Lagi 2 minggu kita akan berhari raya..... Raniah pula minggu depan akan menginjak 7 bulan. Sekejap betul masa berlalu. Macam tak percaya sungguh cenomey mama dah nak masuk 7 bulan. Makin cerdik, makin panjang akal, very curious dengan surrounding, dan yang paling buat mama ngan abah geram kadang-kadang tu, tak reti duduk diam. Kalau dipegang waktu duduk, sibuklah nak berdiri, kalau didirikan, sibuklah tunduk nak main kaki sendiri. Bila dah dibaringkan, menangis nak duduk balik.....Huhuhu......
Ramai kawan-kawan tanya, Raniah sihatkah? Ini kerana, seperti entry-entry mama sebelum ni, Raniah dilahirkan pada minggu ke 36. Jadinya Raniah termasuk kategori premature aka premie babies. Tambahan pula Raniah juga breech @ songsang (kepala di atas) semasa di dalam perut. Dilahirkan seberat 2.05kg, sudah tentu awal-awal bulan kelahiran Raniah, mama sangat risau, takut sekiranya Raniah mempunyai masalah kesihatan... Alhamdulillah, sehingga sekarang, tiada simptom-simptom sakit kronik terdapat pada Raniah.
36 minggu masih lagi dikategorikan premmie? Bukan dah 9 bulan ker? Itu soalan yang selalu dilontarkan oleh kawan-kawan... Ok, mari pula kita tengok wikipedia punya penerangan.....
In humans preterm birth (Latin: partus praetemporaneus or partus praematurus) refers to the birth of a baby of less than 37 weeks gestational age. The cause for preterm birth is in many situations elusive and unknown; many factors appear to be associated with the development of preterm birth, making the reduction of preterm birth a challenging proposition.
Premature birth, commonly used as a synonym for preterm birth, refers to the birth of a baby before the developing organs are mature enough to allow normal postnatal survival. Premature infants are at greater risk for short and long term complications, including disabilities and impediments in growth and mental development. Significant progress has been made in the care of premature infants, but not in reducing the prevalence of preterm birth.[1] Preterm birth is the major cause of neonatal mortality in developed countries
Jadinya, fahamkah rakan-rakan kini kenapa Raniah dikategorikan sebagai Premmie, sedangkan dia telah menjejak ke bulan yang ke-9 sebelum dilahirkan?
Ramai yang tanya mama, susahkah menjaga anak pramatang? Adoii...apa punya soalan la yang ditanya. Tapi, mama faham, sesetengah tu bertanya sebagai keinginan untuk mengetahui, untuk dijadikan panduan. Sebenarnya, Raniah merupakan anak yang sangat senang untuk dijaga. Panduan yang diberikan oleh bonda Farah Sarakids sangat berguna. Tengok cue baby lapar... jangan biasakan dia menangis baru nak susukan. Jadinya, semasa Raniah di awal kelahiran, memang mama akan monitor dia sebelum dia menangis. Sangat jaranglah kami dengar dia menangis kerana lapar. Tapi jangan buat excessive sangat macam mama yer... Hasilnyer, Raniah jadi sangat dobam, dobot semua la. Dan asal mama balik kerja saja, ditolaknya abah, sambil menjerit suruh mama ambil..... Ahahaha....
Yang paling mama concern, anak pramatang ni biasanya kecil sahaja. Tengoklah gambar Raniah masa lahir, sangat kecil. Nasib baik juga beratnya mencecah 2kg, kalau kurang, tak tahulah mama berapa lama kena tahan di hospital..... Tapi berkat doa dan panduan dari kawan-kawan, mama cuba juga untuk membesarkan dan membulatkan Raniah. 7 hari pertama kelahiran Raniah, hari-hari abah buat skin to skin prosedur. Hari-hari seterusnya, mami ila sarankan mama untuk sentiasa massage Raniah selepas mandi, dan setiap kali tukar baju. Alhamdulillah, masuk bulan kedua, Raniah dah mula bertubuh. Tidak terlalu kurus dan sekecil sewaktu awal kelahiran.
Kecik kan masa mula-mula lahir? |
Tidak lupa juga, anak-anak pramatang ini akan menjadi lebih sihat sekiranya diberikan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama (exclusive breastfeeding). Sewaktu Raniah dan mama dahulu, memang benar doktor ada bekalkan susu tambahan khas untuk bayi pramatang untuk Raniah, tetapi sepulangnya kami dari hospital, tak pernah sekalipun mama bancuhkan untuk Raniah. Mama memang bertawakal untuk menyusukan Raniah sepenuhnya, sekurang-kurangnya biarlah sehingga melepasi tahap bahaya (6 bulan) dan berlanjutan hingga Raniah sendiri tidak mahu. Memang baik ibu mama, atau ibu mentua suruh mama dan abah mencampurkan susu ibu dan susu formula, tapi kami berdua hanya mengganggukkan kepala dan memekakkan telinga, agar mereka tidak kecil hati. Kami menanamkan sikap percaya bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk Raniah, dan sedikit mana pun susu mama, ianya sentiasa cukup untuk Raniah. Tak perlu susu atau suplemen tambahan, madu (bahaya untuk anak-anak berusia bawah 2 tahun) serta air masak. Hanya susu ibu semata-mata. Percayalah, susu ibu sebaik-baik antibodi dan makanan untuk bayi.
Harapnya penerangan mama kali ini serba sedikit dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan kawan-kawan tentang Raniah. Mama tahu, Raniah dilahirkan pada minggu ke 36, mungkin tidak sekritikal rakan-rakan Raniah yang dilahirkan pada minggu ke 35 ke bawah. Tapi, sedikit sebanyak, mama harap apa yang mama lakukan, untuk memastikan Raniah sihat dan menolak anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan sentiasa sakit, (Nauzubillah), sedikit sebanyak dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu yang di luar sana. Kalau ada ibu-ibu yang melahirkan anak kurang dari 35 minggu, ada tips-tips yang berguna untuk memastikan anak-anak sihat, marilah sama-sama kita berkongsi yer? InsyaAllah.....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini