Sedih, pedih, kecewa dan sakit hati semua bercampur baur.... Kadang-kadang Mrs. Armseeker terfikir, kenapa manusia susah nak memaafkan kesalahan orang lain, suka membesar-besarkan perkara dan sering sangat menjatuhkan orang lain..... Penat, itu yang terfikir dalam kepala sekarang.... Tatkala Mrs. Armseeker mencoretkan nota ini....mata masih lagi bergenang-genang..... Nak menagis tapi tak tahu nak luahkan pada saper.....
Sebenarnya dari minggu lepas lagi Mrs. Armseeker dah melalui mingu yang tidak menyeronokkan, sangat memenatkan. Sangka Mrs. Armseeker, kedatangan minggu ini akan dapat menceriakan sedikit hati yang sedih. Mrs. Armseeker akui, semua tu terjadi di atas kecuaian sendiri, tapi yang menyedihkan apabila perkara yang sangat kecil diperbesarkan, apatah lagi apabila Mrs. Armseeker telah pun memperbetulkan keadaan.....
Sangka Mrs. Armseeker kejadian itu takkan berlaku lag, tetapi tiba-tiba hari ni, sewaktu seminar, dapat juga berita yang sama.... Aduhai..... Kenapala lepas satu, satu.... Entahlah, mungkin juga salah ku, tetapi luluh hati bila keadaan ini berlaku.... Kerana Mrs. Armseeker telah sedaya upaya melakukan yang terbaik. Tak payah la Mrs. Armseeker ceritakan secara terperinci, cukuplah asalkan dapat meluahkan sedikit di sini. Kalau diceritakan, khuatir terjadi fitnah yang menyebabkan Mrs. Armseeker disaman. Hati manusia, kan? Kemuncak kesedihan, apabila Mrs. Armseeker ke kelas, tiba2 ada lah pulak pak guard 'hensem' yang minta Mrs. Armseeker untuk mengubah kenderaan..."letak kat kolam renang, itu masalah awak kalau tak dapat parking", aduh, indahnya bahasa. Entahlah, cepat sahaja pula airmata ni nak turun...... Sudahnya, ku ponteng kelas Comm Ethics ku...... Apapun Mrs. Armseeker perlu bersedia dengan dugaan hari esok...
Tuhan, tabahkan lah hatiku ini dalam menempuh segala dugaan. Kuatkanlah semangatku demi membantu suamiku mencari sesuap nasi untuk kehidupan kami berdua......
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan jejak jari jemari keyboard anda disini