Hias rumah DIY - apa yang anda perlu tahu jika pasang 2nd grade wallpaper?

Dah lama x update sekadar renungan sementara nan boring2 ni. eksaited cari wallpaper dekat MR DIY. Harga 61cmX10m RM25++ x ingat plak harga dia. Kalo ikutkan ni macam eksperimen jugakla, kalo cantik kita buat banyak2 kat bilik lain kalo x cantik kita cabut jer, pastu cat. hoho.

Sebelum ni beli yang hitam putih belah kiri ni macam cun macm kat hotel jeee.. carila lagi pattern ni tapi xde kalo ade pun saiz kecik je nak kena beli sepuluh roll. lepas itu amikla yang design coklat kilat-kilat sikit ni sebab 2 roll dah cukup untuk satu dinding.

Demi semangat eksperimen buatla aku dengan dibantu wifey pukul 10 malam lepas anak-anak TIDUR. Kena pastikan deme tido kalo tak ramaila tangan2 yang nak membantu. Abah macam mana tolong? abah ni cantik ke? abah kenapa sini tak buat dan bla bla bla lagi. yang kenit tu tak cakap apa terus koyakkan je. bahaha kerenah anak yang menyakitkan hati tetapi tetap dirindui.

sila ignore bantal busuk dsb ;p
Pasang 2 roll pergh sangat teruja, cantik giler....masa ni tak tau lagi salah matching design. tapi even salah pun dia still nampak ok lagi, isu salah matching design adalah kicik punya hal sebenarnya bagi aku ni. rupa-rupanya.......

nampak x?........... apa dia tu yang nampak? dekat sini ada 4.5 panel. dari kiri panel 1 dan 2 hampir sama so hasilnya memang cun, masuk panel 3 tetiba dia super cerah yang atas tu(mungkin sebab silau lampu lagi, tapi kalau tutup lampu pun masih nampak ada beza. panel 4 dan last skali tu (kanan skali) dari roll yang baru. rupanya kaler dia lebih gelap dari roll yang pertama. adoiiiiii...... inilah rasanya bila pakai wallpaper 2nd grade. 

Tapi xpela dengan semangat eksperimen akan ku cari jalan perbaiki lagi bilik ini. Orang rumah pun kata ok je, cantik katanya. biasala orang yang pasang yang nampak celanya disitu sini. orang yang tengok biasanya akan kata, ok je. bila dah tgk 5 6 kali baru nampak. haaa ada lagi satu prob cer teka ape dia, sbb boleh nampak kalo zoom in je, klu-nye panel 1-3. bagi jwpn kat komen box di bawah. pemenangnya dapat baki wallpaper ni hehe.



pintu toilet diletak dengan serpihan belen. dari jauh nampak awesome gak. lepas ni kena hati2 beli wallpaper, ada sebab la wallpaper yang elok2 tu mahal kan. Nak pasang ni senang sebab tanggal sticker je. tapi kalau yang jenis kena letak gam sendiri tu tak tahu lah. Pada yang nak cuba tu hati2 memilih wallpaper dan selamat mencuba.

note: bilik nampak macam kecik sikit atau nampak kurang panjang dari sebelumnya. permainan perspektif tidak berjaya rasanya. sepatutnya mungkin gelap kiri kanan dan terang bahagian depan.

Prestasi Celcom @ Meru, Pakej internet lebih murah

Alhamdulillah, finish transferring to celcom from digi, banyak jugak kerenah birokrasinya. tapi oklah setel la jugak.

line celcom kat sini full bar yang kjap H+ kjap 3G den taktau mane yang lebey elok. sometime ade org call aku dia dgr suara jadi double. tapi most of the time ok je.

Internet speed pagi laju 3-5Mbps cukup laju utk browsing buat keje and main DOTA2 (plg penting ni) Dota2 perlukan atleast 2Mbps kalau x kena maki hamun je ngan org lain. tapi kenapa bila malam agak lembaps? itulah sape suh duduk hujung2 nun, adoilaaaa untunglaaa ade signal lagi kannn.

