Bila Armseeker's mula tengok......


Hehehe.....Sabtu malam ahad lepas, Mrs. Armseeker merengek pada Mr. Armseeker tentang seluar yg dah tak muat... Yela, perut dah semakin hari semakin membesar, walaupun masih dikira kecik lagi sebenarnya....Tapi seluar memang hampir kesemuanya x leh pakai zip kalau duduk. Hehehe.....

Lepas berbuka, kami pun bergegas ke Jusco Bukit Tinggi... huhu....Seobang, mentang2la org dah boleh jalan ngan bangun dari katil, ek? Lepas have our second iftar, heading directly to the store. Takder nak gi kedai yg berlambak kat luar sebab masa dah suntuk. 

Disebabkan Mrs. Armseeker pemegang JCard, maka Mrs. Armseeker decided nak redeem rebate.... Tempat untuk redemption tu berdekatan dengan maternity clothing ngan barangan baby. Armseeker's pun decided untuk pusing2 kat kawasan baby dulu.... Tgk stroller, cradle dan sebagainya... Lepas tu Mrs. Armseeker pun pegila redemtion counter, tinggalkan Mr. Armseeker. Ingatkan tak lama lepas tu, dia akan datang dekat Mrs. Armseeker ataupun pg kawasan faveret dia, barangan elektrik....Alih-alih, batang hidung pun tak nampak.

Selesai proses redemption, Mrs. Armseeker pun pegi balik ke tempat tadi, rupa-rupanya Mr. Armseeker tengah ralit tengok stroller ngan car seat. Huhuhu...Sungguh ajaib but Mrs. Armseeker sangat happy. Rasa bahagia sangat. Emo sungguh diriku ini. Tak tahu kenapa.... Tak tegur aper, tapi senyum je la, sambil pilih seluar maternity. Ader stroller dari Sweet Cherry yang berkenan di hati, ingat nak rembat, tapi sabar dulu ler. Awal sangat lagi.


Ini stroller dari Anakku..... Cantik kan? Mrs. Armseeker sangat berkenan dengan design dia, tapi kaler tu taklah. Takut nanti beli kaler ni, yang kuar boy... Kesian pulak budak tu. Prefer warna yang natural..... So, kalu boy ker, girl ker, 2-2 boleh pakai.






































Ini pulak dari Sweet Cherry, jenama yang banyak dijual di Jusco. Harga agak berpatutan. Anyway, thanks to Mr. Google for all this picca. Armseeker's tengah pening paler nak pilih sebenarnya. Rambang mata. Mrs. Armseeker sangat suka design yang warna biru kat atas ni, three-wheel stroller, macam cool jer... Tapi, sesuai ker utk newborn hingga 4 years old? Any opinion?
Ini warna kesukaan Mr. Armseeker. Tapi patern three wheel. Dia cakap macam kacak jer... Ape-aper jela seobang, asalkan baby selesa... Dan within bajet kiter, kan? Huhuhu... Yo yo oyo je Mrs. Armseeker ni. Actually berminat dengan jenama Graco, ader yang one-click...Stroller+Cradle+Car Seat.... Tapi harga.... nangis nak membelinya......

Ini pulak sedikit Cradle yang lebih kurang dekat Jusco yang menarik perhatian Armseeker's..... 

Sweet kan?

Untuk car seat pulak, ini dua tiga patern yang menarik perhatian. Disebabkan bajet kami yang agak tight, Mrs. Armseeker prefer carseat yang combination...... Just need opinion supaya bila dah nak dekat nanti, tak terkial-kial untuk membeli.

Barang-barang lain yang akan dipau dari opah Sitiawan pulak adalah;
Ini bila baby dah over 6 months........Tapi nak avoid dari guna roda.
Sweet je kalau ader baby tido dalam ni....
Any opinion my friends???? Bantulah sahabatmu yang terover excited ni.... hehehe.......