Hong Kong Trip - Part 2

Di Marry Brown LCCT mamam sebelum berlepas

Ya Allah, nak update satu post pun berjanggut sekarang ni, kan? Sorrylah sebab sangat-sangat tak sempat untuk update part 2...... Makan masa 2 bulan nak update cerita ni, kan?


Mama dan Octopus card. Raniah kata; "lantai ini sgt best dan sejuk!'
Raniah di airport Hong Kong menunggu mama beli Octopus Card dan Sim Card


Perjalanan dari Airport ke Casa Hotel Naik MTR...
Mama ada terbaca kat blog, untuk ke Casa Hotel, kalau naik bas no A21, akan terus direct stop depan hotel. Tapi mama macam prefer naik MTR. Bas makan masa lebih kurang 45minit - 1 jam. MTR??? Tak kira, sebab asyik tukar stesen.

Kami naik mtr bermula dari airport ke Tsing Yi. Sampai stesen Tsing Yi, kami kena tukar train untuk ke stesen Lai King. MTR kat sini sangatlah efisien, tapi make sure kena ada map. Tersangat banyak Line, yer? Ala, macam Putra ngan STAR..... Sampai di Lai King pula, kami tukar lagi satu train terus ke Yau Ma Tei.... Aduhai, sengsara jugak la nak menapak di setiap stesen. Stesen-stesen MTR di HK ni sangat besar.

Abah plak sambung.....

 



Abah sangatlah jakun dengan MTR ni, abah sangat suka teknologi dan sentiasa kagum bagaimana mereka boleh letak station sebesar-besar(1 train rasanya ada 1km panjangnya) alam kat bawah tanah. Bestnya tentang MTR station ni exit dia ada banyak, satu station boleh ada sehingga 8 exit, salah satu exitnya ke exit B Tsing Yi Swimming pool. just next to Casa Hotel tempat kami beradu..

Dalam MRT Hong Kong


Kenapa best exit banyak?sebab jalannya di bawah tanah dan ada aircond(x sejuk, x panas) untuk elak kepanasan atau hujan. kadang2 ada yang macam escalator tu untuk yang malas jalan. nasihat untuk anda sila maintain ke kanan di escalator kerana ada yang ingin memotong di sebelah kiri.

Senarai Exit Tsing Yi
  • A1: Transport Interchange 
  • A2: Tierra Verde
  • B: Tsing Yi Swimming Pool
  • C: Public Transport Interchange Wheelchair user access
  • F: Maritime Square Wheelchair user access
  • G: Maritime Square Wheelchair user access
Info on Tsing Yi Station Tsing_Yi_Station dari Wiki

Melalui Exit B kami sampai ke Hotel lebey kurang 8-9 malam, rasa penat giler menyebabkan kami lepak di hotel mandi manda dan berehat, mulanya merancang untuk duk hotel sahaja malam itu. tapi mungkin sebab merasa segar selepas mandi kami pun keluar ke bazar kecil di belakang hotel (bukan Ladies Market) adik tiri dia, pasar kecil di jalan belakang hotel. Tiada apa barang menarik, cuma kedai cenderahati, artis melukis karikatur. tidak rasa jakun sangat memandangkan nampak macam orang cina kat Malaysia je pun ornagnya. Tapi kebersihan disini agak mengagumkan seperti di Singapura. Sedikit jakun adalah tiada kereta-kereta biasa di jalan raya. cuma kereta mewah sahaja dan Pengangkutan Awam. Hujan renyai mula turun menyebabkan kami lari2 anak ke hotel semula. kami berehat untuk hari besok.

bersambung.....


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini