitality and nice, delicious cake..... Really enjoy it and it also being our 2nd honeymoon. And Alhamdulillah, maybe berkat Mr. Armseeker enjoy, kami benar2 menikmati percutian kali ini.

Mr. Armseeker sedang menikmati dinnernye.....

Me and my desert........

Our dinner....Yummy..........

Cake courtesy from Istana Hotel for Istana@Privilege Members.......

Happy Birthday My beloved Mr. Armseeker....

Final Celebration At Selayang....


Balik dari Hotel Istana, kitaorang balik selayang sekejap. As usual, my beloved mum in laws dah masak yang sedap-sedap untuk besday her beloved sons.... Yang paling excited, our beloved little girl, adeliya sebab dia dah nampak kek..... Really, a birthday celebration, as husband and wife is the most memorable moments since our relationship..... Arm Seobang.... Saranghae!!!!!!!!!!