Raniah masuk wad untuk Mycoplasma pneumonia

Pantai Hospital Klang
Raniah masuk wad di Hospital Pantai Klang kerana penyakit Mycoplasma Pneumonia atau lebih dikenali apabila kahak/cecair banyak dalam paru-paru. Kalau kita pergi cek demam or batuk Dr mesti akan cek pernafasan dekat dada kita kan, kalau normal dia akan bunyi clear jer kalau ader MP ni bunyi akan berdetup-detup or wheezing, aku pun tak tau dr je yg tau.



Raniah demam dari sabtu kitorang ingat demam biasa jer, sampailah ke hari keempat raniah dah lembik2 sket tak nak makan, batuk kuat gler, tak bley nak tido. Dari lebey melarat kami pun memilih untuk ke Hospital Pantai sebab dah biasa kat sana dengan Dr Lim Paeditrician yang baik. Ramai gila patient sakit MP ni, hampir semua wad paed tu MP je semua. Kami tahu pun sebab jumpa parent yang teman anak main kat koridor luar tu macam Raniah. Disebabkan Raniah ni setiap 2 jam atau bila2 dia rasa boring dengan Tab dia, dia akan mintak kuar, so terpaksa layan dia kuar naik turun lif merayau2 dalam hospital tu. masalah jugak sebab hospital tu kecik sangat dah tak tau nak pergi mana.
Main kejar2 ngan shark, Ada gaya orang sakit ker?
Kat sini upgrade bilik single supaya abah dapat join tido harganya RM190 agak murah berbanding hospital lain. kami terkejut beruk sekejap hampir2 kena duduk bilik VIP yang regenya RM350 sebab wad penuh. Tanya pulak hospital lain tapi katanya wad paed KPJ, DEMC sana sinun area shah alam penuh. tapi lucky sebab ptg tu ada yang discharge dekat Pantai ni. Walaupun kelayakan Raniah untuk bilik 2 orang je iaitu RM100. Raniah nasib baik dicover oleh Prudential so bil xdelah jadi masalah tambah sket jer, nanti Prudential akan bayar balik elaun harian RM200 sehari, bil kami kena topup dalam RM530. 300 koinsuran dan 230 kos tambahan untuk upgrade bilik. kami duk 3 malam so dapatla RM600 nanti, bolehla untuk bayar RM530 tadi tu.
GIGI!!!
Dekat sini makanan kurang sedap dan dukacita sekali ia untuk pesakit jer, kenapa pulak dukacita? sebab kalo budak kecik mestilah ditemani salah seorang parent kan, so sepatutnya kenala ada order untuk 1 org parent dan 1 pesakit kan, betul x? masa kami 'menetap' di Hospital Sunway (kerana raniah jugak) 2-2 dapat makan! so Hospital Pantai pls take note k.

Staf disini saya kira amat baik, Dr Lim cuba sebaik mungkin untuk jawab semua soalan kami walaupun jelas dia sibuk gler. MO yang buat physio pun mesra alam dan nurse2 pun nampak happy dalam kerja mereka kecuali sister yang sentiasa muka ketat, tapi itu mungkin spesifikasi diorang sebab diorang ketua kan, tak kisah pun. peralatan dan kondisi kebersihan juga saya kira amat baik.

setiap 3-4 jam kena pakai gas nebulizer untuk cairkan kahak, kadang2 ok kadang2 ngamuk pakai benda ni
Untuk rujukan sendiri dan pembaca: (Prudential dan PruBSN mempunyai medical card yang berlainan, sesetengah hospital hanya menerima Medical card yang baru iaitu PruBSN sahaja, so harap maklum) kenapa? sebab Prudential Medical Card masih dalam proses untuk dimasukkan dalam senarai.

Untuk rujukan Hospital panel di Shah Alam
KPJ seksyen 20 - Pru + PruBSN
Hospital Pantai Klang - Pru + PruBSN
DeMC Shah Alam - PruBSN
KPJ Bukit Raja - PruBSN