Data speed bukanlah sentiasa ok, sebab itu speedtest app jadi teman setia, sebelum nak buat apa2 mmg kena cek speed dulu. nak citer shah alam ni mmg tiptop la 3mbps++ sentiasa.

walaupun begitu, masih mengharap khabar berita dari streamyx/unifi, we need unlimited data haha, movie and streaming youtube bla bla

n lagi satu bukankah ini masa untuk stremyx/unifi turun harga. sebab telco pakej 3gb dah turun harga ke RM35-40 dulu harga dia RM78++. ini merupakan hasil perbincangan dengan Menteri komunikasi kan aritu?
credit to amanz.my
clap clap untuk telco yang dah turunkan harga, tapi kan as a consumer den rela bayar RM78 utk more data like 15Gb ke pls pls pls.

owh lagi satu lagi je korang dah tukar plan belum? kalolah aku buat donno jer sampai sekarang aku akan bayar 80++ untuk 4 GB data. sedangkan ada pakej yang lebih baik. tukar sekarang bro.

info tambahan Celcom ada add on data bila dah abis quota iaitu 1Gb =RM15, 5Gb=RM50
caranya? sms max5gb ke 28882

#tq4readin

Hi Celcom Bye Digi

Finally got my First38 plan up and running, i made the arrangement for termination on thursday and today (tuesday) i got the sms to change my sim to the new one. and in a couple of mins the above pic says it all. finally the speed that i can call satisfying ;) happy happy daddy caddy laladadee wuuhuuu.

what happen?
digi sucks at my house in Meru in data and line(actually calls are fine) the issue is DATA speed. i need speed for various things, first and foremost for DOTA2 ehehehehe, u need a stable line or your just gonna get reported everytime u play with digi. and then i need it for work replying message sending attachment and online banking could get frustrating which is our norm in Shah Alam. and then i need for my study. hard to do research when the page is not loading in time. getting me frsutrated and ended going to bed with my assignment unfinished.

How to change telco?
Went to Celcom in PKNS and was told to settle all outstanding bill and it takes 3 days to process. its a small centre and i thought they could not process it fast enough cause my friend did it all of them in one day(different case)

then went to Celcom centre in Bukit Raja was told to terminate my supplementary line and had to do it at Digi Centre. i sign up a form in 5 min and got a sim card and was given a number to call when im done with the termination.

went to Digi Centre in BBT one Tower, found out there are 4 telco there duhhhh... if u want to change telco in Klang you better just go here they got u mobile, digi, maxis and celcom, next door neighbor. Digi told me to settle outstanding bill and i canceled my supplementary line with no question asked, and no money exchanged there.

i settle my bill online that same thursday. i call the guy in monday, and im done with changing to Celcom in Tuesday. they sms your current telco and they will sms you to change your simcard. quite a few hurdle to pass. but all in all a satisfied customer with now celcom.

status : i got full bar and 5Mbps speed.

note: First38 gives u 3Gb internet and 3Gb wifi for RM38 only for a limited time. the same plan with Digi for RM78 and yess wth.... and when i was cancelling the girl call me and told me theres a plan for 3gb internet for RM36 and wth again..... but still the issue is slow data.

yikes for u Digi byee

Tambah jalan baru pada google maps dengan Mapmaker


Aku baru pindah masuk ke rumah baru Mac yang lepas. Rumah ini adalah antara 30 unit rumah baru dibina di jalan yang juga baru diberi nama. berikutan nama jalan ini masih takde dalam carian google maps, akupun cari jalan macam mana nak masukkan. rupanya anda boleh jadi editor peta dengan Google Mapmaker(MM)

Mapmaker ni nampaknya masih dalam proses beta tapi ramai jugak yang dah pakai dan dah edit jalan dsb. akupun try, senang jer login pakai id google dan terus dilantik sebagai map editor. anda boleh ubah dan review perubahan yang orang lain buat. jika anda edit sesuatu anda perlukan positive review dari orang lain. adalah digalakkan anda buat neighborhood dan sahkan review di kejiranan anda.

proses tambah jalan senang sahaja, ikut instruction dan lepas beberapa hari jika anda lucky ada orang akan sahkan edit anda. lepas 3 minggu jalan rumah aku dah ade kat google map. yeaaaa. maksudnya kalo ade orng cari jalan ke rumah aku pakai waze dan google map dah boleh dah.

sekian, jom jadi editor...

Jom tukar ke Celcom First 38

Promo Celcom limited time First 38

malas sebenarnya nak tukar telco ni, tapi disebabkan line digi kat meru sendu giler kentang fb, insta pun lembab giless. akhirnya aku mencari alternatif lain dan terjumpa plak promo First38 3gb + 3gb.
macam best jer, tapi still suspicious gile sebab agak murah berbanding telco lain. Info dekat website ni biasanya highlight yang cantik molek je. kalo nak tahu hidden agenda atau downside die kenala pi tanya kat kaunter dia terus.

Rupanya ader aplikasi macam ni yang boleh tunjukkan area mana yang ader coverage Digi, maxis, u mobile or celcom. nampaknya celcom ranking 1st di banyak tempat dan aku pakai digi yang duduk tempat ke3 agak jauh beza tu.

4g sahaja, hanya utk yang LTE capable. rupanya mama punya hp boleh lte

ade lompong2 signal ni pakai letrik kat cable jalan ke?

kesimpulannya pakaila celcom kalo anda dok ceruk nun
ok dekat table tu tulis 3.19Mbps utk digi, itu mungkin purata. realitinya kat rumah aku dapat maximum 2Mbps sahaja dan line terbaik adalah tgh malam sampai pagi 6 am dan waktu pagi sampai 6pm bolehla dapat 1.5 Mbps. Paling penting sebenarnya malam 6pm to 11.30 suck gile, kalo ikutkan time aku kat umah la yang aku nak pakai internetnya pun. kesimpulannya line tenet pun ade traffic congestion jugak.

kalo celcom 5.72Mbps purata dan aku dapat 1/2 dari speed tu pun dah sgt puas hati iaitu 2.70++Mbps. better than digi kan?

i like to be loyal tapi kalo servis out bai bai la kan.

ok nak cari broadband celcom plak.

ULKCP Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian / Mengulang SPM(U) dan SPM(N)


ULKCP - Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian 2015
Ujian Lisan Calon Persendirian / Mengulang SPM(U) dan SPM(N)

http://jpnselangor.moe.gov.my/examtest/main.php 

Calon boleh menyemak pusat,waktu dan tarikh untuk ujian lisan SPM(U) dan SPM(N).

Masukkan no ic tanpa simbol (-) dan tekan butang cari.

bagi calon yang mendaftar 2 sesi iaitu sesi Jun dan sesi November hanya perlu menghadiri SATU sahaja ujian lisan, TETAPI perlu memaklumkan pada pemeriksa tentang kedua-dua angka giliran SPMU dan SPMN.

Pakaian: Pakaian kemas dan sopan (tidak perlu pakai Uniform sekolah)

Pusat ujian Lisan tidak semestinya sama dengan pusat yang anda minta (ujian bertulis) , justeru itu anda perlu ikut pusat seperti yang diberikan.

contoh:

calon perlulah ke  SMK convent intuk Ujian Lisan walaupun minta sekolah lain.

Perlu dibawa Kenyataan Semakan/Ujian Lisan dan IC

harap maklum

dari pejabat SPP, JPNS

Kenapa Tiada Coverage Unifi / Streamyx?


Dipos dalam komen blog Mazidul Akmal.

"Untuk warga TM. lari topik sikit tapi masih mengenai unifi/streamyx, kenapa coverage unifi tiada di meru? mahal sangat ke fiber optic tu? ke takut kena curi kabel? TM dah abis duit? ada berpuluh ribu rumah yang memerlukan servis ini. amat kecewa bila pindah ke Meru tiada unifi, (streamyx ada, tapi dekat taman sebelah je). Saya pindah ke tempat yang tiada internet TM dan disuruh terminate akaun, saya frustrated kenapa tiada option hold account/ saya ingin setia dengan TM tapi disuruh terminate akaun, kan senang dan benefit pada company jika saya setia? bila dah ada line tu saya sambung jela akaun tu. tak payah la isi banyak2 borang. adakah ini disebabkan MONOPOLI korang boleh buat apa saje policy yang korang suka? kuasa pengguna macam kulit kacang bila dibuang begitu sahaja dibayangi kuasa monopoli. so sad."

harap warga TM dapat beri penjelasan, sebagai syarikat 'swasta' yang hebat, tak seperti pekerja kerajaan yang malas, lembap dan makan gaji kan. Syarikat hebat mestilah ada gaya yang hebat servis tip top kan? bolehke dengar rintihan pengguna? (i have verbally talk to them numbers of time)

Is the company the boss or the client is boss? so far in Malaysia if you are a Big Monopoly you can do whatever you want despite client demands. You say TM is not a Monopoly? seriously if you are talking about landline, wired, stable internet you will look for Streamyx/unifi. all others are broadband with quota and their service depends on location and coverage.

kalo feeling lebih2 ni yang kuar omputih ni. I really am satisfied with my VIP20 in Shah Alam, but now 0mbps in Meru is making me cry. (ade plak yang komen sape suruh pindah Meru kan)

Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang


Tips Beli Rumah Belum Siap @ dalam proses

Berdasarkan pengalamn sendiri yang beli rumah dengan Bandacaya. Sign agreement masa rumah ni dah 10%. iaitu dah pecah tanah baru nak start. kiranya aku tgk rumah ni membesar depan mata aku, rupa-rupanya banyak yang aku terlepas pandang.

untuk pengetahuan Bandacaya subkan kerja ini pada kontraktor. (katanya).

TIPS:
1. Bahan Pembinaan: dapatkan S&P dan pastikan developer menyenaraikan bahan pembinaan secara detail. contoh tile kaler ape kualiti aper, kalo boleh brand sekali. Mangkuk jamban brand ape, ape rupanya. supaya anda tak tertipu masa pemasangan dia pasang benda lain. Toilet aku patut pintu tarik tapi dia bagi pintu kayu jenis bukak, abis sempit toilet den.

2. WIRING. dalam S&P tiada pelan letrik dan pelan paip, mintak dari kontraktor atau bandacaya dan make sure diorang buat ikut plan. ataupun jika tak berkenan minta pada kontraktor or pekerja buat ikut kemahuan anda. ini adalah budi bicara la kan, kalo kena tambah duit ke apae ke terpulang la. INI SANGAT PENTING bagi aku sebab aku spend dalam 1500 untuk buat rewiring. yela kalo standard rumah satu bilik satu plug point mana cukup bro. plug point tv kat tempat yg x sepatutnya. plug point water heater ngan aircond lasnsung takde. so kena pikir masak2 apa yang anda nak. nak diingatkan ini adalah BUDI BICARA sebab developer or kontraktor boleh buat donno je. walau apapun ada akan jimat banyak jika buat masa diorang tgh buat wiring tu.




Usaha pasang pagar pada taman perumahan kecil

Rumah baru akhirnya siap dan kami dalam proses untuk pasang grill dan pindah masuk dalam bulan ini. Pada masa yang sama kami risau dengan keselamatan rumah kerana rumah kami dikelilingi kilang-kilang dan rumah pekerja asing jadinya kami agak risau dengan keselamatan taman. 

Even sekarang ini pun aku yang belum pindah masuk selalu nampak diorang ni lalu jalan taman aku untuk ke tempat kerja diorang, macam shortcut la utk diorang ni. Dengan kes-kes anak kena culik ni jadi cuak untuk biar anak main di luar. impian kita untuk anak membesar dalam taman yang happy dan ceria, macam kita dulu2 tu. kecurian rumah tu harta boleh tukar, tapi kalo anak..... astaghfirullah rasa nak gugur jantung memikirkannya.

Ini adalah antara kaedah pencegahan yang saya kira penting, even untuk rumah saya kat kampung tanah lot jiran sebelah pun ada pagar. kenapa taman kecik takde pagar? Adakah anda nak lihat anak anda hilang depan rumah masuk dalam semak depan rumah hilang entah kemana baru nak pasang pagar? saya tak nampak negatif pasang pagar ni berbanding kebaikannya.

ok pokoknya nak letak pagar keliling taman supaya diorang tak boleh masuk taman sesuka hati. one way in one way out. takdelah pejalan kaki or mat motor datang keluar masuk ikut suka. Berdasarkan pekeliling MPK taman yang nak pasang pagar kenala dalam saiz sekian hektar yakni besar gile baru boleh buat pagar keliling. Taman aku sebaris dan hanya ada 30 unit memang tak layak lansung ikut pekeliling itu. TETAPI takkan nak giveup macam itu je? memang benar takde sape yang buat pagar untuk taman kecil, tapi apakah rasional di sebalik keputusan itu? membenarkan jiran/pendatang/mat motor masuk sesuka hati menggunakan jalan atau taman permainan kami. Bukan tak bagi pakai tapi kenala ikut keselesaan keselamatan penduduk di kawasan itu. Setuju? tak? sila komen

apa yang perlu saya buat?

Step 1 - Buat surat pada MPK mohon pertimbangan untuk pasang pagar. Kat sini masih tak tahu pada siapa nak bagi surat ni. Jika positif mak aih senang keje suh developer pasang pagar sebab itu janji die aritu. Jangkaan feedback adalah negatif iaitu dia akan bagi aku pekeliling tu dan suruh baca (hoho pesimis). Tapi sebelum buat step lain kena buat ini dulu. 

Step 2 - Cari ADUN untuk bantuan, perghhh pakai kabel!(yang ni misteri sikit sebab tak kenal pun sapenye) 

Step 2.2 cari reporter yang sudi buat interview dan laporan. tahukah anda antara tugas reporter adalah mengetengahkan masalah seperti ini di mata rakyat dan seterusnya pada mata kepimpinan. hoho main kasar nampak. takdelah ini hak pengguna yang saya rasa berhak.

ada cadangan step2 lain tuan/puan?

Di mata saya negara kita kekurangan dalam pejuang hak asasi sosial, berbanding negara lain yang saya kira ada ramai wira-wiranya. Saya bukan pakar dan bukan bijak pandai hanya mengutarakan pendapat. minta maaf jika adik buat silap, adik masih belajar. fufufufu.
 

3rd day South Korea - Gwanghamun Square, cheondamdong stream

Gwanghamun Square uolsss
3rd day - a Sabtu-day at Gwanghamun Square

Cadangnya nak pi Gwanghamun ngan Bukchon Hanok Village, tapi spent masa lama sangat kat Gwanghamun castle tu terus x jadi nak gi Bukchon Hanok sebab dah nak gelap.

layan gambar sebab kemalasan nak tulis, nanti ada mood baru edit balik ohoho

depan homestay Cozy Itaewon Lodging House, oklaaaaa hoho
husband n wifey

feeling handsome pepagi hari layan princess punya carriage





zaim rusyaidi dapat booboo kat dahi hantuk bucu katil nasib baik tak dalam, cuak mama, seb baik jugak ada nurse baju merah kat bawah ni.





pergh gwanghasan ke ape gunung tu

depangkan tangan untuk..... entahler


jalan raya yang kemas n cun


depa tanam kobis bunga kalerful hoho cantik plak tu