Soalan faveret ibu-ibu tentang anak orang lain...Hati-hati, jangan sampai komen anda melukakan hati ibu itu.....

Selamat ulangbulan ke-7, sayang mama n abah, Raniah Zawanah..... Genap 7 bulan hari ni awak menjadi penceria mama dan abah. Alhamdulillah, mama masih mampu dan bersemangat untuk menyusukan awak lagi, walaupun awak minum dah tak sebanyak dulu. Sekarang ni dah makan, dah pandai menyulur, tapi masih lagi gostan... Ke depan cuma 2,3 inci jer.... Dah suka gelak terkekek-kekek, dan yang paling menggembirakan mama ngan abah, awak dah pandai kuarkan suara, and your first word is "mama"..... Yes!!!! Mama menang...Ahahaha...abah jeles. keesokkannya awak dah pandai sebut  abah. Alhamdulillah.... Dan 2,3 hari ni, jadi terbalik. Bila nak panggil mama, disebut bababa..... bila nak abah, yang keluarnya mamama..... Hehehe... So cute!!!!

Soalan yang selalu mama dan abah dengar, kalau orang bertanya pasal Raniah...."Anak puan dah pandai aper dah?" Itu merupakan soalan favourite ibu-ibu. Mama akui, dulu-dulu sebelum mama ada Raniah, mama pun suka tanya soalan yang sama. Fascinated by the story of other people child, hoping to get my own one day....Tapi sekarang, setelah Raniah menjangkau 7 bulan, mama sangat reluctant untuk menjawab. Bukannya apa, banyak kali mama dengar, sewaktu Raniah berumur 4, 5 bulan, belum pandai meniarap lagi, kata-kata yang sering ditanya pada mama, "Raniah belum pandai meniarap?...Ish....lambatnya...... Anak saya dulu, 3 bulan dah pandai meniarap. 6 bulan dah merangkak... bla..bla..bla..." 
Ok, anak ko hebat. Faham, tapi...can you mind your words? Kata anakku lambat.... Hello, puan. Ada rasa nak kena penampar free ker? (Emosional).... Bila dah ramai sangat supermum (yang perasan supermum) asyik suruh ajar Raniah macam-macam, tak tahan, mama mengadu dengan paed Raniah, Dr. Meghana.... She's a good doctor, friendly and kind.

Ini sebahagian dari kata-kata Dr. Meghana yang mama pegang sampai sekarang....

"She's a premmie. Usually for premmie, her physical development is quite slow than babies who birth on time. Yes, you have to teach and stimulate her development, but from what I see, she's  normal. And she's quite smart. She understand what we said and cheerful. We usually looked and observed premmies' mental and physical development according to her real due date, i.e like Raniah, she's born one month earlier from her due date. So you have to see her development as 4 months old babies, not 5." (masa tu Raniah 5 bulan). 

Alhamdulillah, bila mama dengar penerangan Dr. Meghana ni, barulah mama lega. Dan, barulah mama perasan, sebenarnya memang betul apa yang Dr. Meghana cakap. Perkembangan fizikal Raniah lewat sebulan dari usianya, dan kalau ikutkan kata-kata Dr., itu adalah normal. Tapi, perkara tersebut perlu pemantauan kerana risau sekiranya dibiarkan, akan terjadi masalah lain... (bebelan dari nurse klinik kerajaan).

Ini antara petikan artikel yang mama ambil dari babycentre untuk rujukan semua;
Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan di atas merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan
pramatang, anda mungkin mendapati bahawa bayi anda memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang bukan berpandukan masa dia dilahirkan malah masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya sewajarnya bermula dari tarikh itu.
Jadi, untuk semua ibu-ibu, tidak salah untuk kita berkongsi kebahagian dan kegembiraan tentang perkembangan anak-anak kita, tapi kadangkala jangan pula kita bandingkan kelebihan anak-anak kita dengan anak orang lain. Setiap bayi itu unik, dan perkembangan mereka juga tidak sama. Kadang-kadang, kita sangat teruja untuk bercerita, sampai kita tidak sedar kita melukakan hati ibu-ibu yang lain. Saya akui, kadangkala saya terluka dengan komen-komen negatif tentang Raniah, dan acapkali juga saya melenting atau menjawab tentang apa yang orang lain kata, lembab perkembangan itu. Tapi saya tahu, Raniah Zawanah adalah anak yang bijak dan mempersonakan, sepadan dengan nama yang telah diberikan padanya. Tingkah yang ditunjukkan cukup untuk menunjukkan kecerdikkan dia, dan mama dan abah sangat bahagia dengan kehadiranmu. Semoga anakku ini sentiasa sihat, dan membesar menjadi insan yang berguna. Amin.

Mana mama ni? Isap jari dulula....

3 comments:

  1. Interesting topic. :)

    Anak saya bukan premmie, tapi dia lambat juga. Merangkak pada usia 11 bulan, dan berjalan pada usia setahun 5 bulan. Apabila anak orang lain umur 11 bulan sudah boleh berjalan, memang dorang sangat rajin compare.

    Lebih-lebih orang tua-tua, dorang suka kata anak saya 'malas'. Dahlah malas is a negative word, kan. Saya memang cukup angin lah. Haha.

    But Alhamdulillah, although dia lambat merangkak dan berjalan, gigi dia cepat penuh dan dia dah pandai cakap macam-macam. Bagi saya, semua bayi adalah berbeza. Ada yang lebih di tempat lain, ada yang kurang di aspek lain. What most important, kita sentiasa mendorong anak-anak, dan bukan compare and give negative remarks macam 'malas'. Kan?

    Saja share. :)

    ReplyDelete
  2. HJ, thanx for the comment.

    Yup, betul. Kalau kat kg saya, orang-orang tua tak bagi sebut 'malas', x elok kata mereka. Diaorg sebut 'berat', means lambat sikit development baby tu. Lebih sopan dan tidak negatif sangat. Kata-kata tu doakan? Jadinya orang-orang tua suka berkias, agar dijauhkan semua yang negatif pada baby. Tapi generasi kita sekarang ni main redah jer, tanpa peduli perasaan ibu baby tu....

    But as we know, each baby is unik. Macam HJ cakaplah, mungkin kurang@lambat di tempat lain, tapi lebih di aspek lain. We never know. Yang penting, anak kita sihat, lambat pun bukan lambat sangat pun. CUma mulut orang ni, kadang-kadang kita tak boleh nak kontrol. Itu yang geram sangat tu.... (**,)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini