Mama rasa sangat dehydrated hari ni. Sakit pinggang dan mata. Terus mama melilau aka blogwalking. Sambil tu kepala otak ni terpikir kat manala ada bazar ramadhan yang otw balik dari ofis. Kemalasan nak memasak sangatlah tinggi, apabila memikirkan si puteri tu confirm2 nak ngempeng malam karang, sampai mama tak boleh buat apa.
Bercerita pasal bazar ramadhan, terus mama teringatkan kisah di pasar malam sek 7. 2 minggu lepas mama pegi pasar malam di seksyen 7, shah alam untuk beli makanan untuk dinner. Pusing2 pasar tu 2,3 kali, sambil tengok kot2 ada yang berkenan di hati, mata mama tertumpu kepada seorang makcik yang sedang memohon belas ikhsan orang lain untuk menderma (peminta sedekah). Yang membuat hati mama bertambah runtun, di atas riba makcik tu ada anak nya yg pada pandangan mama dalam linkungan umur Raniah, baru lepas minum susu. Ya Allah, sedihnya mama tengok. Dengan keadaan pasar yang agak tidak bersih, makcik tu duduk atas kepingan kadbod, memohon simpati sambil anak dia duduk main2 atas riba. Comel betul budak tu. Kesian, sebab mak dia jadikan dia sebagai umpan untuk tarik perhatian orang ramai untuk menderma, sedangkan pada mata kasar mama ni, makcik tu sihat dan tiada kecacatan. Tak tahu la kalau kecacatan yang terlindung. Mama rasa macam nak menitik air mata tengok budak tu, dengan mulut comot sebab muak nye (tak tahu ler itu susu biler, sebab botol tu selamba makcik tu letak atas jalan.
Sebenarnya, mama dah biasa jumpa makcik ni. Dulu dia bawak budak yang umur lingkungan 1 atau 2 tahun, tertidur pulas di atas riba. Itu di pasar malam Seksyen 17. Ini di Seksyen 7 pula, menjadikan mama tertanya-tanya, betulkah semua kanak-kanak itu anak dia. 2,3 kali mama toleh makcik tu, dan bila makcik tu tengok mama 2,3 kali pusing dan perhatikan dia, cepat-cepat dia bangun dan jalan ke tempat lain.
Masa tu kan, bila mama tengok dia bawak baby, memang mama terpaksa tahan diri dari ambil @ rampas baby tu dari dia. Mama rasa macam nak tegur makcik tu untuk bawak anak dia balik. Nak mengemis, mengemis sorang2. Jgn libatkan anak. Tapi memikirkan risiko takut makcik tersebut bertindak di luar dugaan, mungkin lepaskan geram pada budak-budak tu, kalau mama tegur, terus mama tak jadi. Yang mama pelik, tidakkah peniaga-peniaga sekeliling tu bother untuk tegur makcik tu?
Bila berhadapan dengan situasi sebegini, mama terfikir, saluran atau ke manakah yang perlu mama hubungi untuk banteras sindiket ini? Mama betul-betul tak sampai hati bila tengok anak-anak kecil dijadikan umpan untuk mengemis. Jabatan Kebajikan Masyarakt mungkin boleh membantu, tapi bahagian mana yang perlu mama hubungi... Ada sesiapa yang boleh bagi pendapat, sebab mama betul-betul tak sanggup tengok anak-anak sebaya Raniah hidup merempat dan dipergunakan sesuka hati..... Ada tak yang boleh tolong?? Sebab mama betul-betul mahu membantu kanak-kanak malang itu.
Mode : Sayu dan emo, because I am a mother.........Uhuhuhuhu....
hmmmm...memang sedih kak...tapi yang x tahan bile ade sindiket yang kontrol dorang....grrrrr~
ReplyDeletesinggah2 la sini :)