Berhuru-hara bersama anak-anak sedara di I-City

Actually cerita ni dah lama. 2 weeks before Ramadhan. Memang berkeinginan nak cerita, tapi takder kesempatan nak update gambar-gambar. Anak sedaraku yang paling bongsu (+ paling nakal) selalu tanya, "Bila maksu nak bawak kiter pegi rumah maksu?" So, disebabkan minggu tu ummi@ kaklongku tak pegi mana2, dan paksu dia pun dah tanya, bila budak2 tu nak datang, ku pujuk kaklongku untuk hantar anak-anak dia ke rumahku. Jadi minggu itu, riuhla rumah dengan derang, Aiman, Ayuni ngan Ayien -> ini paling sakit kepala nak layan.

Disebabkan kakak iparku datang secara mengejut, maka secara tak rasminya dia menjadi pembantuku untuk kontrol bebudak tu.... Disebabkan ada swimming pool kat apartment, petang tu bawakla 3 beradik tu swimming, sebelum paksu balik untuk makan. Tapi si bongsu tu, aduhai, mencabar kesabaran betulla. Macam-macam diminta ni... Lepas tu kalau tak nak layan, mulala buat aegyo.....

Malam tu, bawak semua makan dekat Restoran Qaseh. Restoran ni makanannya sedap, tapi harganya, boleh nangis dibuatnya. Tapi sekali sekala, oklah. Tak kisah pun. Lepas makan, bawak semua pergi I-City.

Sebenarnya dah lama teringin nak ke I-City, yang terletak 3,4 kangkang monyet dari rumah. Kat seksyen 7, tapi setiap kali nak pegi, mesti kitaorg patah balik disebabkan tengok terlampau banyak kereta beratur nak masuk i-City.... Huhuhu... Kali ni kami tekad, lagipun tengok semua orang dah excited nak pegi kan? Sampai je kat sana, tengok parking kena bayar. Nak tahu berapa bayaran masuk sana? RM10.00.... Huhuhu... Masing-masing tergamam. Tapi sebab dah sampai, kami redahkan jugak.....

Ini sedikit sebanyak memori kat i-City.... Nak tengok full picca, please see at my facebook page, kay???

Mr Armseeker....  

Budak-budak nakal kesayangan
Muka-muka ngantuk.....
Tengok mana tu yang??
Rasa macam kat obersea....
Tengoklah nakalnya derang....
Ayiennn....Where are you????

Tapi, both of us sangat enjoy minggu tu..... Lain kali, kalau maksu dapat gaji, datang lagi yer sayang??? Maksu bawak jalan-jalan lagi.....