Alhamdulillah, kandungan mencecah hampir 16 minggu (meaning 4 bulan). Pergerakan baby dah mula terasa, walaupun sangat sedikit. Last week Mrs. Armseeker suddenly bleeding. Panik kau. Terus pergi klinik yang terdekat, Klinik Bersalin An-Nur. Dr. Rosmani check, baby tengah bangun and stretching, tetapi sickness Mrs. Armseeker hilang terus. Perut rasa sangat cramp. Mr. Armseeker dah nak gugur jantung dia, takut kejadian lama berulang kembali. Maka duduklah Mrs. Armseeker dalam wad untuk pemerhatian dan pemantauan, takut bleeding. Dapat MC seminggu, yang mana Mrs. Armseeker habiskan dengan terbaring kat katil disebabkan tak boleh duduk lama, sebab pinggang rasa macam nak patah.Cuma hari Jumaat baru Mrs. Armseeker dah ada tenaga dan boleh start duduk dan surfing internet. Seminggu tak ke ofis, 2 minggu tak ke kelas....
19/8/2010 check up kat government klinik. Nurse dia alhamdulillah, sangat baik. Tapi Doktor, MasyaAllah, sangat kasar dan takder empati apatah lagi simpati langsung. Kata-kata yang keluar dari mulut dia sangat menyakitkan hati. Mrs. Armseeker ingat sampai sekarang, "kalau awak gugur pun, saya boleh buat apa?" At least tak boleh ker kau buat surat reference ke hospital besar untuk Mrs. Armseeker further check up sebab baby x gerak?? Aduhai, doktor-doktor begini benar-benar menghabiskan wang kerajaan yang diambil dari hasil pembayar cukai untuk menampung perbelanjaan mereka dalam bidang perubatan. Tidakkah mereka tahu semua itu, bahawa wang tajaan mereka itu diambil dari duit rakyat? Mempertikaikan beban kerja, gaji yang kononnya sedikit dan kontrak mereka dengan kerajaan, sedangkan semasa mereka belajar, wang tajaan itu bukan sedikit telah dilaburkan kepada mereka. Benar kata orang, doktor2 kerajaan ini bagaikan kacang lupakan kulit, berkhidmat semata-mata kontrak dan terpaksa, sedangkan mereka tidak sedar berapa banyak jasa kerajaan dan wang rakyat yang kerajaan laburkan untuk memberi pendidikan kepada mereka.
Akhirnya kakak Mrs. Armseeker paksa pergi check up di Pusat Perubatan Naluri. Dr. Kay, dr. yang sering merawat Mrs. Armseeker sangat risaukan keadaan Mrs. Armseeker. Alhamdulillah, semua selamat, baby pun ok, tapi pesannya, kalau sakit atau bleeding lagi, tolonglah datang ke Naluri secepat mungkin. Huhuhu...Jauh. Tapi nasib baik ok....
Sekarang, baru Mrs. Armseeker sedar, walaupun kesihatan Mrs. Armseeker sangat lemah, tapi menjadi ibu itu sangat indah. Mengetahui ada insan lain yang bergantung kepada Mrs. Armseeker, kehadirannya sangat indah dan moga menjadi penyeri dalam hidup kami berdua. InsyaAllah.....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini