|
Hasil seni anai-anai |
hampeh tul anai-anai sekejap jer dia menyetelkan sebuah almari ikea kitorang, baru beli pulak tu kiranya bila mula2 masuk rumah sek 17 ni. bila ek dalam awal tahun lepas rasanya. So anai2 ni probably berpunca dari limpahan air yang berlaku dari toilet atas, toilet atas tu dekat dengan bilik ke2 tempat almari tu. anai2 ni kalo ikut research di internet memerlukan punca air yang berterusan, jika tiada air dia akan hilang. kita mop air di sekitar almari tapi bawah alamri tu mungkin tak kering sepenuhnya. so dia amik kesempatan kat situ.
Kitorang mula notice pun bila baju dah berlubang2 kena gigit. selepas rumah kena tinggal beberapa hari sebab outstation kot. bahayanya diorang ni diorang makan dalam kayu dan x kacau permukaan so dari luar nampak cam ok je. tapi bahagian dalam abis kena makan. Bahagian dasar almari disetelkannya dulu, bahagian penting supporting beam tu dia dah setelkan memang ke laut la jawabnya almari tu.
Skang dah tanggalkan almari tu dan dah nak bako dah 3/4 bhgn yang dah x bley pakai yang tang pintu tu cam sayang plak nak buang sebab elok lagi maybe boleh diconvert jadi sumthing like a bench ke apa2 yang patut bergantung pada tahap kerajinan aku. hehe.
Anai2 tu aku tak sure dah pegi mana, dah hilang ke blom. dekat bahagian dapur tu ade lagi sket. emmm kang kena bako dapur plak. so tgk kat internet utk cari solution cam website ni
http://anai-anai.atabox.com/index.php dia pakai sistem umpanan menggunakan gel, basically umpan(racun) itu akan diambil oleh worker dan dibawa balik ke sarang. di sarang itu semua kan berkongsi makanan(racun) termasuk queen dan king, seterusnya semua makan dan KO dalam 3 hari katanya. Harga satu gel yang paketnya cam ubat gigi warna hitam adalah sebanyak RM38 sahaja, depa suh beli 2 untuk small infestation. skang nak tunggu gaji baru beli hehe.
adakah akan berjaya? tunggu dan lihat.
ps dulu aku spray ngan baygon untuk lipas yang warna hijau tu. mati anai2 tu. tapi agaknya takde pekdah sebab queennya tak kena kan. sekali crett beribu kuar anak anai2 kan apa barang...