Assalammualaikum, huhuhu...Sedar tak sedar dah masuk 1 Ramadhan. Hari ni hari pertama puasa. Lama jugak mama tak update apa-apa. Susah betul mama nak berblogging sekarang ni. Raniah dah mencecah 6 bulan, dan Alhamdulillah, mama berjaya untuk fully BF dia secara exclusive. So, sekarang Raniah dah start her solid food, (which will be updated in other entry).
Ok, this entry is dedicated to mrs elis meow yang bakal jadi ibu this coming november. She asked me to blog about my latest gadget, Medela freestyle.... Muahaha.....
Ok, ceritanya cenggini.... Bebaru ni mama dan abah ada sedikit rezeki lebih, jadinya mama decide nak beli pump baru. Spectra 3 yang mama pakai betul2 tak serasi dengan mama, jadi mama fikir, mahu tak mahu mama kena beli pam baru jugak. Lagipun mama dah start visit, jadinya spectra tu tak praktikal untuk dibawa kemana-mana. Berat sangat, dan consume ruang.....
Pada mulanya mama berniat nak beli Modu. Sebabnya, harganya yang murah, dan dia double pumping. Tambahan pula modu tu buatan dan idea dari anak tempatan, yang merupakan kawan baik mama sendiri, itu yang buatkan mama lebih teruja nak beli modu. Tapi, setelah difikirkan, mama ni selalu travel. Besar kemungkinan akan terkena juga sekali dua tempat yang tiada plug, modu pula bukan battery operated (harga dah murah, takkan nak demand lebih2, kan? Tapi rasanya akan ada 2nd series yang battery operrated.) makanya, dengan muka seposen, mama pujuk abah nak beli Medela Freestyle.
Lama jugak mama survey harga dan komen tentang medela freestyle ni. Tengok kat semua website tentang pump ni. Yelah, bukan aper, harga dahla mahal, buatnye tak sesuai jugak dengan mama, kan haru jadinya.Bukan ratus-ratus dah, dah cecah ribu. Haruslah kena jadi sangat cerewet, kan?
Kebetulan, mami ila mykhalish memang pakai medela freestyle, dan kami pula ada gathering waktu tu, jadinya, mama dengan muka tak malunye test pump kat mami, tapi pki shield harmony ngan botol mama sendirile. Alhamdulillah, mama sangat berpuas hati dengan suction medela freestyle.
Minggu depannye, mama pun kol no yang mami kasi kat mama, Puan Erin untuk beli Medela freestyle ni. Rupa-rupanya Puan Erin ni owner satu website ni (klik disini), punyalah beria mama ngan ibu elis meow tengok, tak sangka la pulak Erin ni owner..... Suka...suka....
Panjang pulak kronologi pembelian, kan? Ok, ini komen mama pasala freestyle ni.
Mama sangat suka pakai Medela FS ni, sebabnya: Suction dia tak menyakitkan. Ada two phase suction, which 1st phase utk stimulate, lebih kurang 2 minit, lepas tu suct betul2.Alhamdulillah, dalam hampir 2 bulan mama guna medela fs ni, paling kurang sekali pump, mama akan dapat 3 oz. Dibandingkan dengan spectra, 3oz tu adalah yang paling tinggi mama dapat.
Tentang bunyi pulak, Medela FS ni sangat kuat bunyi dia. Ada yang kata cam lembu sakit, pada mama, bunyi dia cam bom nak meletup. Kadang-kadang takut dengar bunyi dia. Bising betul. Geng mengepum mama selalu gelak bila dengar bunyi dia. Jadinya, plan mula-mula nak pum dekat meja terus dibatalkan disebabkan bunyi dia. Kalau buat kat meja jugak, mahu satu opis tahu.... Jadinya ke surau jugakla......
Tentang mobility dia, ini salah satu advantage yang paling mama suka. Sangat convenient, sebab kecil. Beg dia pulak mama dah jadikan handbag mama. sebab FS tu cenonet, ice bag dia pun kecik, kalau x bawak botol yang banyak, memang muat la semua benda tu..... Dan kalau battery tu penuh, memang x payah nak bawak charger, sebab biasanya, kalau satu sesi pum 10 minit, bateri akan tahan seminggu.....
Rasanya dah panjang lebar mama berceloteh pasal Medela FS ni. Harapnya apa yang mama coretkan, sedikit sebanyak membantu pada sesiapa yang nak beli. Kita tengoklah sikit-sikit rupa bentuk medela FS ni yek?
Masih dalam kotak...... |
The main pump |
Ice Bag Medela (Come with the box) |
My new gadget...tada..... |
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SENTIASA MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU... I LOVE & SUPPORT BREASTFEEDING.....
Weeeeeeeeeee... sudah ada testimonial fs...
ReplyDeletetengkew ya~ huhuhu.. sekarang sudah tahu mau pump mana.. opsyen sudah dikecilkan kepada 2.. miahahaha..^_^
tang sound tu mmg tak tahan. kebetulan hubby jumpa youtube org letak sound test fs.. hahaha... beliau pun terkejut. miahaha..
PS: baby tak rasa terganggu ke kalau kita nursing sambil pump? (byk soklan plaks).. ahaaa..
=)
Kak Elis... tak sure lak baby terganggu ke tak, sebab raniah tu, kalau buat tandem, dia pegi sepak itu botol...tak pun sibuk nak capai botol sekali. Eager dgn environment sekeliling. Dari masa pakai spectra lagi dah cenggitu. hahaha... tengok baby la... kalau baru sebulan dua, dia tak heran. asalkan dapat nenen... ahakkkss....
ReplyDelete