Hias rumah DIY - apa yang anda perlu tahu jika pasang 2nd grade wallpaper?

Dah lama x update sekadar renungan sementara nan boring2 ni. eksaited cari wallpaper dekat MR DIY. Harga 61cmX10m RM25++ x ingat plak harga dia. Kalo ikutkan ni macam eksperimen jugakla, kalo cantik kita buat banyak2 kat bilik lain kalo x cantik kita cabut jer, pastu cat. hoho.

Sebelum ni beli yang hitam putih belah kiri ni macam cun macm kat hotel jeee.. carila lagi pattern ni tapi xde kalo ade pun saiz kecik je nak kena beli sepuluh roll. lepas itu amikla yang design coklat kilat-kilat sikit ni sebab 2 roll dah cukup untuk satu dinding.

Demi semangat eksperimen buatla aku dengan dibantu wifey pukul 10 malam lepas anak-anak TIDUR. Kena pastikan deme tido kalo tak ramaila tangan2 yang nak membantu. Abah macam mana tolong? abah ni cantik ke? abah kenapa sini tak buat dan bla bla bla lagi. yang kenit tu tak cakap apa terus koyakkan je. bahaha kerenah anak yang menyakitkan hati tetapi tetap dirindui.

sila ignore bantal busuk dsb ;p
Pasang 2 roll pergh sangat teruja, cantik giler....masa ni tak tau lagi salah matching design. tapi even salah pun dia still nampak ok lagi, isu salah matching design adalah kicik punya hal sebenarnya bagi aku ni. rupa-rupanya.......

nampak x?........... apa dia tu yang nampak? dekat sini ada 4.5 panel. dari kiri panel 1 dan 2 hampir sama so hasilnya memang cun, masuk panel 3 tetiba dia super cerah yang atas tu(mungkin sebab silau lampu lagi, tapi kalau tutup lampu pun masih nampak ada beza. panel 4 dan last skali tu (kanan skali) dari roll yang baru. rupanya kaler dia lebih gelap dari roll yang pertama. adoiiiiii...... inilah rasanya bila pakai wallpaper 2nd grade. 

Tapi xpela dengan semangat eksperimen akan ku cari jalan perbaiki lagi bilik ini. Orang rumah pun kata ok je, cantik katanya. biasala orang yang pasang yang nampak celanya disitu sini. orang yang tengok biasanya akan kata, ok je. bila dah tgk 5 6 kali baru nampak. haaa ada lagi satu prob cer teka ape dia, sbb boleh nampak kalo zoom in je, klu-nye panel 1-3. bagi jwpn kat komen box di bawah. pemenangnya dapat baki wallpaper ni hehe.



pintu toilet diletak dengan serpihan belen. dari jauh nampak awesome gak. lepas ni kena hati2 beli wallpaper, ada sebab la wallpaper yang elok2 tu mahal kan. Nak pasang ni senang sebab tanggal sticker je. tapi kalau yang jenis kena letak gam sendiri tu tak tahu lah. Pada yang nak cuba tu hati2 memilih wallpaper dan selamat mencuba.

note: bilik nampak macam kecik sikit atau nampak kurang panjang dari sebelumnya. permainan perspektif tidak berjaya rasanya. sepatutnya mungkin gelap kiri kanan dan terang bahagian depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini