Selamat datang Ramdhan.....

Ramadhan tiba lagi.... Untuk pertama kalinya Armseeker's berpuasa berdua, sebagai suami isteri yang sah. Alhamdulillah. InsyaAllah raya ni, Armseeker's akan beraya dahulu di Selayang, then baru balik Sitiawan. Ikut giliran Kak Long Mrs. Armseeker. Macamanalah agaknya? Jangan ku bercucuran airmata, sudah.

Hari ni percubaan pertama Mrs. Armseeker untuk berpuasa, dalam keadaan morning sickness yang teruk. Mrs. Armseeker cuba untuk tidak muntah, walaupun ada rasa loya.... Perut pun x berapa sedap, sabar yer baby..... Bagi mama cuba untuk jalani ibadah ini sebaik mungkin, yer? Pagi-pagi, jam 4.00 pagi, mrs. armseeker kejutkan mr. armseeker. Nasib baik dia senang bangun... Huhu...Buat French toast, dalam 5 keping. Tapi last2 yang luak, 3 keping jer. Mrs. Armseeker minum susu coklat, hopefully dapat bertahan hingga ke petang.

Di opis ni, Mrs. Armseeker sangat pening, inipun gagahkan jugak untuk bekerja. Naik segan juga Mrs. Armseeker asyik MC dua tiga menjak ni. Tapi, apa nak buat, tak boleh dielakkan. Mrs. Armseeker mengalami morning sickness dan kekurangan zat nutrien yang sangat teruk sejak kandungan mencecah ke minggu ke-10. Moga selepas first trimester, bada mrs. Armeseeker dah kuat, dan morning sickness pun dah berkurangan.....Sekurang-kurangnya, morning sickness ni menandakan baby selamat.

Kepada semua rakan-rakan, selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan berlumba-lumba dalam mengambil keberkatan dan keRedhaan-Nya. Semoga amalan kita ini diterima oleh Yang Esa.....-end-

1 comment:

  1. yes, a fren told me that when we have a bad morning sickness, its shows that our bb are healthy. Alhamdulillah, i think it is a fact for me..

    dah try amik neurogain PB? it helps me to reduce the loya2 things, tp part yg muntah2 tu mmg x leh nak tolong la..hehehe..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini