13 hari di bulan Januari 2010 telah berlalu.2010, bertambah setahun ini menandakan umur semakin meningkat, kematian semakin dekat. Terfikir sejenak, termenung sendirian, pabila memikirkan amalan yang sedikit, itupun belum tentu diterima Yang Esa sedangkan kematian bila-bila masa akan datang menjemput kita.
Kadangkala hati terdetik, masih adakah waktu aku untuk memberikan kebahagian yang sebenar kepada suamiku yang tercinta, meninggalkan hatta seorang waris untuknya supaya dapat kami terus menyambung keturunan Nabi Adam A.S. Masih adakah kesempatan untukku untuk menyusukan anak-anakku, mendidik mereka sekaligus melihat mereka menjalani kehidupan mereka sendiri? Adakah aku berkesempatan untuk semua itu? Ku tahu, itu merupakan soalan yang takkan ada jawapannya.
2009 kami tinggalkan dengan penuh kenangan. Berdua, kami bersyukur kerana Yang Esa mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada kami berdua. Pekerjaan baru, membeli rumah baru, kereta baru dan berbagai-bagai kenangan manis telah kami kecapi semasa tahun 2009. Yang paling membahagiakan kami, tanggal 9/10/09 kami disatukan dalam ikatan yang sah.Itulah saat yang paling membahagiakan. Sekurang-kurangnya, penat lelah kami membeli barang-barang hantaran setiap kali J-Card Sale berbaloi dengan sekali lafaz. Manisnya ikatan yang halal dan diredhai Allah. (Mummy Aqil, thanx for your advise all these years).
Manisnya 2009, kami pahatkan dalam ingatan. Indahnya kurniaan Yang Esa semasa 2009, kami benar-benar mensyukurinya. Semoga kedatangan 2010 ini, membuka lembaran baru, dan hidup kami terus dilimpahi Rahmat-Nya.
Selamat tinggal 2009, selamat datang 2010.
dear.. congrats gak to u sbb berjy achieve all those things. u deserve it. aku akan tetap bebel kat ko lgk.. hahhahaa.. sila tahan telinga yer
ReplyDeleteHaha... Tak kisah pun.... Paling busuk pun aku jelir lidah jer.... (lol)
ReplyDelete